Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Berangkat menghadiri Forum
Demokrasi Bali

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sedang berada di Republik Indonesia bagi menghadiri Forum Demokrasi Bali yang telah bermula kelmarin 9 Disember dan dijangka berakhir hari ini 10 Disember ini.

Baginda Sultan adalah antara ketua-ketua negara dan ketua kerajaan yang menghadiri forum dua hari itu atas undangan khas Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dr. Haji Bambang Susilo Yudhoyono yang juga akan mempengerusikan forum dua hari itu.

Keberangkatan baginda ke forum tersebut adalah merupakan kali ketiga di mana baginda telah berangkat menghadiri forum yang sama pada tahun 2008 dan 2009.

Disesi tersebut FDB 3 yang mengetengahkan tema 'Demokrasi dan Promosi Keamanan dan Kestabilan' itu baginda sekali lagi telah berkenan mengurniakan titah (keynote speech) berkisar tema berkenaan di Sesi Perdebatan Umum.

Antara pemimpin-pemimipn negara yang diunndang sama ialah Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Lee Myung Bak yang juga selaku Pengerusi Bersama FDB dan Perdana Menteri Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Kay Rla Xanana Gusamo juga antara pemimpin yang turut diundang bagi menyampaikan ucapan di forum tersebut.

Sejumlah 52 perwakilan yang mewakili 52 buah negara termasuk para pemerhati dari 39 buah negara yang lain dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa juga turut menghadiri forum tahunan itu.

Menurut Sekretariat FDB, demokrasi amatlah diperlukan secara mendalam oleh kebanyakan negara bila mana banyak negara menjadikan demokrasi sesuatu yang ideal, iaitu demokrasi di semua peringkat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demokrasi di peringkat serantau dan demokrasi kalangan negara-negara di dunia. Banyak telah diperkatakan dan didengar tentang komitmen ke arah demokrasi. Fakta ini menguatkan lagi keperluan bagi kemajuan yang lebih besar dalam kerjasama antarabangsa bagi memperkukuhkan lagi institusi demokrasi di semua peringkat.

Sekretariat FDB menambah, kerjasama antarabangsa di rantau Asia telah bergerak secara mendadak yang memberikan pelbagai kemajuan politik yang berbeza kalangan negara-negara di rantau ini.

FDB telah adakan sejak tahun 2008 atas inisiatif Presiden Republik Indonesia ke arah mengukuhkan kerjasama bagi memajukan demokrasi serantau serta menggalakkan dialog di kalangan pemimpin-pemimpin dunia. Forum tersebut juga akan dijadikan sebagai landasan dan platform bagi perdebatan utama ketua-ketua negara dan ketua-ketua kerajaan serta menteri-menteri luar yang diundang, orang-orang-orang kenamaan dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa bagi membincangkan demokrasi khususnya di rantau Asia.

Sementara itu baginda Sultan dan Presiden Republik Indonesia, Tuan Terutama Dr. Haji Susilo Bambang Yudhoyono juga berkesempatan membuat perjumpaan dua hala. Diperjumpaan itu baginda Sultan telah melahirkan rasa puas hati dengan hubungan dua hala yang baik dan rapat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia.

Kedua-dua pemimpin juga melahirkan rasa puas hati semasa mengadakan perjumpaan dua hala yang dilangsungkan dalam suasana keakraban di Laguna Luxury Collection, Resort and SPA Hotel.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Presiden Republik Indonesia mengambil maklum akan kemajuan kerjasama dua hala yang wujud antara kedua-dua negara.

Baginda dan Tuan Yang Terutama juga turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berhubung kait dengan kepentingan Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia.

Di perjumpaan itu, baginda juga menyatakan penghargaan atas sumbangan tenaga kerja daripada republik berkenaan kepada pembangunan ekonomi Negara Brunei Darussalam dan mengalu-alukan mereka untuk terus bekerja di Negara Brunei Darussalam

Di perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menitahkan dengan merakamkan penghargaan kepada Presiden Republik Indonesia atas undangan untuk menghadiri forum tersebut.

Baginda juga menitahkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama dalam mengadakan forum kali ke-3 itu.

Semasa perjumpaan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Presiden Republik Indonesia juga turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu dua hala dan serantau.

Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah menjalin hubungan diplomatik pada 1 Januari 1984. Sepanjang hubungan dua hala yang telah berumur 26 tahun itu, kedua-dua negara telah menjalin pelbagai kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya termasuklah pendidikan, perdagangan, pelaburan, pertahanan, penyiaran dan penerangan serta juga kebudayaan.

Kedua-dua negara merupakan rakan baik dalam bidang ekonomi yang mempunyai ciri-ciri yang dapat dibanggakan dari segi perdagangan dan pelaburan.

Sejak penubuhan hubungan diplomatik lebih dua dekad, BSB dan Jakarta telah menikmati perkembangan yang pesat dengan sokongan kuat dari rakyat kedua-dua negara.

Negara Brunei Darussalam dan Repubik Indonesia mempunyai banyak persamaan baik dalam kehidupan, bahasa, budaya dan sosial. Kedua-dua negara adalah merupakan jiran terdekat yang akrab melalui pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa antaranya ahli kepada Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Begitu juga kedua negara adalah ahli dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Kerjasama Ekonomi Asia Eropah (ASEM), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan ahli Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina (BIMP-EAGA). (Gambar dan teks ehsan Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.