Dakwah dan peranan pemimpin, pengikut dalam gerakan Islam

 
 
LIMBARUH HIJAU 18 DISEMBER 2007 - SERAMAI 30 ORANG PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN AHLI-AHLI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) ikut serta dalam seminar dan bengkel 2-hari mengenai kepentingan dakwah dan peranan pemimpin dan pengikut dalam gerakan Islam.

Seminar dan bengkel 'Pembelajaran Sepanjang Hayat' di anjurkan oleh Aftaneka Infskonsul & Training dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Agama NDP.

Seminar diadaKan di Anjung Syura NDP di Limbaruh Hijau, Markas Pusat NDP di Jerudong.
Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP telah diberikan penghormatan membuka rasmi seminar tersebut.

Di sesi sebelah pagi, Encik Haji Idris Haji Ahmad, pakar motivasi dari Malaysia membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Kewajipan Qiadah Dan Jundi Dalam Gerakan Islam' dan di sebelah tengah hari pula Dr Hamzah, seorang lagi pakar motivasi, juga dari Malaysia, membincangkan tajuk 'Akhlak dan Penghayatan Untuk Pendakwah.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.