Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Menterjemah kecintaan terhadap Rasulullah melalui NDP

BELAIT 1 MAC 2010 - KECINTAAN kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW tidak cukup diterjemah melalui penyertaan di acara maulidur rasul tetapi perlu terus dihayati dengan mengamalkan cara dan sifat mulia Rasullulah dalam kerja dakwah menyebrakan ajaran Islam.

Perkara ini ditekankan oleh sdra Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait dalam ucapan ringkas beliau di perhimpunan maulidur rasul yang berlangsung Sabtu kelmarin di rumah sdra Haji Sulaiman, Ketua Biro Ugama NDP Belait di Pandan 3 Kuala Belait.

Antara cara dan sifat mulia Rasullulah yang perlu di contohi ialah keikhlasan dan sifat penyabar, penyayang dan pema'af Baginda dalam berjuang menegakan syiar Islam walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai rintangan dan halangan, ujar Naib Presiden NDP Belait.

Katanya sifat-sifat mulia ini perlu menjadi amalan setiap pemimpin dan ahli-ahli parti dalam usaha memajukan perjuangan parti menjunjung titah membangun bangsa.

Sdra Sulaiman juga menyentuh sifat pema'af Rasulullah dan mengimbas kembali pidato Hari Kemerdekaan sdra Mahmud Morshidi Othman, Mantan Timbalan Presiden NDP tempoh hari yang menyentuh mengenai pendirian rekonsiliasi NDP dalam beberapa hal antaranya isu Amedeo dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Katanya NDP redha dengan kepulangan DYTM dan berharap DYTM akan menqadha setiap kesilapan yang sudah terlanjur.

Sementara itu Timbalan Presiden NDP, Malai Hassan Othman dalam ucapan beliau juga turut menekankan pentingnya keikhlasan dalam perjuangan menjunjung titah membangun bangsa.

Beliau menyentuh titah maulidur rasul dan titah Hari Kebangsaan ke-26 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei yang menekankan keikhlasan sebagai elemen penting yang mesti ada dalam setiap diri kita dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab dan pentingnya menterjemah semangat patriotisma melalui kerja-kerja takwa.

Alhamdullilah, ujar Timbalan Presiden, NDP, dalam hal ini bukan sahaja menyokong dan mendokong titah nasihat baginda dengan kata-kata tetapi dengan perbuatan. NDP merupakan pelantar yang melalauinya terbuka peluang-peluang yang luas bagi semua lapisan rakyat untuk memberikan khidmat bakti kepada bangsa dan negara dengan jujur dan ikhlas dan membuat amal-amal takwa yang dimaksudkan oleh baginda itu, tambah beliau.

Beliau juga menyentuh mengenai pentingnya barisan kepimpinan dan ahli-ahli NDP untuk terus berpandukan sunnah Rasullulah dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab sebagai ahli gerakan dakwah yang berpolitik dan sebuah badan politik yang berdakwah yang akan terus berusaha menyebarluaskan penghayatan konsep Raja (Sultan) dan Ulul Amri sebagai Khalifah Allah di muka bumi yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.