LIMBARUH HIJAU 11 MUHARRAM 1433 (8 DISEMBER 2011) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) tidak boleh gagal dalam tugas dan tanggunjawab untuk membawa perubahan kepada iklim dan sistem politik di negara ini.
Ini kerana selaku sebuah pertubuhan politik yang sah dan yang merupakan satu-satunya pergerakkan politik rakyat yang berdaftar yang masih bergiat aktif, ia setentunya dijadikan sukat-sukat untuk mengukur sejauh mana kesediaan dan kematangan rakyat dalam berpolitik.
Perkara ini ditekankan oleh sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden NDP dalam ucapan beliau ketika merasmikan Mesyuarat Majlis Permeyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) bagi Penggal ke-3 2011 (Q3 2011).
Mesyuarat MPPD Q3 2011 berlangsung pada 7 Muharram 1433 bersamaan 3 Disember 2011 di Pusat Tarbiyah NDP Tutong.
Dalam ucapannya sdra Malai Hassan menekankan,"...sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat yang berdaftar dan diiktiraf bukan sahaja dalam negeri tetapi di arena antarabangsa, kita setentunya dijadikan kayu pengukur utama pemerhati-pemerhati politik termasuk KDYMM dan penasihat-penasihat istana untuk menyukat cuaca politik di Brunei".
"Kalau kita lembab maka akan dikira lembab lah cuaca politik tanah air dan ini akan melembabkan harapan untuk perubahan berlaku secepat yang mungkin", tegas beliau sambil menyeru barisan kepimpinan NDP di semua peringkat agar berkeraja dengan lebih gigih lagi dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka untuk memajukan NDP.
"Kita sebenarnya tidak mempunyai banyak waktu dan masa berlalu dengan begitu cepat sekali sedagkan kerja kita banyak yang belum selesai"
Beliau seterusnya mengingatkan barisan kepimpinan,"...jika kita gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita dan ia menjadi punca NDP gagal untuk berperanan seperti yang diharapkan oleh rakyat, kita lah yang mula-mula akan dipersalahkan.
"Apa tidaknya kegagalan sedemikian merupakan kegagalan yang mutlak, kegagalan 110 peratus, kerana kita gagal mencoba untuk berjaya".
"Lain hal nya jika kita gagal setelah kita berusaha gigih dan dengan penuh komitmen untuk memajukan NDP".
"Dalam lain perkataan kita jangan takut gagal sebelum mencoba! Kita jangan takut jatuh sebelum melangkah! Kerana kejayaan adalah milek kita yang berani mencoba", ujar beliau lagi.
Dikesempatan itu beliau mengambil maklum bahawa terdapat di kalangan ahli-ahli yang merasa kecewa, hampa, lemah semangat dan tidak terangsang. Ada yang tidak lagi aktif dalam apa jua kegiatan parti dan ada pula atas sebab-sebab tertentu, meninggalkan gelangang pertempuran dan meninggalkan NDP, tegas beliau.
Katanya adalah menjadi kelaziman akan keadaan ini selalunya di hubungkaitkan dengan situasi dan suasana yang melemahkan semangat baik dalam parti atau di luar sana.
Beliau berpandangan andaian sedemikian kurang tepat.
"Saya melihat bukan itu punca kita hilang semangat. Punca sebenarnya ialah kita telah terputus hubungan (disconnected) dari impian perjuangan kita untuk membela untung nasib anak bangsa kita dan mempastikan anak bangsa kita tidak akan hidup melarat, merempat di negeri sendiri, tetapi hidup bahagia dan sejahtera dalam sebuah negara yang adil, berehsan, aman, makmur, dan sentiasa mendapat keampunan Allah".
"Kita sudah putus hubungan dengan hasrat untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara dari ancaman-ancaman ‘musuh-musuh’ termasuk musuh-musuh dalam selimut yang tidak suka melihat Negara Brunei dan bangsa Brunei maju dan sejahtera".
"Saya yakin jika impian ini masih segar dalam fikiran dan jiwa raga kita, ia setentunya akan terus menjadi pendorong dan pembakar semangat perjuangan kita."
"Kita tidak akan mengenal penat lelah, semangat juang ini akan membara dalam jiwa kita dan tidak ada sesuatupun yang boleh menjadi penghalang untuk kita terus mara kehadapan untuk mencapai impian yang diidam-idamkan!".
Dari itu, seru beliau kepada barisan kepimpinan NDP, marilah kita gunakan kesempatan yang ada ini untuk ‘connect’ semula kepada impian kita. Kita segarkan semula impian itu dalam fikiran dan jiwa raga, kita bakar semangat juang kita jangan sampai ia menjadi mimpi di siang hari.
"Marilah kita tanai NDP ini hingga ke titisan darah yang terakhir. NDP, Never Drop Promise! ia akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tidak kira warna kulit, pegangan kepercayaan dan kaum. Insya Allah".
"Dengan bertawakal kepada Allah, insya Allah kita akan berjaya dengan izinNya jua.
"Kita berjuang atas landasan kebenaran, atas landasan Islam yang memberikan jaminan keadilan untuk semua umat tidak kira bangsa dan agamanya dan untuk itu saya yakin bantuan Allah akan datang".
Beliau mengingatkan para hadirin akan firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 214 yang maksudnya: “.Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir”.
Dan dalam firman Allah yang bermaksud: “Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)?(surah Ali ‘Imran ayat 142). |