Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Amanat Hari Kebangsaan 26 KDYMM



Gambar ehsan Pelita Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah supaya semua yang dirancang itu dilaksanakan menepati jadual bukan sekadar rancangan di atas kertas saja.

Anak kunci kepada semua ini ialah cara kita melaksanakannya, titah baginda sempena menyambut Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio Televisyen Brunei.

Baginda bertitah, di antara cara paling efektif ialah melalui perundingan yang berkesan di antara agensi-agensi berkaitan, misalnya, ada rancangan untuk membangun sekolah atau masjid, kadang-kadang yang dijadikan alasan mengapa lambat ialah kerana ada halangan berkaitan dengan syarat-syarat tanah atau tanah belum digezit dan seumpamanya.

Jika inilah alasannya, titah baginda, bukankah semua itu dari kerajaan jua.

Sepatutnya, tegas baginda kalau kerajaan sendiri yang berkehendak tentu saja masalah itu tidak akan jadi sukar lagi.

"Tetapi kelambatan tetap juga berlaku, mengapa? Adakah kita betul-betul serius ataupun tidak? Jika lambat di peringkat bawah adakah peringkat atas mahu turun padang berunding? Inilah masalah kita," tegas titah baginda.

Dan inilah makanya jelas titah baginda, mekanisme penyukat prestasi (key performance indicators) telah dibentuk untuk dipakai sebagai panduan oleh setiap agensi kerajaan.

Satu lagi keperluan dalam usaha kita membangun negara, titah baginda ialah keadaan alam sekitar.

Tegas baginda tidak ada maknanya pembangunan pesat jika alam sekitar terjejas teruk.

"Kerana kita juga terus memerlukan tanah yang subur, udara yang bersih, air minum yang bersih, malah air laut yang bersih yang tidak tercemar. Kerana inilah sumber kesejahteraan yang sebenar-benarnya," titah baginda.

Oleh itu baginda bertitah sudah tiba masanya untuk kita menyegerakan penggubalan undang-undang atau peraturan bagi pembangunan lebih terkawal.

Pada misalnya titah baginda kita perlu menguatkuasakan mekanisme Environmental Impact Assesment dan lain-lain seumpamanya bagi projek-projek pembangunan.

Terdahulu dalam titah baginda telah melahirkan perasaan syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita dapat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-26 dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.

Kesyukuran kita ini jelas titah baginda adalah sebagai respons kepada peringatan Allah, ayat 7, Surah Ibrahim, tafsir-Nya: "Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih."

Dalam titah tersebut baginda berharap agar nikmat ini semoga berkekalan sehingga ke generasi demi generasi.

Menyentuh tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan pada tahun ini yang berbunyi 'Negaraku Bunei Darussalam' titah baginda ramai orang beranggapan tema seperti ini hanyalah tertentu untuk memupuk semangat patriotism dan cintakan negara semata-mata.

Kalau inilah saja jelas titah baginda ianya belum lengkap lagi.

Menurut baginda, turut lebih penting lagi ialah apakah sumbangan kita untuk 'mengekalkan' nikmat Allah yang di kurniakan-Nya selama ini kepada kita dan negara?.

Patriotisme dan cintakan negara dalam titah baginda sering dilihat orang dari kulitnya saja berupa ikrar-ikrar dan upacara-upacara kesukanan namun tegas baginda jarang orang melihatnya sampai kelubuk-lubuk rahsia: bahawa ni'mat itu ditanai dengan syukur dan digilap dengan kerja-kerja taqwa kepda Allah.

Jika ini ada tegas baginda maka barulah ada harapan untuk ni'mat itu berkekalan, sebagaimana janji Allah Subhanahu Wata'ala sendiri.

Maka bersukut dengan sa'at bersejarah ini baginda menyeru rakyat dan penduduk negara ini untuk sama-sama menghayati amal syukur dan amal takwa itu.

Brunei perlukan dasar ekonomi mantap, menarik

Sementara itu dalam titah yang sama baginda Sultan juga menyentuh mengenai perlunya Negara Brunei Darussalam mempunyai dasar-dasar ekonomi yang lebih teratur, mantap dan menarik serta juga iklim pelaburan yang kondusif yang berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perekonomian secara keseluruhan.

Selain itu, titah baginda, adalah perlu bagi negara berusaha gigih bagi membolehkan kita mengimbangi kekurangan dalam pasaran domestik serantau mahupun global serta menukarkannya kepada situasi yang lebih positif dan menguntungkan.

Menyentuh mengenai dengan pentingnya hal ehwal kewangan, kerajaan baru-baru ini, titah baginda telah melaksanakan peraturan pengawalan penggunaan kad kredit, di mana langkah tersebut telah menarik perhatian pelbagai pihak dan menjadi satu perkara yang dipertikaikan ramai.

Menurut baginda, tujuan kerajaan ialah supaya kita sama-sama memahami bahawa kemewahan hidup yang disandarkan kepada hutang yang bertumpuk-tumpuk merupakan kemewahan yang rapuh dan malah akan banyak mendatangkan kerugian pada jangka panjang.

Walaupun pada peringkat awalnya jelas titah baginda perkara ini mungkin sedikit sebanyak mempersulit sebilangan rakyat atau institusi yang mempunyai kepentingan namun pihak kerajaan adalah percaya tindakan ini sungguh tepat demi menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini pada jangka waktu yang jauh.

"Ini, adalah satu dari strategi kita dalam menjadikan ekonomi sebagai salah satu dari tiga tiang utama Wawasan Brunei 2035," titah baginda menjelaskan. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.