Sukacita kita mengongsikan disini sebuah doa dan zikir khas yang disyorkan oleh Dato Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus yang dipetik dari majalah Al-Tariq, majalah Jabatan Muti Kerajaan Negeri , Negeri Sembilan Darul Khusus.
Dato Haji Mohd Murtadza seperti yang tersiar dalam majalah tersebut telah menyeru para muslimin berserta keluarga masing-masing membaca doa zikir khas ini selepas solat fardu.
"Semoga keberkatan zikir dan doa tersebut., Allah akan melimpahkan rahmat dan Perlindungan Nya kepada kita semua dari segala bencana, merbahaya dan seumpamanya", jelas Mufti Kerajaan negara itu. |