Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP sokong rancangan wujudkan pusat penjagaan kanak-kanak kawasan
bangunan pejabat

LIMBARUH HIJAU 17 MUHARRAM 1433 (14 DISEMBER 2011) – PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menyokong penuh rancangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk memperkenalkan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat-tempat kerja di sektor awam dan sektor swasta.

Pusat-pusat Penjagaan kanak-kanak yang mesra keluarga ini akan diperkenalkan bagi tujuan membasmi pembaziran masa ibu bapa yang berkerja yang terpaksa meninggalkan pejabat untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah.

Dengan adanya pusat-pusat mesra keluarga di kawasan bangunan pejabat sektor awam dan swasta akan dapat meningkatkan produktiviti pekerja di sektor kerajaan dan swasta.

Kaum ibu yang berkerja boleh menggunakan kemudahan pusat penjagaan kanak-kanak ini yang akan ditempatkan di premis-premis berdekatan pejabat masing-masing. Ini akan dapat menjimatkan mereka masa untuk menghantar mengambil anak-anak dari sekolah akademik dan sekolah ugama.  

Rancangan untuk mewujudkan pusat-pusat tersebut telah diumumkan oleh Datin Paduka Hajah Adina Othman, Timbalan Menteri KKBS pada 6 Disember baru lalu melalui salah sebuah media tempatan baru-baru ini.

NDP sehubungan dengan itu sangat mengalu-alukan dan menyokong penuh langkah ini. Laangkah tersebut sejajar dengan dasar usul kesejahteraan wanita dan penyediaan ‘childcare facilities’ yang telah digarsikan oleh parti dalam Manifesto 2006-2016 serta dalam usul-usul yang telah diangkat di kongres-kongres agung parti.

NDP melihat langkah ini bukan sahaja akan dapat meningkatkan produktiviti kaum ibu yang berkerja malahan boleh menghalang diskriminasi terhadap mereka. Langkah sedimikian juga dapat menjamin kedudukan pekerjaan mereka dan peluang mereka untuk maju jaya dalam bidang pekerjaan masing-masing.

Dari itu, NDP bersama dan menyokong penuh seruan Datin Paduka Hajah Adina agar kementerian-kementerian dan syrikaat-syarikat di sektor swasta mengambil perhatian dan menyokong penuh dengan menjayakan bersama rancangan KKBS ini demi kepentingan produktiviti nasional dan kesejahteraan rakyat.

 

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.