LIMBARUH HIJAU 11 MUHARRAM 1433 (8 DISEMBER 2011) - Mesyuarat Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) bagi Penggal ke-3 2011 yang berlangsung pada 7 Muharram 1433 bersamaan 3 Disember 2011 di Pusat Tarbiyah NDP Tutonng merupakan mesyuarat pusingan terakhir MPPD bagi tahun 2011.
MPPD merupakan wadah untuk pentadbiran parti pusat mengumpulkan semua ahli MPPD di empat daerah, termasuk perwakilan dari ranting-ranting untuk berta’aruf dan bermuzakarah bagi merungkai, menghurai masalah bersama.
Di kesempatan tersebut ahli-ahli MPPD juga berpeluang untuk mebincangkan isu-isu semasa yang memerlukan perhatian mereka selaku pengiat politik.
Justeru, kata sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden merangkap Pemnagku Presiden dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat MPPD Q3 2011, saya berseru agar kita dapat memanfaatkan sebaiknya mesyuarat hari ini untuk:
- Mendengar laporan kegiatan NDP daerah masing-masing.
- Menilai perjalanan parti sepanjang 12 bulan lalu.
- Membincangkan strategi untuk memantapkan lagi kewibawaan parti dalam tempoh masa 12 bulan mendatang.
- Membincangkan strategi untuk mendapatkan dana di daerah masing-masing dan juga dana pusat.
- Membincagkan strategi untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang.
- Membincangkan isu-isu semasa yang perlu diberikan perhatian sama ada dalam negeri, di arena politik serantau mahupun di arena antarabangsa.
Dalam pada itu, tambahnya, ahli-ahli MPPD juga akan berkesempatan untuk mendengar taklimat dari Jabatan Setiausaha Agong (JASA) dan seterusnya berpeluang untuk berbincang bagi mencari jalan menghurai kemelut pengurusan dan pentadbiran pejabat perhubungan dan ranting.
Ini termasuklah membincangkan isu penubuhan semula ranting-ranting yang telah dibubarkan, tambah beliau.
Secara ringkasnya, tegas beliau, senario dalam masa 12 bulan mendatang ini sangat mencabar dalam menentukan masa depan NDP.
Menurut beliau, dua perkara besar yang akan berlaku dalam parti, pertama Pemilihan Umum bagi memilih barisan kepimpinan peringkat Majlis Tertinggi bagi tempoh 2012 – 2015 dan kedua melaksanakan Kongres Agung ke-7 pada bulan Jun 2012
Dalam masa sama, menurut beliau lagi, kita juga akan menyaksikan perisdangan Majlis Mesyuarat Negara pada bulan Mac 2012 iaitu kurang lebih 3 bulan dari sekarang.
"MMN merupakan institusi penggubal dasar dalam menentukan hala tuju kemajuan dan pembangunan bangsa dan negara".
"Di Dewan yang mulia itu banyak keputusan-keputusan penting akan dibuat yang akan melibatkan kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara".
Kata Pemangku Presiden lagi, sepanjang kehadiran NDP di pesada politik tanah air sejak Ogos 2005, banyak isu-isu serta cadangan-cadangan NDP yang kita cetuskan melalui Manifesto Politik 2006-2016 dan melalui kongres-kongres tahunan parti (yang laporannya kita hadapkan kehadapan Majlis KDYMM) turut diberikan perhatian.
"Alhamdullilah walaupun NDP tidak di berikan credit kita tidak kecewa kerana itu bukan matlamat parti".
"Matlamat kita ialah untuk mempastikan kehadiran NDP dan sumbangan ideanya dapat menyumbang kearah kesejahteraan bangsa dan negara yang kita cintai".
"Untuk itu kita tekankan sekali lagi, bahawa politik NDP bukan untuk mencari KUASA tetapi untuk sebagai penyambung lidah rakyat yang BERPENGARUH dan memainkan PENGARUH besar dalam sistem negara membuat keputusan".
Makanya penting, tambah sdra Malai Hassan, bagi NDP terus maju dan berwibawa.
"Dari itu saya sekali lagi berseru kepada diri saya sendiri dan kepada saudara, saudari sekalian terutama barisan kepimpinan diperingkat pusat, daerah dan ranting, marilah kita gunakan kesempatan hari ini untuk menetukan strategi dan gerak kerja kita yang Seterusnya akan menentukan kemajuan NDP dan kemajuan pembaharuan politik di negara ini seperti yang dihasratkan oleh KDYMM".
"Kalau kita inginkan perubahan maka kita perlu bergerak dari sekarang. Cepat lambat perubahan itu tertakluk kepada kegigihan dan komitmen kita kepada usaha memajukan NDP dan komitmen kita menjayakan perjuangan parti", tegas beliau.
Sementara itu MPPD Q3 2011 juga menyakiskan sdra Haji Juned Ramli memberikan taklimat mengenai kemajuan NDP sepanjang 4 bulan yang lalu dan saranan-saranan berkaitan langkah memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan parti di peringkat pusat dan daerah.

SUA, sdra Haji Juned Ramli menyampaikan taklimat mengenai perkembangan NDP |

Sdra Haji Tajuddin Omar, ahli Majlis Tertinggi NDP Temburong meluahkan rasa kesal atas kegaagalan pihak-pihak tertentu membenteras kegiatan penyeludupan minyak di sempada Brunei-Limbang |
Juga diberikan kesempatan berhujjah di MPPD tersebut, Naib-Naib Presiden dan ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Daerah.
Beberapa resolusi telah dicapai antaranya mengiatkan lagi langkah memperkasa keupayaan pengiat-pengiat politik NDP melalui program-program ilmiah dan juga memantapkan lagi ekonomi ahli-ahli NDP terutama dikalangan pengusaha-pengusaha tempatan. |