LIMBARUH HIJAU 28 ZULHIJJAH 1431 (4 DISEMBER 2010) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) perlu meningkatkan usaha membina kecekapan dan keupayaan anggota parti kearah matlamat untuk melahirkan kader-kader politik parti yang berkaliber dari kalangan mereka yang berjumlah hampir 3000 orang.
|

Sdra Haji Ahmad dan sdra Haji Jefri dari Badan Perhubungan Daerah NDP Tutong mempengerusikan persidangan MPPD 3 2010 |
Perkara ini ditekankan oleh sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP ketika berucap merasmikan mesyuarat Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD 3 2010) bagi suku penggal ke-3 tahun 2010.
Mesyuarat yang dihadiri oleh perwakilan-perwakilan dari Badan-Badan Perhubungan Daerah seluruh negara dan juga dari ranting-ranting berlangsung di Dewan Syura Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
Juga turut hadir Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy selaku pemerhati.
Sdra Malai Hassan Othman dalam ucapan beliau menekankan sudah banyak usaha dibuat untuk mendidik dan melatih anggota partai dalam berpolitik dan berorganisasi sejak ianya ditubuhkan hampir 6 tahun lalu.
Antaranya, tambah beliau, ialah dengan memperkenalkan MPPD yang dihasratkan sebagai wadah untuk perwakilan-perwakilan dari Badan-Badan Perhubungan Daerah dan ranting-ranting seluruh negara untuk berkumpul semula bertukar-tukar fikiran dan maklumat bagi kepentingan kemajuan parti setiap 4 bulan sekali.
 |
Melalu pendekatan ini dan melihat dari sudut pendidikan dan latihan, jelas beliau, perwakilan-perwakilan dapat didedahkan kepada peluang untuk menimba pengalaman dalam membuat persiapan-persiapan untuk bersidang dan seterusnya pengalaman bersidang di MPPD yang kita hasratkan sebagai mini parlimen.
MPPD boleh kita lihat sebagai nilai tambah kepada mini kongres atau mesyuarat tahunan di peringkat cabang, ranting dan daerah yang wajib diadakan sebelum Kongres Agung Tahunan parti
|
berlangsung pada setiap bulan Jun, jelas beliau lagi.
Timbalan Presiden seterusnya mengumumkan pembentukkan Biro Tugas-Tugas Khas Kajian Strategik dan Dasar yang di ketuai oleh sdra Ahmad Timpus.
"Secara ringkas objektif utama penubuhan biro tersebut ialah untuk membantu parti membangun dan meningkatkan kecekapan dan keupayaan sumber manusia nya – ‘Competency and Capacity Building’".
"Ianya menjurus kearah pembangunan minda modal insan dengan hasrat melahirkan kader-kader politik berkaliber dan berkeupayaan dari kalangan anggota NDP yang seramai hampir 3000 orang ini", ujar Timbalan Presiden.
Menurut beliau, inisiatif terbaru ini diusahakan dengan harapan untuk memacu NDP agar lebih berdayamaju dan terus relevan.
"Inisiatif ini kita terima sebagai satu lagi nilai tambah kepada inisiatif-inisiatif pembangunan modal insan yang lain yang sudah kita perkenalkan dan laksanakan sebagai contoh dalam konteks membina keupayaan berpolitik dan berorganisasi barisan kepimpinan peringkat daerah dan ranting melalui permesyuaratan MPPD yang kita hasratkan sebagai mini parlimen", tegas beliau sambil berseru agar semua pihak memberikan sokongan dan kerjasama kepada usaha-usaha yang sedang di laksanakan itu.
 |
Juga turut berucap, Setiausaha Agung NDP, sdra Haji Juned Ramli.
Beliau dalam ucapanya mengingatkan perwakilan-perwakilan akan pentingnya membuat persiapan-persiapan awal sebelum menghadiri sidang MPPD kerana sikap dan komitmen sedemikian sangat penting bagi mempastikan kualiti persidangan terpelihara.
|
Beliau juga mengambil kesempatan menyeru warga NDP agar terus mencintai dan menjiwai semangat perjuangan parti untuk membantu raja membela dan mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.
Katanya dengan penuh semangat, "roh dan semangat perjuangan yang kita warisi inilah sebenarnya yang telah menyelamatkan Negara Brunei dari menjadi salah sebuah negeri di Malaysia".
Sesi sebelelah pagi juga menyaksikan perwakilan-perwakilan dari Temburong, Tutong, Belait dan Brunei-Muara membentangkan laporan perkembangan parti di daerah masing-masing dan usul-usul berhubung kemaslahatan rakyat dan penduduk.
Juga dibangkitkan dan dibahaskan perkembangan pembangunan negara semasa serta masalah-masalah yang dihadapi rakyat termasuk golongan petani, peniaga dan juga masyarakat pengguna yang dibawa oleh arus kepesatan pembangunan negara.
Antara subjek yang hangat dibahaskan ialah mengenai masalah kenaikkan harga barang yang tidak terkawal terutama di Daerah Belait, isu pengagihan kekayaan melalui pemberian projek-projek mega dan isu pensejarahan semula sejarah perjuangan bangsa.
Juga turut ditagih dipersidangan ialah respon pihak-pihak berkenaan terhadap resolusi parti di seminar tertutup bertajuk “Ke Arah Perpaduan Nasional: Cabaran dan Harapan” anjuran Parti Pembangunan Bangsa (NDP) melalui Jawatankuasa Perhubungan Kaum NDP.
Seminar tersebut elah diadakan pada 22 – 23 Safar 1428 bersamaan 12 – 13 Mac 2007 di Anjung Syura, Limbaruh Hijau, Jerudong dan dihadiri lebih 50 peserta terdiri daripada ahli-ahli NDP mewakili lapan suku kaum/puak (etnik) terdiri dari etnik Melayu Brunei, Tutung, Belait, Bisaya, Dusun, Murut, Kedayan dan Iban.
Seminar ini dianjurkan bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan NDP dan ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 23 yang membawa tema “Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa”.
Wajah beberapa perwakilan yang sempaat di potrait:

Sdra Haji Tajuddin Omar
Temburong
|

Sdra Haji Adinin Mayalin
Brunei-Muara
|

Sdra Ahmad Timpus
Brunei-Muara
|

sdra Haji Zaffar Shamsuddin
Brunei-Muara
|

Sdra Haji Ratu
Tutong
|

Sdra Abdullah Peter
Tutong
|

Sdra Ahmad
Belait |

Sdra Haji Metali
Belait |

Sdra Haji Rumainor
Belait
|

Sdra Sulaiman Metrasad
Belait |

Sdra Haji Ismail Ibrahim
Tutong |

Sdra Haji Mohiddin PDP Haji Othman
Brunei-Muara |
|