Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Tahniah atas kesungguhan melaksana Dasar Pembruneian demi bangsa dan negara


Gambar ehsan Pelita Brunei

LIMBARUH HIJAU 18 MUHARRAM (15 DISEMBER2011) – TAHNIAH kepada Menteri Tenaga di Jabatan Predana Menteri atas langkah bersungguh-sungguh yang diambil untuk memastikan peluang pekerjaan di sektor minyak dan gas akan lebih memihak kepada anak-anak tempatan.

Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, Menteri tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengumukan kesungguhan JPM mengambil langkah kehadapan ini di Majlis Pembukaan Pesta Kerja Di Sektor Perkhidmatan Minyak dan Gas 2011 pada 12 Disember baru lalu yang berlangsung di BRIDEX Jerudong.

Lebih 75 tahun sudah bumi Brunei menghasilkan minyak dan gas namun hingga ke hari ini peluang- peluang pekerjaan yang tersedia di sektor minyak dan gas lebih memihak kepada pekerja-pekerja asing. Hingga ke hari ini terdapat 15,000 peluang-peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan minyak dan gas, tetapi malangnya aAnak bumi Brunei hanya dapat mengisikan lebih kurang 40 peratus dari peluang pekerjaan yang tersedia itu.

Ketidakseimbangan yang berlarutan ini bermakna kekayaan bumi Brunei selama ini lebih banyak memihak dan memakmurkan pekerja asing dari pekerja tempatan.

Kenapa dan mengapa perkara ini terjadi dalam jangka waktu yang begitu lama?

Menoleh kebelakang akan nampak antara punca masalah yang dihadapi. Sejak merdeka 27 tahun lalu elit-elit pentadbir nampak lebih selesa menutupi kepincangan dalam sistem delivery dasar pembruneian dengan menguarwarkan kelemahan anak bangsanya sediri.

Alhamdullilah, keadaan yang tidak sehat ini ada harapan untuk dibaiki berikutan langkah tegas Jabatan Tenaga di JPM untuk memastikan dasar pembruneian di sektor perkhidmatan minyak dan gas akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Menurut Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, Menteri Tenaga di JPMtelah mengeluarkan satu arahan bahawa mulai tahun 2012 semua firma-firma di sektor minyak dan gas diwajibkan mempunyai 50 peratus pekerja-pekerja yang terdiri dari anak tempatan sebagai prasyarat tender.

Peraturan baru ini selaras dengan Kerangka Kerja Pembangunan Perniagaan Tempatan (Local Business Development-LBD) dan bertujuan untuk meningkatkan pengambilan pekerja-pekerja tempatan di sektor perkhidmatan minyak dan gas. 

Dalam melaksana Kerangka Kerja LBD itu, firma-firma juga dikehendaki akan lebih telus dalam menawarkan suasana pekerjaan yang kondusif seperti tawaran tangga gaji yang berpatutan kepada pekerja tempatan.

Kouta 50 pertus ini akan ditingkatkan kepada 70 peratus dalam jangka waktu 5 tahun selaras dengan sasaran 80 peratus pengambilan pekerja tempatan pada 2035.

Jabatan Tenaga di JPM juga akan melaksanakan pelbagai inisiatif-inisiatif utama iaitu pertama, menyediakan Kerangka Kerja Kecekapan Industri Tenaga; kedua, menubuhkan Institut Penyelidikan Tenaga Kebangsaan Brunei (BNERI); ketiga, memperkenalkan Rangka Kerja Kawal Selia yang baru dan memudahkan inisiatif-inisiatif utama pelaburan dalam industri Minyak dan Gas.

Sehubungan dengan Perkembangan yang mengembirakan ini, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sekali lagi merakamkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Pehin Menteri Tenaga dan Jabatan Tenaga atas kesungguhan melaksanakan dasar pembrunaian melalui Kerangka Kerja LBD.

Langkah ini sejajar dengan hasrat yang telah digarsikan dalam manifesto politik NDP 2006-2011.
Dalam manifesto tersebut, NDP telah mengariskan pentingnya Dasar Bruneisasi dilaksanakan dengan terancang dan menyeluruh mencakupi semua peringkat dan bidang dan dibuat penilaian pencapaian secara berkala.

NDP juga telah menekankan pentingnya langkah diambil bagi memastikan pemindahan pengetahuan dan teknologi daripada rakyat asing kepada rakyat Kebawah DYMM dilaksanakan dengan teratur dan terancang dalam tempoh yang dipersetujui dan munasabah.

Dikesempatan ini NDP mengulangi saranan parti agar Kerajaan menimbangkan langkah untuk merangka Dasar Ekonomi Negara yang disepadukan dengan Dasar Kewangan Negara, Dasar Pendidikan Negara dan Dasar Sosial Negara.

Melalui dasar bersepadu tersebut hendaklah disusun langkah-langkah yang konkrit bagi memastikan yang antara objektif dan natijah daripadanya ialah  sifar pengganguran, tercapai dalam jangka waktu yang sesingkat mungkin.

Mereka yang kini menggangur dan bakal lepasan sekolah serta institut pengajian tinggi yang  memiliki semangat entreprenuership yang tinggi dan mendalam hendaklah diberi peluang untuk merealisasikan cita-cita mereka  membuka perusahaan sendiri  dengan bantuan dan insentif daripada Kerajaan Kebawah DYMM

Untuk itu NDP mengulangi saranan agar pihak Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil di bawah Jawatankuasa Tetap (Kewangan dan Pembangunan Ekonomi) di dalam Majlis Mesyuarat Negara.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan pemantauan ke atas segala perkara yang berkaitan dengan industri-industri nasional yang penting, termasuk industri minyak dan gas, industri komunikasi, dan lain-lain, dan juga ke atas syarikat-syarikat yang mengeksploit untuk dikomersialkan hasil bumi dan khazanah negara, khususnya untuk memastikan bahawa industri-industri dan syarikat-syarikat tersebut benar-benar berjaya menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.

Bagi industri-industri di mana Kerajaan Kebawah DYMM mempunyai kepentingan dan atau berkongsi pengeksploitasian atau produk atau pendapatan dengan syarikat tempatan atau syarikat asing, atau dengan negara asing, hendaklah juga mempastikan bahawa:

o       Dasar Bruneisasi dilaksanakan dengan terancang dan menyeluruh mencakupi semua peringkat dan bidang dan dibuat penilaian pencapaian secara berkala;

o       pemindahan pengetahuan dan teknologi daripada rakyat asing kepada rakyat Kebawah DYMM dilaksanakan dengan teratur dan terancang dalam tempoh yang dipersetujui dan munasabah;

o       hal ehwal pengurusan kewangan dan yang berkaitan dengannya diurus dan dikawal secara telus tersebut, bagi menghalang sebarang salahlaku dan penyelewengan bagi mengelakkan sebarang kerugian  kepada Kerajaan dan rakyat Kebawah DYMM dalam apa jua bentuk sekali pun;

o       dasar perolehan yang telus dan saksama digubal dan dilaksanakan supaya tidak terdapat syarikat-syarikat atau pemilik-pemiliknya, khususnya syarikat-syarikat milik asing sebahagian atau sepenuhnya, yang memonopoli sebahagian besar daripada kontrak atau tender yang dikeluarkan oleh industri-industri tersebut, dan di mana munasabah serta pratikal, menetapkan had  jumlah nilai kontrak dan tender yang boleh diberikan kepada satu-satu  syarikat dalam satu-satu masa;

o       syarikat-syarikat yang mengambil bahagian di dalam kontrak atau tender yang dikeluarkan oleh industri-industri tersebut bukanlah terdiri daripada syarikat-syarikat yang dikategorikan sebagai syarikat ‘Ali Baba’ atau window dressing.

o       keutamaan diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk membekalkan segala perkhidmatan dan produk huluan (upstream) yang diperlukan oleh industri-industri nasional dan atau syarikat-syarikat yang berkongsi  pengeksploitasian atau produksi atau pendapatan dengan Kerajaan Kebawah DYMM. Keutamaan juga diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk mengeksploit segala sisa daripada aktiviti menghasilkan produk utama yang dijalankan oleh industri-industri nasional dan atau syarikat-syarikat yang berkongsi  pengeksploitasian atau produk atau pendapatan dengan Kerajaan Kebawah DYMM, dalam usaha membangunkan dan memperkembangkan industri hiliran (downstream) berikutan penghasilan produk utama tersebut.

MENJUNJUNG TITAH MEMBANGUN BANGSA

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.