LIMBARUH HIJAU 04 MAC 2010 - AHLI-AHLI Himpunan Pemuda NDP dan juga beberapa ahli-ahli Pergerakan Puteri NDP telah mara kehadapan untuk 'menitiskan' darah demi bangsa yang di cintai.
Mereka membuat amal takwa mendermakan darah kepada Tabung Darah Negara ini pada 24 Februari lepas demi menyahut titah Hari Kemerdekaan Negara kali ke-26 dalam mana KDYMM Baginda Sultan dan Yang Dipertuan menyeru rakyat dan penduduk Brunei membuat amal-amal takwa sebagai tanda kasih dan cinta kepada bangsa dan negara.
Ianya juga merupakan antara aktiviti berkebajikan bulan perayaan kemerdekaan anjuran NDP.
Mengetuai kempen derma darah tersebut AK Haji Sahrilan bin Pg Ahmad, Ketua Himpunan Pemuda dan Dayang Suriatini binte Haji Ismail, Ketua Pergerakan Puteri NDP.
Juga turut memberikan sokongan, Timbalan Presiden NDP, sdra Malai Hassan Othman. Lebih 20 pain darah telah berjaya di dermakan kepada Tabung Darah Negara.
Pegawai-pegawai bertugas dari Tabung Darah Negara dikesempatan itu mengucapkan ribuan terima dan setinggi-tinggi penghargaan kepada NDP atas inisiatif untuk membantu memperkukuh simpanan darah dalam Tabung Darah Negara.
NDP juga mencatatkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Tabung Darah Negara sebagai agensi kerajaan atas kesediaan menerima sumbangan darah dari rakyat yang bergiat dalam politik tanpa ragu-ragu dan takut-takut.