Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Melawat tempat mercutanda sumber
awal kekayaan negara

SERIA 17 DISEMBER 2009 - SERAMAI 55 orang ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ranting Bebuloh, Brunei-Muara termasuk ahli-ahli keluarga mereka telah mengadakan lawatan ke bangunan Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) Seria pada 12 Disember 2009 baru lalu.

Juga ikut serta mengiringgi mereka dalam lawatan tersebut dua orang ahli NDP Daerah Belait iaitu Saudara Pengiran Ismail dan Saudara Pengiran Yunos.

Rombongan diketuai oleh penolong ketua Ranting Bebuloh, saudara Awg Bandang Bin Perayam.

Rombongan dengan menggunakan sebuah bas dan empat buah kenderaan persendirian bertolak daripada Kampong Bebuloh jam 08.15 pagi dan sampai di OGDC pada jam 09.30 pagi. .

Ketibaaan rombongan disambut oleh beberapa orang staf OGDC.

Disesi lawatan tersebut rombongan mula-mula diberikan taklimat mengenai aspek-aspek langkah keselamatan didalam bangunan. Sesi taklimat disampaikan oleh staf OGDC saudari Ainawati dan dibantu sama oleh saudari Nurul Afidah.

Selesai taklimat rombongan kemudian dibawa melawat kedalam ruang pameran untuk melihat tilam yang berlantaikan paku tajam yang dinamakan (Bed On Nail).

Beberapa orang ahli NDP telah mencubanya dengan berbaring diatas tilam berpaku tersebut, yang anehnya badan mereka tidak terasa sakit.

Seterusnya mereka dibawa keruang pameran bahagian sains iaitu Astronomi dan mereka mencuba sendiri dengan alat putaran 360 degree yang selalu digunakan untuk melatih angkasawan.

Dari sana mereka diajak untuk mencuba satu permainan yang dinamakan Mind Ball, yang mana permainan ini menguji ketahanan mental dan emosi seseorang dengan berlawan sesama rakan sendiri.

Permanian ini telah menarik minat para ahli NDP sehinggakan mereka berulang-ulang kali mencuba untuk memastikan ketahanan mental mereka masing-masing yang sebelum ini mereka tidak pernah mencubanya.

Selain daripada itu banyak lagi jenis-jenis pameran yang menyeronokan mereka melihatnya serta ingin mencuba dengan rakan-rakan.Sesi lawat ini berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Sebelum berangkat balik ketua rombongan telah memberikan ucapan ringkas sebagai menghargai diatas sambutan serta layanan para staf-staf OGDC yang telah memberikan penerangan dan memberikan peluang kepada rombongan kami untuk mencuba beberapa alat permainan yang terdapat didalam bangunan serta pameran-pameran yang ada didalam bangunan OGDC tersebut.

Sebagai penghargaan kepada pihak OGDC, ketua rombongan pada hari tersebut telah menyampaikan satu plak cenderahati dan sebuah buku harapan resolusi NDP sebagai tanda kenang-kenangan daripada ahli-ahli NDP ranting Bebuloh kepada pihak OGDC.

Didalam perjalanan pulang rombongan telah singgah ketempat peranginan yang dipanggil Arca Sejuta Barrel untuk menikmati pemandangan yang indah disana. Laporan dan Gambar oleh Erin Kisar, Setiausaha Ranting Bebuloh)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.