Dirgahayu NDP

 
 
LIMBARUH HIJAU 31 OGOS 2007 - HARI INI genaplah dua tahun Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ditubuhkan.

Sempena memperingati hari bersejarah penubuhan NDP satu majlis kesyukuran akan diadakan di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.

Majlis akan dimulakan dengan majlis khatamal Quran dan dikiuti dengan sembahyang berjemaah fardhu maghrib. Majlis membaca surah Yasin bermamai-ramai, bertahlil dan doa kesyukuran juga akan diadakan sebaik sahaja sembahyang berjemaah fardhu maghrib disempurnakan.

Itulah anatara acara yang akan diadakan nanti. Walaupun ringkas ianya membawa makna yang mendalam.

NDP telah diluluskan pendaftarannya pada 31 Ogos 2005.

Penaja-penaja NDP telah menerima surat kebenaran bilangan rujukan BDP 25/1181 dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarih 3 September memaklumkan pengesahan NDP sebagai parti politik yang berdaftar mulai 31 Ogos 2005.

Kelahiran NDP diumumkan secara rasmi pada 15 September 2005 dengan Majlis Taklimat bertajuk ‘Kearah Memahami Dasar dan Peggangan Parti Pembangunan Bangsa’.

Kelahirannya juga diumumkan melalui siaran akhbar rasmi yang dikirimkan kepada surat-surat khabar utama di negara ini. Majlis tersebut diadakan di dewan Seameo Voctech di Gadong.

Pengumuman kelahiran NDP disambut oleh lebih 100 orang yang turut hadir untuk ikut serta mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh sdra Mahmud Morshidi Othman selaku Timbalan Presiden (penaja) NDP pada masa itu.

Juga tidak ketinggalan wakil-wakil media massa tempatan yang dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Kelahiran NDP 2 tahun lepas tidak disangkalkan menarik minat ramai yang ingin mendapatkan jawapan-jawapan keatas banyak persoalan yang bermain dikepala mereka memandangkan hampir kesemua mereka yang menjadi penaja penubuhan NDP merupakan pejuang dan aktivis politik lama dan pernah disenaraihitamkan sebagai pemberontak.

Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan kelahiran NDP merupakan satu kejutan dalam suasana negara yang sedang menjalani proses reformasi politik yang agak perlahan setelah lebih 40 tahun fikiran dan semangat rakyat dihantui oleh rasa takut untuk berpolitik.

Dan dalam masa yang panjang ini phobia politik telah mengambil tempat.

Minat ramai untuk memainkan peranan politik menurun dan terhakis dalam arus kemajuan negara hingga dalam keasyikkan rakyat menikmati ‘rezeki’ keamanan dan kemakumran ramai yang tidak perasaan isayarat yang dihantar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 2004 dengan memperkenankan agar Majlis Mesyuarat Negara yang digantung sejak lebih dua dekad diaktifkan semula.

Alhamdullilah barisan-barisan penaja penubuhan NDP dan dan juga penyokong-penyokong yang lain dapat melihat isyarat ini dan rasa terpanggil untuk mayambut baik inisiatif Baginda Sultan untuk memberikan ruang dan peluang kepada rakyat untuk berpatisipasi dalam membangun bangsa dan negara dengan secara lebih bermakna melalui penubuhan semula Majlis Mesyuarat Negara.

Dalam suasana ini lah NDP lahir dan setentunya bukan mudah bagi parti politik apatah lagi bagi NDP yang dipelopori oleh beberapa pemimpin-pemimpin (yang pernah menghabiskan separuh umur mereka menjadi tahanan politik dan ada yang terpaksa berkelana dinegara orang kerana perjuangan politik mereka) untuk diterima dengan tangan terbuka oleh ramai.

Apa yang jelas kelahiran NDP menunjukkan Baginda Sultan begitu serious untuk mereformasi struktur politik di negara ini dan jelas kelahiran NDP antara lain telah membuka ruang dan peluang bagi:

• proses reconciliation antara institusi politik dengan insutusi ulil amri (Raja) di negara kita yang mengamalkan dan akan terus mengekalkan ideologi bernegara Melayu Islam Beraja yang sudah terbokti berjaya dapat menjamin keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

• rakyat menyahut seruan Baginda Sultan agar semua lapisan rakyat bepartisipasi dengan lebih aktif dan efektif menyumbang dan membantu Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda dalam proses pembangunan bangsa dan negara agar negara akan selama-lamanya menjadi negara Melayu Islam Beraja yang sentiasa mendapat keampunan Allah SWT

• usaha mencetuskan kesedaran berbangsa dan bernegara yang tinggi dan memperkasa rakyat Brunei dengan semangat patriotik yang berkobar-kobar dan

• membukakan jalan kearah menanamkan budaya berpolitik yang sihat dan demokrasi yang berpandukan nilai-nilai Melayu Islam Beraja.

Alhamdullilah dalam perjalanan NDP selama 24 bulan kebelakangan ini, banyak cabaran dan rintangan yang berjaya dihadapi.

Dari hanya kurang 100 keahlian semasa penubuhannya, NDP telah berkembang menjadi parti politik yang terbesar dengan keanggotaan sekarang menjangkau 2000 orang ahli.

Dalam umurnya yang masih muda itu NDP juga telah berjaya melaksanakan banyak rancangan-rancangan, program-program dan aktiviti-aktiviti politik, sosial dan ekonomi yang bertepatan dengan semangat perlembagaan parti. Ianya terlalu banyak untuk disenaraikan disini.

Antara perkembangan signifikan ialah pelancaran manifesto politik NDP untuk menterjemahkan segala ikrar dan mengotakan janji yang dibuat Kehadapan Majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kepada negara dan kepada rakyat Baginda seluruhnya.

Melalui manifesto itu dicernakan visi, misi dan objektif utama Parti Pembangunan kepada cadangan-cadangan dan pelan tindakan untuk jangka masa 10 tahun (1427/2006 – 1437/2016) merangkumi syor, program dan komitmen Parti Pembangunan seperti yang galurkan di bawah dan perlaksanaannya, Insya-Allah akan  diungkayahkan mengikut keupayaan, kesesuaian, urutan keutamaan, masa dan tempat.


Juga turut membanggakan ialah kejayaan NDP melaksanakan janji-janjinya untuk memberikan ruang dan peluang kepada anggota-anggotanya memainkan peranan sebagai rakyat yang aktif dalam menyumbangkan masa, tenaga dan idea untuk bersama membangun bangsa dan negara.

Melalui 2 Kongres Agong pada 2006 dan pada 2007 ini, anggota-anggota NDP akar umbi melalui ranting-ranting masing-masing telah dapat menggunakan pelantar kongres tahunan untuk mencadangkan dan membahaskan usul-usul yang bernas bagi kepentingan pembangunan bangsa dan negara.

Usul berhubung kenaikkan kadar elaun pencen tua misalnya disambut baik dengan titah perkenan Baginda Sultan untuk menaikkan kadar elaun pencen tua dari kadar B$200 sebulan kepada B$250 sebulan. Begitu juga dengan usul NDP berhubung kadar gaji pekerja hari dan kakitangan perkhidmatan awam yang bergaji rendah, mereka semua mendapat labanya berikutan inisiatif NDP untuk sama-sama mengusulakan isu yang sudah lama dibagkitkan oleh rakyat.

Itulah antara banyak pencapaian yang telah dibuat oleh NDP dalam masa dua tahun perjalanannya.

Walaupun demikian NDP juga tidak kurang menghadapai banyak cabaran hebat dalam perjalanannya yang semakin dilihat sebagai relevan dan menepati aspirasi Baginda Sultan yang ingin melihat bangsa Brunei menjadi sebuah bangsa yang berhemah dan bertamadun.


 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.