Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Tanah perkuburan Islam
Sungan Daerah Tutong terbiar

TUTONG 16 MUHARRAM 1432 (22 DISEMBER 2010) - Perasaan kecewa semakin dapat dirasakan dikalangan penduduk-Penduduk terutama ahli-ahli keluarga arwah-arwah yang bersemadi di Tanah Perkuburan Sugan berdekatan Pekan Tutong yang semakin terbiar.

Tanah Perkuburan Sugan yang terletak kira-kira 400 meter dari kawasan rumah kedai di Pekan Tutong dan 150 meter dari Masjid Hassanal Bolkiah Tutong telah terjejas dilanda tanah susur pada malam pertama Aidil Fitri yang lalu.

Kejadian tanah susur yang teruk itu turut menjejaskan mesjid berdekatan yang telah dibanjiri oleh tanah susur dari kawasan perkuburan tersebut.

Juga turut terjejas tambak-tambak kubur yang telah tersasar dari tempat asal nya malah sebahagian nya tidak dapat lagi diketahui dimana asal tempat tambak-tambak kubur tersebut.

Sehingga kini tidak ada sebarang usaha dijalankan untuk memperbaiki tanah perkuburan yang terjejas selain tanah-tanah yang susur hanya ditungkup dengan kanvas agar tidak bertambah teruk.

Tanah perkuburan lama ini merupakan tempat bersemadinya beberapa tokoh-tokoh masyarakat yang terbilang di zaman mereka yang datang dari seluruh pelusuk Daerah Tutong.

Tetapi sekarang ianya seperti tidak dipedulikan. Ianya terbiar dan apa yang sangat mengecewakan penduduk-penduduk Pekan Tutong pemandangan Tanah Perkuburan Suran sekarang ini jelik dan menyakitkan mata memandang.

Sehubungan dengan itu Badan Perhubnugan NDP Tutong berharap pihak-pihak berkenaan dapat memberikan perhatian sewajarnya kepada keadaan yang mengecewakan di Tanah Perkuburan Suran ini.

Mudah-mudahan dengan memberikan keutamaan kepada kerja-kerja pembaikkan di tanah perkuburan tersebut akan memberikan ketenteraman bukan sahaja kepada yang masih hidup tetapi juga kepada arwah-arwah yang bersemadi disana.

Dalam lain hal, usaha tersebut juga akan menggambarkan bahawa kita betul-betul serius dan komited dalam usaha memelihara alam sekitar agar sentiasa cantik dan sedap dipandang mata. (Laporan Badan Perhubungan NDP Tutong)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.