Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Acara parti nampak kecil
tetapi tersirat mesej penting

LIMBARUH HIJAU 4 MUHARRAM 1432 (10 DISEMBER 2010) - WALAUPUN acara diadakan nampak biasa-biasa saja namun mesej yang cuba dihantar kepada warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan pihak-pihak yang berkepentingan sama ada dalam kerajaan atau orang awam cukup besar untuk diabaikan dan diambil ringan terutama oleh barisan kepimpinan parti.

NDP kelmarin mengadakan 3 dalam 1 acara : pertama kempen derma darah bersama Kementerian Kesihatan, kedua majlis tahlil di Makam Kubah Dirja bagi memperingati haul Al-Marhum Begawan Sultan Haji Omar Ali Saiffudien Sa'adul Kahiri Waddien yang lindung pada 3 Muharram 1407 dan ketiga sambutan tahun baru Hijrah 1432.

Kempen derma darah berlangsung disebelah pagi. Seramai lebih 20 orang sukarelawan hadir untuk menderma darah malangnya hanya 9 orang sahaja yang layak menderma setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan.

Namun demikian kempen tersebut yang diusahakan bersama oleh NDP dan Kementerian Kesihatan

telah berjaya menjalinkan lagi kerjasama yang erat antara parti dan agensi kerjaan tersebut selaras dengan dasar NDP untuk meningkatkan 'connectivitiy dan engagement' dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan di negara ini. Kempen ini merupakan acara kali kedua. Pertama kali diadakan awal tahun ini.

Dalam kedua-dua kempen ini pegawai-pegawai Kesihatan berpeluang berkenal-kenalan dengan ahli-ahli parti yang hadir dan seterusnya sebanyak sedikit mereka juag berpeluang mengenali NDP.

Sementara itu disebelah tengah hari Timbalan Presiden NDP, sdra Malai Hassan Othman mengetuai rombongan ke Makam Kubah DiRaja untuk majlis tahlil sempena memperingati haul Al-Marhum Begawan Sultan.

NDP telah mengusahakan acara ini pada setiap 3 Muharram sempena tarikh lindung Al-Marhum. Ini selaras dengan hasrat NDP agar kita selaku rakyat Brunei dan Negara Brunei sendiri yang merupakan sebuah negara Islam perlu berusaha untuk mengutamakn kalendar Islam dalam urusan seharian.

Selain menggenang saja Al-Marhum yang merupakan Akitek Brunei Moden dan juga pemimpin negara yang memperjuangkan kemerdekaan negara bersama pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain, majlis tersebut juga membawa mesej rekonsiliasi nasional. Tujuan utama ialah merapatkan semula hubungan antara istana dengan rakyat dalam menentukan nasib bangsa dan negara yang seghaja direnggangkan oleh penjajah dan konco-konconya.

Acara 3 dalam 1 kelmarin diakhiri dengan ceramah sempena Awal tahun Hijrah 1432 yang disampaikan oleh Dr Haji Andas dari Pusat dakwah Islamiah.

Dalam ceramah tersebut hadirin diingatkan bahawa manusia yang paling mulia disisi Allah ialah mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta dalam kehidupannya tidak membuang masa tetapi terus berjihad atau berjuang ke jalan Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.