Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Sang Setia berkibar megah merayakan kemenangan semangat demokrasi

LIMBARUH HIJAU 26 ZULHIJJAH 1431 (3 DISEMBER 2010) - Hari Sang Setia yang dirayakan buat kali ke-6 oleh Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada 1 Disember kelmarin merupakan hari yang sangat berbahagia bagi barisan kepimpinan dan seluruh warga parti.

Ini kerana Hari Sang Setia pada tahun ini meyaksikan satu kemenangan kecil tetapi penuh bermakna kepada semangat demokrasi yang coba dijana oleh NDP sejak kehadirannya dipesada politik tanah air 31 Ogos 2005. Ianya selaras dengan semangat reformasi politik KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Pada hari berbahagia itu Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy selaku tetamu kehormat memaklumkan betapa berkat kesabaran dan ketabahan NDP, Sang Setia, bendera rasmi Parti Pembangunan Bangsa (NDP), akhirnya dibenarkan digunakan lebih dari satu helai diupacara tersebut yang berlangsung pada 1 Disember kelmarin di lapangan Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.

Menurut beliau sebelum ini NDP dilarang oleh pihak ROS mengibarkan lebih dari satu helai Sang Setia di Markas Pusat NDP. NDP juga sehingga hari ini dilarang mengibarkan Sang Setia di markas-markas daerah dan juga di rumah-rumah Ketua-Ketua Ranting di seluruh negara.

Tetapi Alhamdullilah, jelas Presiden NDP, tahun ini pihak ROS telah membenarkan NDP menghias markas pusat dengan bendera-bendera Sang Setia.

Ini satu perkembangan yang memberangsangkan, tegas beliau dalam ucapan perasmian yang dibacakan oleh Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP.

Katanya, "Sang Setia yang berkibar megah adalah menjadi lambang kemegahan kepada perjuangan kita hingga bila-bila tetapi ianya tidak akan memberikan sebarang makna jika kita ‘cakap saja tetapi tidak serupa bikin’.

Tegas Presiden NDP, dalam perjalanan yang panjang ini kita juga perlu tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan.

"Kita tidak akan sepi dari menghadapi berbagai cabaran dan rintangan".

"Sang Setia sebagai simbol semangat perjuangan kita juga tidak ketinggalan di jadikan item oleh elemen-elemen terentu untuk menguji semangat kita, kematangaaaan dan kewibawaan kita dalam berpolitik dan mengamalkan demokrasi".

Contohnya, tambah Presiden NDP, tidak berapa lama dulu  Jabatan Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan (ROS) pernah tidak membenarkan NDP mengibarkan lebih dari satu helai Sang Setia di markas pusat.

"Kita telah banyak kali menyuarakan kekecewaan kita terhadap arahan tersebut".

"Dan Alhamdullilah berkat ketabahan dan kesabaran kita, pihak ROS pada hari ini telah membenarkan kita menghias perkarangan markas dengan bendera-bendera Sang Setia", jelas Presiden NDP.

Dikesempatan itu, Presiden NDP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada ROS atas kebijaksanaan membenarkan NDP mengibarkan lebih dari satu helai Sang Setia.

"Ia menggambarkan kematangan pihak ROS dan komitmen agensi berkenaan untuk menjayakan reformasi politik yang dipelopori Baginda Sultan dan komitmen ROS menghormati hak asasi manusia sejagat yang menjanjikan kebebasan rakyat bersuara dan berpersatuan", ujar Presiden NDP.

Justeru di hari berbahagia ini, kata Presiden NDP, kita melihat bendera-bendera Sang Setia berkibar-kibar megah di perkarangan Limbaruh Hijau.

Sang Setia hari ini tambah Presiden NDP, berkibar-kibar megah seolah-olah turut bergembira untuk sama-sama merayakan mesej bahawasanya ‘demokrasi’ hidup di bumi Brunei Darusallam. Allahu Akbar....Allahu Akbar....Allahu Akbar.

Sementara itu diawal ucapannya, Presiden NDP mengingatkan hadirin bahawa Hari Sang Setia merupakan wadah kepada seluruh anggota NDP membaharui tekad melaksanakan visi, misi dan objektif parti.

"Bendera Sang Setia yang telah kita perkenalkan, kibarkan dan daulatkan adalah simbol kecintaan NDP dan seluruh warganya kepada keharmonian dan kedamaian sejagat sesuai dengan visi, misi dan objektif parti".

"Sang Setia merupakan simbol kesetiaan kita kepada Negara, Bangsa dan Raja". jelas Presiden NDP.

"Sang Setia ialah simbol perjuangan kita menegakkan dan mengagungkan syiar Islam, simbol perjuangan kita menegakkan dan menanai falsafah Melayu Islam Beraja sebagai tunggak keamanan dan kestabilan Negara".

Presiden NDP seterusnya menyeru seluruh warga NDP untuk mem perbaharui tekad kesetiaan dan keikhlasan untuk bersama-sama sebagai rakan strategik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Wadaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usaha Baginda memastikan Negara Brunei berterusan menjadi sebuah negara Melayu, Islam, Beraja yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman, damai dan sejahtera serta sentiasa mendapat keampunan Allah jua.

"Marilah kita perbaharui semangat dan komitmen kita untuk terus melonjakkan NDP ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang".

"Marilah kita mara kehadapan dengan semangat Sang Setia untuk terus berjuang bersama Raja membangun bangsa dan negara yang kita cintai ini", seru Presiden NDP.

Tambah beliau NDP akan terus mara kehadapan bersama Baginda Sultan menegakkan konsep keadilan dan ehsan yang menjadi amalan Baginda.

"Kita akan terus mara kehadapan bersama Raja menggiring negara dan bangsa kearah kebaikkan dan mencegah kemunkaran. Insya Allah", ujar Presiden NDP.

Sementara itu diawal upacara sdra Awang Abdullah Peter bin Abdullah Saging, Ketua Biro Keselamatan den Kecemasan menyampaikan ucapan alu-aluan.

Turut hadir meyaksikan hari gemilang itu ialah perwakilan-perwakilan asing dari Kedutaan Myanmar, India, Iran, Peranchis, Singapura dan Korea.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.