Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Titah Perutusan 2011

Memastikan monetari, kewangan negara stabil

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Januari. - Negara Brunei Darussalam melakar satu lagi sejarah penting dalam sektor monetari dan kewangan negara berikutan dengan penubuhan sebuah organisasi yang dipanggil Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

AMBD yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2011 ini bertujuan bagi memastikan sektor monetari dan kewangan negara berfungsi dengan stabil dan teratur.

Perkara ini dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Perutusan Sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011 yang disiarkan melalui Radio dan Televisyen Brunei ke seluruh negara malam tadi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, ini termasuk mengekal dan meneruskan Perjanjian Kesalingbolehtukaran Matawang Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, yang dilihat sebagai banyak mendatangkan kemanfaatan kepada kedua-kedua buah negara.

Baginda seterusnya bertitah berharap agar usaha-usaha dapat diteruskan lagi untuk merealisasikan visi kita menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai salah sebuah pusat kewangan Islam, setanding dengan pusat-pusat kewangan Islam terkemuka di dunia.

Menurut baginda lagi, ini adalah salah satu perancangan pembangunan jangka panjang, tatacara untuk memenuhi keperluan orang ramai dan kemudahan pelaburan, demi kesejahteraan dan kestabilan negara.

Kebawah DYMM hargai sifat keprihatinan rakyat jelata

Dalam titah yang sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan melahirkan perasaan gembira dengan sifat keprihatinan rakyat dan penduduk di negara ini terhadap pihak-pihak yang kurang bernasib baik, khasnya mereka yang ditimpa musibah-musibah berat.

Dalam Titah Perutusan tersebut baginda memuji sifat murah hati dan ringan tangan mereka yang menghulurkan bantuan-bantuan bersesuaian kepada pihak-pihak negara sahabat yang ditimpa musibah, seperti banjir besar, gempa bumi, tsunami, gunung berapi dan seumpamanya.

"Ini semua merupakan nilai-nilai positif yang perlu dikekalkan sehingga bila-bila," titah baginda.

Di samping kita bersyukur atas segala nikmat yang ada titah baginda, kita juga perlu berpijak di bumi nyata untuk tidak leka dari bersiap siaga bagi menangani sebarang kesulitan dan cabaran yang tidak diduga.

Mengimbas tahun 2010, baginda bertitah bahawa negara telah melakar beberapa kejayaan dan cabaran.

Menurut baginda, usaha bagi mengukuhkan masa depan ekonomi telah menampakkan hasilnya dengan bermulanya pengeluaran metanol untuk eksport. Ini ditambah lagi dengan usaha-usaha meningkatkan penanaman padi yang berterusan, di samping langkah mempromosi dan menghasilkan produk-produk makanan di bawah jenama 'Brunei Halal', juga semakin menggalakkan.

"Namun dengan prospek ini, tidaklah akan melalaikan kita dari terus memantapkan langah-langkah pencegahan dan perlindungan dari impak pelbagai krisis, antaranya krisis kewangan, harga minyak, makanan, kesihatan dan cuaca," titah baginda mengingatkan.

Dalam bidang kesihatan, kerajaan baginda, selain meningkatkan kapasiti perkhidmatan perubatan di peringkat pakar, usaha-usaha kesihatan secara intensif juga adalah diambil, melalui pencegahan dan kesedaran.

Menurut baginda, ini termasuk, menguatkan lagi usaha membanteras tabiat merokok yang amat merbahaya itu, melalui pindaan duti eksais bagi rokok, tembakau dan produk-produk tembakau.

Baginda bertitah bagi meningkatkan lagi keupayaan kerajaan mendapatkan perkhidmatan doktor-doktor berkualiti tinggi dari dalam dan luar negeri, Skim Baru Perkhidmatan Kedoktoran pada 9 Oktober 2010, diperkenankan.

Manakala bagi anak-anak tempatan pula, titah baginda lagi skim baru ini diharapkan mampu untuk menyuntik semangat mereka menceburi pelbagai bidang perubatan sehingga ke peringkat kepakaran.

Baginda menekankan perlunya usaha bersepadu kerajaan bagi memastikan keselamatan makanan kita bebas daripada pencemaran racun dan bahan-bahan yang membahayakan, demi semata-mata untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk jua.

Cuti beranak dinaikkan dari 56 ke 105 hari

Sementara itu titah Baginda Sultan juga membawa berita gembira kepada kaum wanita di negara ini.

Baginda Sultan mpengumuman bahawa Peraturan Cuti Beranak 2011 bagi kesemua pegawai dan kakitangan wanita di dalam Perkhidmatan Awam dengan menaikkan cuti beranak 56 hari kepada 105 hari akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

Baginda bertitah menjelaskan, peraturan ini juga dilaratkan kepada pekerja wanita di sektor swasta yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap sebagai tambahan dan pindaan kepada Perintah Pekerjaan 2009 yang ada pada masa ini.

Menurut baginda lagi Peraturan Cuti Beranak adalah termasuk untuk kesejahteraan di mana kerajaan baginda telah pun merebiu peraturan ini, yang pernah baginda suarakan baru-baru ini sebagai satu langkah menyelaras keperluan dan kepentingan kesihatan bagi ibu-ibu, sebelum dan selepas mereka itu melahirkan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum ini juga menyarankan agar pihak-pihak dalam kerajaan baginda mengkaji mengenai peraturan cuti bersalin semasa bertitah di bangunan Kementerian Kesihatan ketika berangkat mengadakan lawatan mengejut ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada 20 Oktober 2010 dan menjelaskan peraturan yang ada setakat ini seperti yang terkandung dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 17/1993 Negara Brunei Darussalam bertarikh 4 September 1993 dengan tajuk Peraturan Cuti Beranak.

Dalam peraturan itu, titah baginda, perkara dua menyebutkan kadar cuti beranak yang dibenarkan ialah selama lapan minggu secara berterusan dan hendaklah dimulakan menurut nasihat pegawai perubatan kerajaan.

Menurut baginda dengan cuti yang lebih lama akan lebih menenteramkan ibu untuk meninggalkan anak kecilnya kepada pengasuh kemudian seperti kepada nenek atau pembantu rumah sebab apabila tamat tempoh cuti bersalin umur kanakkanak itu sudah melebihi tiga bulan. Tidakkah penting perkara ini selaku ihsan kerajaan kepada warga ibu. (Teks dan Gambar ehsan Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.