Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Islam memiliki penawar segala masalah

Al-Quran, sunnah wajar dijadikan sumber panduan kehidupan sepanjang zaman

FIRMAN Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas dan tiadalah ia dari orang musyrik. Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).” (Surah al-An’am: 161-163)

Islam wajib diletakkan sebagai teras menunjangi setiap lapangan hidup manusia kerana tidak ada satu masalah pun dalam kehidupan ini melainkan Islam mempunyai penawarnya dan jalan penyelesaian yang ampuh.

Di sini terletaknya ciri keunikan dan keistimewaan menghiasi Islam hingga diiktiraf sebagai al-Din, paling sempurna dan lengkap dengan sistem atau cara hidup menyeluruh.

Oleh demikian, Islam yang bersumber kepada al-Quran dan sunnah bukan sekadar relevan untuk masa kini, sepatutnya dikembalikan kedudukan yang asal sebagai tonggak sumber perundangan dan cara hidup sejagat.

Islam perlu dihayati secara menyeluruh, bukannya diambil sebahagiannya dan ditolak sebahagian lain kerana turutkan kehendak nafsu menyeleweng.

Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan, penghayatan Islam itu sebenarnya berdiri atas dua landasan utama iaitu landasan iman yang membawa maksud kepercayaan bahawa tiada Tuhan wajib disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah.

Juga percaya kepada malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan takdir-Nya. Landasan kedua ialah landasan Islam yang didahului dengan kepercayaan kepada Allah dan Muhammad SAW sebagai utusan-Nya yang tersimpul dalam dua kalimah syahadah.
Keyakinan ini diperkukuhkan dengan solat, zakat, puasa dan haji. Pendek kata, hakikat beragama itu ialah gandingan kemas antara iman dan Islam sehingga menjadi teras utama yang akan mendasari setiap sudut kehidupan seseorang Muslim.

Perlu ditegaskan, nilai keagamaan hendaklah seiringan dalam setiap aktiviti keduniaan yang dilakukan umat Islam. Nilai keagamaan penting ke arah melahirkan individu salih, produktif serta aktif dalam setiap dimensi hidup untuk membentuk komuniti masyarakat harmoni lagi cemerlang.

Maka bertepatan sekali kata-kata Syed Qutb: “Pada asasnya agama akan hilang seri dan ertinya kalau ia tidak mengatur kehidupan ini dengan konsepsi, penyerahan, pengertian dan perundangannya yang khusus. Teras kehidupan manusia ini sewajarnya berdiri atas dasar konsepsi kepercayaan yang akan memberikan penafsiran mengenai hakikat hidup ini, hubungannya dengan Penciptanya, kedudukan manusia di dalam pentas hidup ini, matlamat kewujudan manusia dan bentuk-bentuk hubungan yang akan merealisasikan matlamat kewujudannya itu.
Hubungan itu berupa dalam bentuk hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan alam sekelilingnya, hubungan manusia dengan seluruh kehidupan makhluk dan juga hubungan manusia dengan sesama manusia”.

Islam mempunyai tasawwur atau pandangan sejagat yang cukup luas sehingga mencakupi setiap detik dan ruang lingkup kehidupan manusia. Tidak timbul persoalan hal ukhrawi mahupun duniawi, kedua-duanya termasuk pengertian ibadah dalam Islam jika menepati syarak.

Ibadah dalam Islam merangkumi aspek ekonomi, pergaulan, sosial, politik, kebudayaan sejajar ciri-ciri keistimewaan Islam yang bersifat syumul dan sejagat. Apa saja gerak geri dan tindakan seseorang Muslim tidak dapat lari daripada pengertian ibadah kepada Allah.

Kesimpulannya, setiap Muslim wajib menginsafi seluruh kehidupannya sebenarnya satu ibadah. Oleh itu, setiap Muslim wajar bermuhasabah pada setiap masa dan ketika terhadap amalan dan pergaulan sehariannya supaya termasuk dalam amalan salih yang diterima Allah. (Ehsan Berita Harian)
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.