Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Dasar Alam Sekitar Negara Bertepatan
Dengan Hasrat NDP

LIMBAARUH HIJAU 16 MUHARRAM 1433 (13 DISEMBER 2011) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)mengalu-alukan sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri menekankan pentingnya memperkukuh amalan-amalan terbaik dalam pengurusan serta pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur bagi memastikan persekitaran alam semula jadi terpelihara.

Duli Yang Teramat Mulia, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), selaku Penaung Diraja Majlis Kebangsaan Nadi Borneo bersabda sedemikian di Mesyuarat Ke-8 Majlis Kebangsaan Nadi Borneo yang berlangsung di Pejabat Menteri Kanan di JPM, Jalan Kumbang Pasang pada 13 Muharram 1433 bersamaan 10 Disember 2011 yang baru lalu.

Dalam masa yang sama, NDP juga mengalu-alukan langkah Kerajaan untuk menggubal tiga undang-undang berkaitan alam sekitar yang bertujuan untuk mengawal aktiviti pembangunan agar lebih mampan (sustainable development). 

Perkara ini diumumkan baru-baru ini oleh Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pembangunan di majlis makan malam yang dianjurkan oleh firma TOTAL. Majlis berlangsung di Hotel Empire Jerudong.

Menurut Pehin Dato Suyoi, Kerajaan telah mendraf 3 undang-undang yang terdiri dari Perintah Kawalan Pencemaran (Environmental Pollution Control Order), Perintah Kajian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assesment) dan Kawalan Ekspot, Impot, dan Transit Bahan Buaangan Berbahaya (Control of Export, Import and Transit of Hazardous Waste).

Sehubungan dengan perkembangan tersebut, NDP  ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan rasa gembira atas komitmen dan dasar kerajaan yang sangat jelas dalam hal memelihara alam sekitar negara ini.

Apa yang telah di sabdakan oleh Duli Yang Teramat Mulia dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengubal rang undang-undang pemeliharaan alam sekitar sangat bertepatan dengan saranan yang telah diketengahkan oleh NDP melalui Manifesto Politik NDP 2006 – 2012.

NDP sangat jelas berhubung isu alam sekitar dan telah pun mengangkat usul-usul berkaitan alam sekitar di Kongres-Kongres yang telah diadakan sejak 2006.

NDP melalui Manifesto tersebut telah mencadangkan agar pihak yang berwajib sentiasa mengambil kira faktor alam sekitar secara serius dalam sebarang usaha untuk memajukan atau membangunkan negara.

Untuk itu NDP telah mencadangkan agar kajian secara objektif dan telus diadakan sebelum sebarang projek pembangunan atau projek mega dimulakan. Ini bertujuan agar kesejahteraan rakyat Kebawah DYMM dan generasi akan datang, serta alam sekitar tidak akan terjejas dan lebih terjamin.

NDP juga melihat perlunya pihak berwajib mengambil langkah untuk mengenalpasti serta mencegah segala aktiviti di Negara Brunei Darussalam yang mungkin memberi kesan atau menyumbang kepada pencemaran,  penghakisan dan kemusnahan alam sekitar sama ada di atmosfera, sungai-sungai, laut dan pantai dan keseluruhan ekosistem negara.

Menyedari pentingnya alam sekitar negara terpelihara, NDP juga telah mencadangkan agar polisi-polisi yang sedia ada yang memberi kesan terhadap alam sekitar termasuk ekonomi, perikanan, perhutanan, pertanian, tenaga, pengangkutan dan sebagainy dikaji dan dinilai semula bagi tujuan memastikan ianya lebih sejajar dengan prinsip pembangunan mampan (sustainable development).

Dalam pada itu, NDP juga telah mengenegahkan satu cadangan kepada pihak berwajib untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan perlaksanaan kajian kesan alam sekitar (environmental impact assesment).

Kajian alam sekitar, seperti yang dicadangkan NDP mestilah dilaksanakan semasa di tahap cadangan (planning stage) apa-apa jua projek atau aktiviti yang akan mengubah bentuk mukabumi (shape of the terrain) dan atau merubah keadaan persekitaran, dan aktiviti yang berkaitan dengannya.

Peraturan ini perlu bagi tujuan memastikan supaya isu-isu pelindungan alam sekitar dan kesihatan awam diberi pertimbangan sewajarnya dalam projek demikian dan yang paling utama ialah untuk menjamin generasi kini dan akan datang dapat terus menikmati khazanah alam sekitar dan kehidupan sihat.

Juga turut ditekankan dalam manifesto NDP ialah individu memounyai akses atas maklumat-maklumat yang sewajarnya berkenaan alam sekitar daripada pihak berkuasa, termasuk yang melibatkan bahan-bahan toksik dan merbahaya (toxic and hazardous) dan aktiviti yang berkaitan di dalam komuniti mereka, agar mereka berpeluang untuk turut serta dalam membuat apa-apa keputusan.

Untuk memastikan polisi alam sekitar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan, NDP telah mencadangkan agar langkah-langkah kehadapn diambil untuk menggalakkan penubuhan NGO-NGO yang berperanan sebagai pemantau ke atas isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar.

NGO-NGO tersebut mestilah diberikan ruang dan peluang untuk berkhidmat atau bertindak sebagai penasihat kepada pihak yang berwajib dalam usaha membangunkan negara, agar kesejahteraan negara dan rakyat Kebawah DYMM tidak akan terjejas disebabkan aktiviti-aktiviti pembangunan yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu NDP juga telah menekankan pentingnya langkah-langkah diambil melalui pendidikkan sivik dan penguatkuasaan undang-undang bagi tujuan mempastikan kebersihan sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air, laluan pengangkutan dan sumber kehidupan nelayan sentiasa terpelihara.

Ini termasuklah mempastikan pengurusan dan pemuliharaan hutan dan bukit-bukau dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan amanah bagi mempastikan terpeliharanya alam sekitar sebagai satu warisan dan khazanah negara untuk dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang.

Tidak kurang penting ialah langkah untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kebersihan dan pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran udara dan bunyi bagi mempastikan kualiti kehidupan dan kesihatan rakyat sentiasa terjamin selain untuk memupuk budaya cintakan kebersihan di kalangan rakyat bagi menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang bersih dan sihat sehingga dapat memberikan gambaran bahawa masyarakat Brunei itu adalah bangsa yang pembersih.

 

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.