BANDAR SERI BEGAWAN 21 DISEMBER 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) kelmarin memperingati haul kemangkatan Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-28 yang lindung pada 3 Muharram1407 bersamaan 7 September 1986 dengan mengadakan majlis tahlil di Makam Kubah Di Raja.
Rombongan NDP yang terdiri dari Naib-Naib Presiden parti, beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti dan ahli-ahli yang lain termasuk beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi dari kalangan wanita parti turut serta menjayakan acara tersebut. Juga turut serta Timbalan Presiden NDP, Malai Hassan Othman dan Penolong Setiausaha Agong, sdra Haji Mohd. Kasim Sapar.
Rombongan diketuai oleh sdra Haji Mohiddin DPP Haji Othman, Naib Presiden NDP Brunei-Muara selaku pengerusi majlis.