Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KDYMM mempersiapkan
landasan demokrasi negara

LIMBARUH HIJAU 18 MUHARRAM 1433 (15 DISEMBER 2011) - PEGANGAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap pengamalan sistem demokrasi yang memberikan ruang dan peluang yang lebih luas kepada penyertaan rakyat dalam sama-sama menentukan untung nasib bangsa dan negara merupakan antara topik perbincangan di sesi sembang petang bersama NDP kelmarin (Rabu 14 Disember 2011).

Sesi Sembang Petang yang diadakan pada setiap hari Rabu minggu pertama dan minggu kedua setiap bulan dikelolakan oleh Biro Tugas-Tugas Khas, Kajian Dasar dan Strategik (TKKDS) NDP.

Sesi Sembang Petang kelmarin membawa tema, 'Pergolakkan Politik Antarabangsa dari Sudut pandang NDP'.

Ahli-ahli panel terdiri dari sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden NDP, sdra Haji Juned Ramli, Setiausaha Agong NDP, sdra Haji Mohiddin DP Pengarah Haji Othman, sdri Hajah Saemah, Ketua Himpunan Wanita dan sdra Mahmud Besuni Othman, warga JASA. Sesi Sembang Petang dipengerusikan oleh sdra Ahmad Timpus, Ketua Biro TKKDS.

Di sesi tersebut ahli-ahli panel berpeluang membentangkan pandangan mengenai pergolakkan politik di dunia antarabangsa terutama di Timur Tengah dan Utara Afrika dan ancamannya kepada keselamatan dan kestabilan politik negara.

Berikut kesimpulan yang dihasilkan di sesi sembang petang tersebut:

1-Krisis di Timur Tengah dan Utara Afrika mempengaruhi dinamika politik dan ekonomi antarabangsa secara keseluruhan.

2-Negara Brunei Darussalam sebagai anggota komuniti antarabangsa tidak terlindung dari bahang krisis dan tiupan gelombang kebangkitan massa di Timur Tengah dan Utara Afrika.

3-Ahli-ahli panel menyedari dan menginsafi antara faktor dalaman yang merupakan PRA SYARAT tercetusnya pergolakkan di Dunia Arab dan Utara Afrika ialah seperti berikut:

  • Kadar kemiskinan yang tinggi

  • Kadar pengangguran yang tinggi

  • Kadar inflasi yang tinggi

  • Pelanggaran Hak Asasi Manusia yang banyak

  • Pemerintah Beraja yang otokratik

  • Pemerintahan represif

  • Hak demokratik rakyat defisit

  • Kebebasan bersuara disekat

  • Rasuah di kalangan elit pemerintah

4- Merujuk banyak Kajian yang telah dibuat berkaitan tentang kehidupan rakyat Timur Tengah, ahli-ahli panel bersetuju bahwa rakyat Timur Tengah dan Utara Afrika telah mengalami proses tekanan terhadap kebebasan dan hak-hak asasi mereka dalam satu tempoh yang terlalu lama oleh satu sistem pemerintahan yang bersifat diktator dan autokratik.

5- Ahli-ahli panel melihat corak pemerintahan ini menyebabkan rakyat berada di dalam ketakutan manakala pemerintah pula bebas menentukan dasar pentadbiran tanpa menerusi proses 'check and balance' secara terbuka dan telus.

6- Ahli-ahli panel berpandangan demokrasi yang seharusnya menjadi sistem ke arah mewujudkan penyertaan rakyat terbanyak di dalam pembangunan negara telah runtuh. Ini kerana ia dilaksanakan hanya sekadar satu bentuk drama atau wayang kulit untuk tontonan dunia tentang amalan demokrasi yang dipertahankan. Tetapi pada Hakikatnya amalan demokrasi mereka tidak menepati sebuah amalan yang adil dan saksama.

7- Ahli-ahli panel berpandangan sebuah pemerintahan yang bercorak tertutup dan ruang demokrasi dan kebebasan terhadap rakyat disekat akan menyebabkan terjadinya satu kerosakan dan keruntuhan keyakinan rakyat terhadap pemimpin dan kekuasaan kerajaan.

8- Di dalam keadaan sebegini, rakyat yang seharusnya menjadi rakan bagi proses pembangunan dan kemajuan negara telah bertukar peranan menjadi musuh kepada negara.

9- Ahli-ahli panel juga berpandangan penglibatan rakyat yang minimum di dalam pembangunan negara menyebabkan sesebuah negara mengalami keruntuhan dalaman secara beransur-ansur dan ini tergambar menerusi pendapatan rakyat yang rendah, rasuah yang berleluasa, kadar inflasi yang tinggi dan pengganguran yang berleluasa. Ini menyebabkan rakyat terbanyak hidup di dalam kemiskinan dan kebajikan hidup tidak terbela

10- Justeru ahli-ahli panel melihat elemen-elemen tersebut sebagai PRA SYARAT kearah kebangkitan massa justeru bantahan dan tunjuk perasaan terbuka rakyat yang akhirnya membawa kejatuhan pemerintah dan kerajaan merupakan manifestasi tentang ketidakpuasan hati dan kekecewaan masyarakat terbanyakterhadap urustadbir negara yang lemah sehingga rakyat tidak mendapat ruang kebebasan dan pembelaan di dalam aspek kebajikan dan pembangunan kehidupan harian.

11- Dalam konteks ini ahli-ahli panel melihat krisis di Timur Tengah dan Utara Afrika (yang telah memaksa negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika melalui proses perubahan yang amat drastik) merupakan satu cabaran hebat kepada kestabilan politik negara dan kesejahteraan bangsa, justeru ianya perlu ditangani dengan penuh bijaksana.

12- Dengan penuh rasa sedar dan insaf, ahli-ahli panel bersetuju bahwa NDP turut sama bertanggungjawab untuk menghadapi cabaran hebat ini agar Negara Brunei Darussalam tidak terperangkap dengan tekanan dari mana-mana pihak juapun sehingga boleh membawa kesan perubahan negatif pada negara dan rakyat pada jangka masa yang panjang.

13- Sehubungan dengan itu ahli-ahli panel merakamkan rasa bimbang dengan laporan Freedom House, sebuah pertubuhan pemerhati demokrasi yang berpusat di Washington D.C, yang telah mengkategorikan Negara Brunei sebagai antara negara yang tidak bebas setaraf dengan negara-negara seperti Syria, Libya, Iran, Iraq, dan Afrika.

14- Untuk itu ahli-ahli panel melihat perlunya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah bijaksana untuk memperbaiki imej negara yang telah dilabel sebagai sebuah negara yang tidak bebas.

15- Ahli-ahli panel bersetuju kebebasan dan pengamalan demokrasi di Negara Brunei mestilah dipandu oleh syariat Islam dan nilai-nilai murni konsep Melayu, Islam, Beraja. Kebebasan dan pengamalan demokrasi semestinya sesuatu yang boleh menyuburkan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan bangsa dan rakyat bukan sebaliknya yang boleh membawa kepada persengketaan dan krisis yang akhirnya mengancam kestabilan politik.

16- Ahli-ahli panel sebulat suara bersetuju kehadiran NDP di pesada politik tanah air dan peranannya selaku pergerakkan politik rakyat yang demokratik sangat penting dalam mempromsikan konsep kebebasan dan pengamalan demokrasi yang menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan bangsa dan negara.

17- Untuk itu ahli-ahli panel mengalu-alukan penyertaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Padduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Forum Demokrasi Bali ke-4 yang berlangsung di Nusa Dua Bali pada 8 - 9 Disember 2011 dan di forum-forum yang sama yang terdahulu.

18- Ahli-ahli panel bersetuju Forum Demokrasi Bali merupakan usaha penting bagi memastikan adanya ruang demokrasi bagi penyertaan masyarakat yang lebih meluas dalam proses penyertaan masyarakat dalam hal-hal kebajikan bersama pemerintah. Penyertaan masyarakat ini juga penting dalam memastikan pertumbuhan dan perkembangan kehidupan demokrasi dalam sesebuah negara.

19- Sehubungan dengan itu ahli-ahli panel mengambil maklum penglibatan Baginda Sultan di Forum Demokrasi Bali merupakan satu testimonial akan kesungguhan Baginda Sultan untuk membawa permbahruan politik di Negara Brunei.

20- Ahli-ahli panel menagmbil maklum akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Padduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Forum Demokrasi Bali ke-4 yang berlangsung di Nusa Dua Bali pada 8 - 9 Disember 2011 yang baru lalu.

21- Dalam titah tersebut Baginda Sultan telah menkankan perlunya generasi baru bergerak cepat bagi menyesuaikan diri dengan situasi-situasi yang dibawa oleh perubahan.

22- Ini kerana titah baginda, proses perubahan telah berubah bentuk sejak kebelakangan ini. Ianya tidak lagi merupakan sebuah proses yang mudah untuk diramal dan mengambil masa yang panjang untuk berlaku. Akan tetapi oleh kerana kepantasan dan kekuatan proses pertukaran tersebut, perubahan boleh terjadi dengan serta-merta.

23- Ahli-ahli panel bersetuju dengan pandangan baginda Sultan akan pentingnya proses perubahan yang bergerak pantas ditangani dengan baik kerana jika terkawal ianya boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap masa depan generasi muda.

24- Ahli-ahli panel menyokong kenyataan yang dibuat oleh bgainda Sultan di Forum Demokrasi Bali ke-4 bahawa 'dunia perlu beralih kepada "penyertaan" seperti yang dinyatakan dalam tema forum, 'Meningkatkan Penyertaan Demokratik Dalam Perubahan Dunia: Respon kepada suara demokrasi'.

25- Ke arah itu, baginda menjelaskan bahawa negara-negara perlu bekerjasama di peringkat negara masing-masing mahu pun sebagai rakan dalam pertubuhan serantau.

26- Ahli-ahli panel bersetuju dengan penakan Baginda akan perlunya melaksanakan usaha-usaha praktikal untuk merealisasikan visi komuniti serantau yang akan memelihara rakyat, harapan-harapan dan cita-cita mereka.

27- Dalam hal ini, baginda telah menegaskan perlunya untuk meningkatkan keyakinan keluarga dan individu; menjana budaya saling hormat menghormati, rasa muhibah dan bersikap adil antara satu sama lain; dan secara praktikal memastikan perumahan, pendidikan, kesihatan, pekerjaan bagi semua rakyat, keselamatan yang berterusan dalam semua bentuk dan peluang kehidupan untuk semua.

28- Dengan demikian, baginda percaya bahawa rakyat akan dapat menyertai dalam apa jua yang berlaku di sekeliling mereka dengan kefahaman dan penghargaan.

29- Ahli-ahli panel bersetuju dengan baginda bahawa Jika gagal, adalah dikhuatiri bahawa semua kemajuan yang telah dicapai akan menjadi musnah akibat kepantasan dan kekuatan perubahan yang menjadikan masyarakat dan rakyat akan menjadi ahli masyarakat global yang tidak dikenali dan tidak mempunyai peranannya tersendiri, titah baginda.

30- Oleh kerana itu, baginda bertitah menekankan bahawa jika perkara ini dibiarkan berlaku, ianya merupakan satu penolakan terhadap sejarah silam rakyat, mengaku kalah kepada cabaran-cabaran semasa, dan pengkhianatan kepada masa hadapan mereka.

MENJUNJUNG TITAH MEMBANGUN BANGSA

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.