Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

TAHLIL DAN DOA ARWAH BAGI MANGSA-MANGSA TRAGEDI KEMALANGAN BAS DI KK

 
KUALA BELAIT, 2 SAFAR 1433 (27 DISEMBER 2011) -    Seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam telah dikejutkan dengan berita sedih tragedi kemalangan penumpang-penumpang bas pelancong di Kota Kinabalu pada 20hb Disember lalu.
 
Bas pelancong yang membawa kira-kira 40 orang di kalangan pelancong rakyat Brunei dilaporkan dalam perjalanan pulang daripada Tawau ke Kota Kinabalu sebelum dijadualkan berlepas pulang ke tanahair pada keesukkan harinya.
 
Seramai tujuh orang warga Brunei di sahkan meninggal dunia berikutan kejadian tersebut seterusnya kematian seorang lagi mangsa turut disahkan keesukkan harinya, selain seramai 13 orang dilaporkan cedera parah.
 
Berita yang menyayat hati ini, begitu mengharukan terutama sekali di kalangan ahli-ahli keluarga mangsa berkenaan.
 
Sementara itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam berikutan kejadian itu telah menitahkan kementerian-kementerian berkenaan supaya mengambil peranan masing-masing dalam membantu mangsa-mangsa yang terlibat di negara jiran itu.
 
Baginda juga telah mengurniakan titah supaya semua kemudahan seperti kos perubatan bagi mereka yang cedera dalam kejadian tersebut dan penghantaran balik jenazah ke negara ini menggunakan pesawat khas yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Baginda.
 
Media-media tempatan dan negara jiran juga telah menyiarkan laporan-laporan berterusan tentang kejadian tragedi tersebut yang juga dikatakan penumpang-penumpang dan mangsa adalah juga di kalangan ahli-ahli Persatuan Muslimah Masjid Mulaut dan Jerudong.
 
Sehubungan kejadian itu Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) merasa turut terharu dan sedih dan berdoa semoga roh-roh mereka yang telah menjadi mangsa dalam kejadian tersebut dicucuri rahmat daripada Allah SWT dan kepada yang masih mendapatkan rawatan semoga akan segera sembuh dan berbahagia kembali bersama kaum keluarga mereka.
 
Untuk sama-sama memanjatkan doa kehadrat Allah SWT, HAWA Pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah bagi mangsa-mangsa kejadian kemalangan Bas di Sabah, yang telah diadakan di kediaman Ketua HAWA Pusat NDP di Kampung Pandan Kuala Belait malam semalam.
 
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Pemangku Presiden NDP Saudara Malai Hassan Malai Haji Othman, serta Pemangku Naib Presiden Daerah Belait NDP Saudara Haji Mohd Ali bin Haji Mohd Yusof serta ahli-ahli Hawa dan Badan Perhubungan Daerah Belait serta jiran tetangga berdekatan.
 
Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai kemudian diteruskan dengan bacaan tahlil beramai-ramai dan doa arwah.
 
Semoga dengan doa yang dipanjatkan semua mangsa yang telah pergi meninggalkan ahli-ahli keluarga dan sanak saudara mereka mendapat rahmat daripada Allah SWT, serta ditempatkan roh-roh mereka bersama orang-orang yang beriman.
 
HAWA Pusat NDP juga tidak lupa mengucapkan takziah kepada ahli-ahli keluarga serta sanak saudara mangsa yang terlibat, semoga mereka sentiasa menerima kejadian dengan penuh kesabaran dan keredhaan akan ketentuan Allah kepada kita sebagai HambaNya.Sementara itu kepada mereka yang masih menerima rawatan di doakan semoga cepat sembuh.
 
Dalam kesempatan ini juga HAWA NDP sukacita menjunjung kasih kehadapan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam atas titah perkenan Baginda  untuk memerintahkan kementerian-kementerian berkenaan bertindak segera memberikan bantuan dan titah perkenan Baginda membiayai semua kos-kos perbelanjaan penghantaran balik jenazah dan semua kemudahan-kemudahan termasuklah kos-kos perubatan.

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.