Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

BELASUNGKAWA

LIMBARUH HIJAU 23 MUHARRAM 1433 (21 DISEMBER 2011): PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) turut bersediah dengan trajedi bas pelancung Brunei di Daerah Tauran, Sabah yang telah meragut tujuh jiwa rakyat Brunei. Beberapa penumpang lain telah tercedera dalam kemalangan ngeri tersebut.

Kejadian berlaku pada jam sekitar 3 petang selasa kelmarin di kawasan kilometer 8.9, Tamparuli-Ranau Road.

Seluruh warga NDP sangat terharu dengan musibah yang menimpa dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mereka yang nahas dalam kemalangan tersebut.

Warga NDP juga turut bersedih atas kehilangan jiwa tujuh rakyat Brunei dan berdoa semoga roh-roh mereka dikumpulkan bersama orang-orang solehin dan solehah. Warga NDP mendo'akan agar mereka yang tercedera akan diberikan kekuatan, kesabaran dan semoga mereka akan pulih dari kecederaan yang dialami dalam kemalangan tersebut.

Kepada keluarga-keluarga yang kehilangan orang tersayang warga NDP berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh musibah yang menimpa mereka.

Semua itu merupakan ujian seperti firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" (Al-Anbiya':35)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: "Luar biasa betul keadaan orang-orang yang beriman, semua urusannya adalah kebaikan. Tidak ada manusia yang menyamai orang yang beriman. Apabila ia beroleh kesenangan ia lalu bersyukur, maka ia mendapat balasan pahala. Apabila ia ditimpa musibah lalu ia bersabar, maka ia diberikan pahala." (HR. Muslim)

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: 
" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."  (HR. Bukhari)

Sementara itu warga NDP juga mengambil kesempatan untuk merakamkan kehadapan majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam rasa terharu dan penghargaan yang tinggi atas keperihatinan baginda Sultan kepada rakyat baginda yang ditimpa musibah di negara jiran.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada baginda dan sentiasa merahmati kepimpinan baginda Sultan dengan inayatNya.

 

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.