Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

IKHLAS PENAWAR SEGALA KEPINCANGAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengajak rakyat dan penduduk di negara ini, tanpa mengira kedudukan dan peringkat supaya mengamalkan sifat ikhlas.

Titah baginda, sifat ikhlas ini perlu diamalkan dalam semua segi kehidupan, agar rakyat dan penduduk di negara ini benar-benar menjadi bangsa yang dirahmati oleh Allah serta dilimpahi dengan pelbagai nikmat dan kelebihan.

Baginda bertitah demikian sempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1431 Hijriah bersamaan 2010 Masihi yang disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei ke seluruh negara.

Menurut baginda, Allah Subhanahu Wata'ala telah berjanji kepada orang yang ikhlas kerana-Nya dan agama-Nya dalam apa jua perkara dengan berjanji membela mereka bagi mencapai kemenangan di samping meneguhkan pendirian.

Rahsia ikhlas itu amatlah agung, tegas baginda, dan sangat berkat lagi dituntut dalam ibadat dan dalam apa jua keadaan, sama ada ketika belajar, mencari nafkah, dalam kehidupan berkeluarga dan bernegara, kerana tanpa adanya sifat ikhlas, natijahnya adalah pahit.

"Ikhlas adalah penawar atau ubat segala kepincangan. Khasnya dalam bidang pekerjaan atau tugas, jika seseorang itu bersungguh-sungguh ikhlas, maka sudah barang tentu dia akan bersih dari segala macam sifat buruk, seperti tamak, dengki, tidak amanah, rasuah dan seumpamanya. Inilah dia kepentingan ikhlas itu", titah baginda.

Dalam suasana keghairahan kita selaku umat Islam di negara ini menyambut Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah agar rakyat dan penduduk di negara ini mencari keuntungan dengan kebajikan dan bukan sebaliknya.

Baginda yakin keuntungan yang diraih dengan kebajikan, nilainya adalah tinggi berbanding keuntungan yang diperolehi melalui kerja-kerja curang, yang akan mengundang dan menghumbankan umat Islam kepada kecelakaan di dunia dan di akhirat.

Dengan yang demikian baginda mengajak umat Islam di negara ini agar sama-sama memakai 'pakaian ikhlas' yang cantik lagi suci khususnya di hadapan Allah dan juga di hadapan sesama insan, supaya hidup dilimpahi dengan keberkatan, dikasihi serta disenangi oleh Al-Khaliq (Maha Pencipta) dan makhluk-Nya, titah baginda.

Rasulullah pembawa cahaya

Dalam titah yang sama baginda juga bertitah menyentuh mengenai perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengembangkan syiar Islam.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, titah baginda, adalah pembawa cahaya yang menerangi alam maya ini di mana sebelum itu dunia terjerumus ke dalam kancah kegelapan dan kesesatan.

Cahaya yang dibawa oleh Rasullullah junjungan itu, titah baginda ialah agama Islam.

Dalam usaha menyebar dan memperjuangkan agama Islam itu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, titah baginda, telah berhadapan dengan pelbagai rintangan dan ujian yang mana bukan saja rintangan daripada musuh, malahan juga dari kaum keluarga Baginda sendiri, namun segala percubaan dihadapi dengan sabar dan tabah.

"Baginda tidak undur, malah terus menyebarkan ugama Allah dengan keyakinan, bahawa Allah pasti menolong Baginda," titah baginda.

Kekuatan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk menghadapi semua itu, jelas baginda ialah dari keimanan dan keikhlasan kepada Allah, di mana iman dan ikhlaslah yang membawa kekuatan itu.

"Kalau ada iman dan ikhlas, semua rintangan mampu dihadapi," tegas baginda.

Kemampuan itu bukan saja datangnya dari diri sendiri, titah baginda, malahan juga ditambah dengan pertolongan Allah, kerana kita menolong agama-Nya, sebagaimana janji-Nya dalam Surah Muhammad, ayat 7 yang antara lain tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kalau kamu menolong Allah, yakni membela ugama Allah, nescaya Allah akan menolong (membela) kamu juga (pada mencapai kemenangan) dan (Dia juga) akan meneguhkan pendirian kamu."

Dalam titah baginda itu, baginda juga menekankan dan mengajak umat Islam di negara ini supaya memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan tidak lupa untuk mengambil contoh tauladan dari sunnah-sunnah Baginda sebagai tanda cinta dan penghormatan kita terhadap Baginda Rasulullah.

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah merupakan Hari Kebesaran Islam yang diraikan dan disambut setiap 12 Rabiulawal tahun Hijriah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak terkecuali Negara Brunei Darussalam.

Tema bagi sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Kebangsaan tahun Hijriah 1431 bersamaan 2012 Masihi ini ialah 'Ilahi Selamatkan Brunei Darussalam'. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.