Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Perintah Autoriti Monetari Brunei Darussalam 2010
berkuat kuasa 1 Januari 2011

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 31 Disember. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al- Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Kementerian Kewangan sukacita memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan Perintah Autoriti Monetari Brunei Darussalam, 2010 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

Perintah tersebut, antara lain memperuntukkan bagi penubuhan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Lembaga AMBD dan perkara-perkara yang berkaitan dengan matlamat, pengendalian pentadbiran, tugas-tugas, kuasa dan kewajipan-kewajipan AMBD yang termasuk hubungan AMBD dengan kerajaan, hubungan AMBD dengan bank-bank dan institusi-institusi kewangan dan pindaan-pindaan berbangkit dan berkaitan ke atas undang-undang bertulis lain yang mengawal aktiviti-aktiviti yang diselia AMBD.

AMBD akan berfungsi sebagai sebuah badan korporat dan bertindak sebagai Bank Pusat bagi Negara Brunei Darussalam termasuk merumus dan melaksanakan dasar-dasar monetari, menyelia institusi-institusi kewangan dan mengurus mata wang.

Menurut Bab 12 dari perintah berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah memperkenankan pelantikan Ahli-ahli Lembaga AMBD seperti berikut.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pengerusi.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pembangunan selaku Timbalan Pengerusi.
Ahli-ahli lain Lembaga AMBD terdiri dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II (Kedua) di JPM; Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Apong, Timbalan Menteri di JPM; Yang Mulia Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan; Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Awang Metussin bin Haji Baki, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie; Yang Mulia Datin Paduka Magdalene Chong, Peguamcara Negara; Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Ismail bin Haji Duraman, Pengarah Eksekutif Pusat Pengajian Strategik dan Polisi (CSPS) dan Pengarah Urusan AMBD selaku ex-officio.

Selaras dengan pengenalan Perintah Autoriti Monetari Brunei Darussalam, 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga telah memperkenankan bagi pindaan ke atas Perintah Matawang dan Monetari, 2004 yang digelar Perintah Matawang dan Monetari (Pindaan), 2010. Perintah ini juga mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

Antra lain, perintah ini memperuntukkan bagi pemindahan kuasa-kuasa Lembaga Matawang dan Monetari Brunei (BCMB) kepada AMBD termasuk aset dan liabiliti BCMB. Di samping itu, perintah ini juga memperuntukkan bagi penubuhan Dana Matawang atau Currency Fund bagi tujuan pengurusan mata wang.

Berikutan dengan penubuhan AMBD, Kementerian Kewangan sukacita memaklumkan bahawa Perjanjian Kesalingbolehtukaran Matawang di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam dengan Kerajaan Republik Singapura adalah masih dikekalkan. (Teks dan gambar ehsan Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.