LIMBARUH HIJAU 25 FEB 2010 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat turut bertanggungjawab keatas masa depan 'sustainability' kemerdekaan negara dan 'survivality' institusi beraja di negara Melayu Islam Beraja ini.

Sdra Morshidi menyampaikan pidato Hari Kebangsaan
|
Perkara penting ini bukan baru bagi NDP tetapi sudah termaktub dalam perlembagaan parti, jelas sdra Mahmud Morshidi Othman, mantan Timbalan Presiden NDP dalam pidato beliau di Limbaruh Hijau Selasa kelmarin.
Sesi pidato Hari Kebangsaan diadakan sempena memperingati ulang tahun Hari Kebangsaan Negara ke-26 dan merupakan antara kegiatan parti dalam bulan perayaan Hari Kebangsaan ini.
Sdra Morshidi yang telah diundang khas untuk menyampaikan pidato tersebut menggariskan beberapa perkembangan yang agak membimbangkan yang boleh mengancam masa depan bangsa dan negara serta 'survivaility' institusi beraja.
Beliau menyentuh mengenai sistem urus tadbir negara yang perlu pembaikkan. Tegas sdra Morshidi perkara ini juga telah dengan jelas di titahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam titah perutusan Hari Kebangsaan semalam.
Dalam titah tersebut, tambah sdra Morshidi, baginda telah menyentuh mengenai pentingnya agensi-agensi kerajaan mengunapakai kaedah Key Performance Index (KPI) untuk menilai tahap pencapaian mereka melaksanakan perancangan pembangunan negara dan sistem delivery perkhidmatan awam. Juga turut disentuh, tambah sdra Morshidi ialah isu alam sekitar dan pengamalan kaedah EIA (Environment Impact Assesment) dalam perlaksanaan perancangan kemajuan negara seperti yang disarankan oleh NDP dalam manifesto politiknya 2006-2016 dibawah bab alam sekitar.
Baginda juga menyentuh mengenai pentingnya agensi-agensi kerajaan menyelaraskan melalui perundingan perlaksanaan program-program pembangunan negara.
Jelas, tegas sdra Morshidi, baginda masih lagi rasa kecewa dengan tahap pencapaian urus tadbir kerajaan. Dan jika baginda kecewa, NDP lagi kecewa.
Beliau menambah laporan dari World Bank mengenai urus tadbir yang baik di Brunei bagi tahun 2008 juga agak mengecewakan.
Merujuk laporan tersebut, sdra Morshidi menggariskan tahap pencapaian Brunei dalam 6 bidang menurut kajian Bank Dunia iaitu di bidang Voice & Accountability (Kebebasan Bersuara dan Akauntabiliti), Political Stability (Stabiliti Politik), Government Effectiveness (Keberkesanan Urus Tadbir), Regulatory Quality (Kualiti Peraturan), Rule of Law (Undang-Undang), dan Control of Corruption (Pengawalan Rasuah).
Katanya di bidang Voice & Accountability tahap pencapaian ditahap rendah iaitu -1, di bidang Political Stability 1.22, Government Effectiveness 0.89, Regulatory Quality 0.19, Rule of Law 0.51 manakala Control of Corruption 0.51. Secara menyeluruh tahap pencapaian Brunei disemua bidang kecuali Political Stability, menurut kajian dan penilalian Bank Dunia masih ditahap rendah.
Pandangan dunia ini sangat membimbangkan dan dengan tahap pencapaian yang sangat rendah itu bagaimana mungkin pelabur-palbur asing yakin untuk melabur di negara kita, ujar sdra Morshidi.
Dari sudut lain kita juga sedang menyaksikan perkembangan dimana negara sekarang berhadapan dengan masalah pembekalan letrik yang kurang memuaskan dan sedang bersiap-siap untuk membeli bekalan letrik dari negara jiran.
Dikhuatiri dimasa akan datang kita juga terpaksa bergantung kepada bekalan air bersih dari negara jiran. Ini mungkin berlaku di era pemerintahan zuriat-zuriat KDYMM akan datang dan di zaman anak cucu kita, tambah sdra Morshidi.
Aapakah kita rela perkara ini akan berlaku? Apakah kita rela kehilangan kemerdekaan dan kedaulatan kita akan datang kerana kita tidak lagi mampu menyediakan bekalan air dan letrik yang cukup?
Dengan sistem urus tadbir yang kurang memuaskan ini kita juga bimbang akan masa depan negara. Apakah kita boleh bertahan sebagai sebuah bangsa dan negara yang merdeka?
Makanya selaku ahli-ahli NDP kita sama-sama bertanggunjawab membantu baginda sultan dan kerajaan dalam usaha menanai kemerdekaan negara dan kedaulatan bangsa kita serta survival negara bangsa yang kita cintai ini, tegas sdra Morshidi.
NDP, tambahnya berperanan dalam sama-sama memastikan urus tadbir negara dilonjakkan ke tahap cemerlang dan berupaya memacu pembangunan dan kemajuan negara selaras dengan wawasan untuk menjadikan Brunei sebuah negara beraja yang merdeka dan termaju di dunia.
Untuk itu, sdra Morshidi menyeru agensi-agensi kerajaan terutama sekali Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri agar mesra NDP.
Apa yang menyedihkan, terdapat beberapa agensi kerajaan yang masih mencurigai pergerakkan politik rakyat ini dan cuba menyekat kemajuan parti melalui penguatkuasaan peraturan-pertauran yang remeh temeh, seperti menghadkan jumlah bendera Sang Setia yang boleh dikibarkan, menyekat pengunaan rumah-rumah ahli untuk kegiatan-kegiatan parti atas alasan keselamatan dan baru-baru ini menyekat perkembangan dan percambahan ilmu dengan tanpa sebarang alasan mengharamkan pengedaran buku terbitan NDP tulisan Awang Haji Antin Ahad yang bertajuk "Ilmu Politik Dalam Islam - Orientasi NDP'.