LUMUT DAERAH BELAIT AHAD 14 MUHARRAM 1433 (11 DISEMBER 2011) - BADAN PERHUBUNGAN PARTI PEMBANGUNAN BELAIT wajar diberikan pujian atas kejayaannya menganjurkan bengkel bertajuk 'Strategi Memajukan Ranting'.

Sdra Haji Romainor dan sdra Abd Rahman Mohammad, pemudahcara bengkel |

Peserta-peserta bengkel berbincang mengenai strategi memajukan Ranting NDP |
|
Bengkel dikendalikan oleh sdra Haji Romainor, Setausaha Badan Perhubungan NDP Beliat dengan dibantu oleh sdra Abd Ramhan Mohammad, Ketua Biro Aduan Rakyat Badan Perhubungan NDP Belait.
Bengkel dimulakan dengan sdra Haji Romainor mentakilmatan keadah SWOT dalam usaha meneganlpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman pergerakkan NDP di peringkat ranting dalam usaha mencari jalan dan strategi untuk memantapkan fungsi ranting-ranting selaku penyambung lidah rakyat di kawasan atau constituency masing-masing.
Bengkel diikuti dengan peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan diberikan peluang untuk mengunakan kaedah SWOT bagi menghuraikan strategi kumpulan masing-masing memajukan kumpulan mereka. Ketua-ketua kumpulan juga diberikan peluang membentangkan dan membahaskan strategi masing-masing.
Kesimpluannya bengkel tersebut telah berjaya memberikan peluang kepada peserta-peserta untuk dengan jujur melihat permasalahan dan cabaran serta peluang untuk memajukan ranting-ranting mereka.
Sementara itu disebelah petang, ahli-ahli yang hadir berpeluang untuk mengenegahkan masalah-masalah parti dan cadangan-cadangan mengenai kemajuan parti di peringkat Daerah di sesi soal jawab bersama Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden, Setiausaha Agong, Pemangku Naib Pressiden NDP Belait, sdra Haji Mohammad Ali Yusup, Pemangku Timbalan Ketua Perhubungan yang juga merupakan Ketua HAWA Pusat, sdari Hajjah Saemah Kefli dan sdra Ahmad Timpus, Ketua Biro Tugas-Tugas Khas, Kajian Strateguik dan Dasar.
|