'Demi Satu Kesatuan'

 
 
LIMBARUH HIJAU MAC 20, 2007: Rombongan ahli-ahli Pergerakkan Puteri UMNO Melaka yang di ketuai oleh Puan Ermieyati Haji Samsudin, Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Melaka membuat satu kejutan pada malam terakhir mereka berada di Brunei dengan satu persembahan tarian dan lagu patriotik Puteri UMNO Melaka.

Mereka menunjukkan kebolehan mereka bernyanyi dan berdondang sayang pada Malam Puisi Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Biro Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KekWa) NDP.

Malam Puisi diadakan sempena merayakan lawatan rombongan Puteri UMNO ke Negara Brunei Darussalam untuk mejalin semangat persaudaran dan setiakawan antara rakyat Malaysia dan Brunei.

Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman berucap di sesi perjumpaan dengan ahli-ahli Puteri UMNO

Diacara tersebut ahli-ahli Puteri UMNO Melaka menjadi tumpuan penonton apabila mereka membawakan lagu patriotik Puteri UMNOI dengan penuh semangat.

Setelah itu mereka menunjukkan kebolehan mereka dengan mempersembahkan dondang sayang sambil berbalas pantun dengan

Sesi perjumpaan ahli-ahli Puteri UMNO Melaka bersama ahli-ahli HAWA NDP sebelum acara bermula.

dengan ahli-ahli NDP yang tidak mahu kalah bulu untuk bersama bermukun dan berbalas-balas patun dengan tetamu-tetamu mereka.

Malam yang penuh bersejarah itu juga menyaksikan kebolehan Mahmud Hedfzy Othman membawakan puisi bertajuk 'Demi Satu Kesatuan' dengan penuh bersemangat.

Juga turut membawakan puisi dan syair untuk membakar semangat dan jiwa patriotik penonto ialah beberapa orang ahli-ahli NDP termasuk Haji Awang Damit, Ketua Biro Disiplin dan Hisbah NDP.


Mahmud Hefdzy Othman berpuisi 'Demi Satu Kesatuan'

Ahli-ahli Pergerakkan Puteri UMNO Melaka mempersembahkan lagu patriotik
Malam Puisi Kemerdekaan juga diserikan dengan persembahan-persembahan tarian tardisional dan kontemporari Melayu Asli yang masing-masing dipersembahkan oleh kumpulan penari etnik dari puak Sang Jati Dusun, Tutong dan dari kumpulan penari Rumpun Seni Mawar dari Seria.

Sebagai penutup tirai sesi lawatan rombongan Puteri UMNO Melaka ke Brunei, Malam Puisi Kemerdekaan juga menyaksikan majlis bertukar-tukar cendera hati antara rombongan Puteri UMNO Melaka dan NDP.

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.