BANDAR SERI BEGAWAN 24 Februari 2010 - PASUKAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) berjaya mempersembahkan perbarisan Hari Kebangsaan yang agak unik dari pasukan-pasukan yang lain di Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara Selasa kelmarin.
Seramai 300 ahli-ahli NDP dari seluruh negara menyertai perbarisan tersebut. Apa yang membuatkan pasukan NDP unik ialah penyertaan ahli-ahli NDP yang mewakili 7 puak etnik Brunei dan juga puak etnik Iban Brunei. Dengan mamakai pakaian tradisi masing-masing, mereka dengan megahnya berbaris seiringan dengan ahli-ahli NDP yang lain.
Jelas di upacara perhimpunan agung Hari Kebangsaan tersebut, NDP berjaya mempamerkan kesatuan semangat bangsa Brunei yang berbilang puak dan pegangan kepercayaan.
Jika tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu 'Negaraku Brunei Darussalam'' senghaja dipilih dengan tujuan untuk menanamkan 'sense of belonging' semua lapisan rakyat tidak kira pangkat, darjat dan kedudukan, maka tidak keterlaluan jika dikatakan NDP kehadapan di hari perbarisan tersebut dalam mewujudkan suasana yang kondusif bagi membolehkan hasrat mulia itu dihayati oleh semua lapisan warga NDP.
GAMBAR-GAMBAR DI UPACARA PERHIMPUNAN AGUNG SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-26 |
|
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|