07 FEBRUARI 2010 - BIRO Pengguna Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Rabu kelmarin telah mengadakan mesyuarat bagi tujuan menilai pencapaian bengkel cara membuat makanan tradisi Brunei yang dianjurkannya bulan lepas.

Mantan Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman memberikan penghormatan kepada Biro Pengguna dengan bergambar ramai bersama ahli-ahli yang baru selesai mengadakan mesyuarat penilaian bengkel pada 3 Februari baru lalu.
|
Bengkel anjuran Biro Pengguna tersebut merupakan antara program yang telah dirancang dalam usaha biro tersebut memainkan peranannya selaku agensi dalam NDP yang bertanggunjawab memantau dan memelihara kepentingan keselamatan dan kesejahteraan pengguna di negara ini.
Di mesyuarat penilaian yang diadakan sdra Haji Metussin bin Haji Ibrahim, Ketua Biro Pengguna menekankan sekali lagi objektif bengkel diadakan iaitu untuk menunjuk cara membuat makanan tradisi yang asli menggunakan bahan-bahan yang halal dan selamat bagi pengguna selain menitikberatkan kualiti makanan tradisi yang dihasilkan.
Perkara ini, katanya mengingatkan ahli-ahli yang hadir, pernah ditekankan oleh Timbalan Presiden NDP, sdra Malai Hassan Othman ketika melancarkan begkel tersebut pada 27 Januari lepas.
Memang peranan utama Biro Pengguna ialah untuk memantau dani mempastikan hal ehwal keselamatan dan kesejahteraan pengguna di negara ini diberikan perhatian secara adil dan terjamin serta kepentingan mereka terbela, jelas sdra Haji Metusssin.
Namun demikian, tambahnya pendekatan yang diambil oleh biro dalam melaksanakan tugas-tugas berat ini tidak semestinya dihadkan kepada kerja-kerja pemantauan sahaja. Tidak salah jika biro mengadakan bengkel menunjuk cara menghasilkan makanan tradisi dan lain-lain kaedah memandangkan ianya lebih praktikal dalam penyampaian mesej yang menekankan kualiti, keselamatan dan kehalalan makanan-makanan tradisi yang dihasilkan. Juga penting ialah mesej yang cuba disampaikan oleh biro dalam usaha memperkasa keupayaan pengguna sendiri yang berminat untuk menjadi pengusaha, tambah sdra Haji Metussin.
Aspirasi NDP juga difahamkan, Biro Pengguna dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan projek-projek lain yang akan diusahakan bagi tujuan memajukan biro dalam perlaksanaan tugas-tugas yang telah diamanahkan.
Mengimbas bengkel membuat kuih muih tradisi Brunei yang telah diadakan; seramai lebih 35 peserta telah mengikuti bengkel tersebut termasuk beberapa orang bukan ahli NDP. Alhamdullilah bengkel tersebut bukan sahaja berjaya menunjuk ajar peserta-peserta cara membuat makanan tradisi Brunei tetapi dalam masa sama telah memikat hati empat orang peserta untuk menjadi ahli NDP.
Dikesempatan itu juga Biro Pengguna melakar sejarah dengan melancarkan pakaian seragam biro yang bermotifkan pakaian kerja rasmi NDP.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PELANCARAN BENGKEL |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|