LIMBARUH HIJAU 09 MUHARRAM 1433 (6 DISEMBER 2011) - MAJLIS Penaikkan bendera 'Sang Setia' pada tahun ini merupakan acara yang sangat bersejarah. Seramai sepuloh orang bekas tentera Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei telah merakamkan di majlis tersebut kesediaan mereka untuk terus berkhidmat kepada bangsa dan negara bersama Parti Pembangunan Bangsa (NDP).
|

Gambar atas : Major Udara (Bersara) Haji Karim menyampaikan borang-borang permohonan menjadi ahli NDP: Gambar bawah ahli-ahli baru NDP yang terdiri dari bekas prajurit Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei hadir menyaksikan Majlis Penaikkan Bendera Sang Setia |
Mereka telah menyerahkan borang mereka untuk menjadi ahli NDP pada akhir majlis gemilang tersebut. Borang-borang permohonan diserahkan oleh Major Udara (Bersara) Haji Karim, kepada sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden merangkap Presiden NDP.
Dimajlis tersebut sdra Malai Hassan Othman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli-ahli baru atas kesediaan mereka untuk terus berjuang memartabatkan bangsa dan negara dan memelihara keamanan dan kesejahteraan negara melalui pelantar politik.
Sementara itu Majlis Penaikkan Bendera Sang Setia juga diselajurkan dengan Forum bertajuk 'Peranan NDP Dalam Pembangunan Bangsa dan Negara'.
Forum dipengerusikan oleh sdra Ahmad Timpus, Ketua Biro Tugas-Tugas Khas, Kajian Dasar dan Strategik. Ahli-ahli panel terdiri dari sdra Malai Hassan Othman, sdra Haji Mohidden DP Pengarah Haji Othman, Dr. Hajah Raiyah dan sdra Haji Kasim Sapar.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENAIKKAN BENDERA SANG SETIA
|
|
|
|
|
|
GAMBAR GAMBAR DI SESI FORUM DALAM DEWAN SYURA LIMBARUH HIJAU NDP |
|