Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kasih Sayang Yang Abadi

LIMBARUH HIJAU 9 MUHARRAM 1433 (5 DISEMBER 2011) - PERJALANAN untuk mengisi kemerdekaan yang telah dinikmati hampir tiga dekad ini masih panjang dan tidak akan ada penghujungnya.

Namun perjalanan akan diteruskan. Perjuangan untuk menjulangkan bangsa dan negara hingga ke mahligai gading akan diteruskan.

Dalam pada itu jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu tidak akan dilupakan.

Sejenak kita berhenti untuk memperingati dan mengenang jasa wira wira bangsa yang telah merintis jalan untuk mengembalikan martabat dan kedaulatan bangsa dan negara.

Kasih sayang rakyat kepada wira-wira bangsa terutama Al Marhum DYMM Paduka Seri Begawan Sultan Sir Haji Omar Ali Saiffudein Khairi Waddien yang telah pergi mendahului kita tetap kekal abadi bak kata puisi Melayu, Nyiur gading puncak mahligai; Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai; Kasih sayang sampai ke mati.

Sempena memperingati jasa Almarhum DYMM, rombongan NDP pada 3 Muharram 1433 dengan di ketuai oleh Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden, sdra Malai Hassan Othman telah mengadakan Majlis Haul bagi Al Marhum DYMM di Makam Kubah Di Raja. Al Marhum telah lindung pada 3 Muharram 1407.

Begitulah tarbiyah dan budaya yang dihidupkan dalam NDP iaitu untuk mendidik warganya agar tidak lupa daratan dan sentiasa menghargai dan mengasihi pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara dan bangsa serta sentiasa mengasihi apa yang di kasihi oleh raja yang di sayangi.

Antara pemimpin-pemimpin lain yang ikut serta terdiri dari Timbalan Pengerusi Tetap NDP, sdra Haji Mohammad Haji Yassin, Naib Pressiden Brunei-Muara, sdra Haji Mohiddin DP Pengarah haji Othman, Pemangku Naib Presiden Belait, sdra Haji Mohammad Ali Yusop dan Setiausaha Agong NDP, sdra Haji Juned Ramli serta beberapa Ahli-Ahli Majlis Tertinggi NDP dan Ketua-Ketua Ranting.

Selesai Majlis Haul di Makam Kubah Di raja, rombongan beredar ke Limbaruh Hijau untuk meneruska majlis dengan acara tahlil dan berdikir sempena awal Muharram.

Majlis di Limbaruh Hijau disertai oleh Pengerusi tetap NDP, sdra haji Abdulrahman Yusop dan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain termasuk ahli-ahli wanita.

 

 

 

 

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.