Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kepercayaan dan keyakinan rakyat
penting bagi pemimpin

DENPASAR, BALI, REPUBLIK INDONESIA, Khamis, 10 Disember. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan pentingnya bagi para pemimpin mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat masing-masing dalam menangani apa jua cabaran yang ada ketika ini.

Dalam menghadapi semua ini, tegas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, generasi kepimpinan di semua peringkat mempunyai tanggungjawab yang utama, khususnya untuk memberikan rakyat keyakinan dan kepercayaan iaitu nilai-nilai paling berharga dan disayangi dan bukan dalam bentuk ancaman.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan adanya semua ini, keseluruhan rakyat dan kehidupan masyarakat tidak akan hilang, tetapi akan berkekalan dan saling hormat-menghormati dan seterusnya kestabilan sosial dan muhibah antara satu sama yang lain akan terus terjalin.

Baginda bertitah demikian di Sesi Perdebatan Umum Forum Demokrasi Bali Ke-2 iaitu sejurus menghadiri sesi pembukaan forum tersebut yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, di sini.

Tema forum kali ini ialah 'Mempromosikan Sinergi Antara Demokrasi dan Pembangunan di Asia: Peluang-peluang Untuk Kerjasama Serantau.
Dalam titah tersebut, baginda bangga dengan kehidupan tradisi rakyat Negara Brunei Darussalam, seperti kehidupan beragama, bermasyarakat dan hubungan sosial yang baik.

Walau bagaimanapun kehidupan tradisi yang diwarisi oleh rakyat Negara Brunei Darussalam ini, titah baginda, akan terancam dan dikhuatiri dengan adanya pengaruh yang jelas ataupun tidak jelas terutamanya melalui kesan internet, televisyen dan pengaruh-pengaruh idea-idea atau nilai-nilai baru yang boleh menggugat keselamatan sama ada dari segi ekonomi, persendirian, kewangan dan persekitaran.

Baginda sendiri selaku pemimpin yang disayangi rakyat, tidak akan membenarkan dunia moden menghancurkan semua kepercayaan dan keyakinan rakyat yang sedia ada.

Bagi menghadapi semua cabaran tersebut negara sentiasa bersiap siaga dengan menyediakan pendidikan dan menyaksikan pergolakan globalisasi sebagai pegangan dan benteng, titah baginda.

Di samping itu kerajaan baginda juga akan terus memberi keutamaan kepada hal-hal penting seperti pendidikan, kesihatan, sekuriti dan kepelbagaian ekonomi.

Dalam titah, baginda seterusnya menyatakan bahawa forum tersebut telah memberi peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Baginda seterusnya bertitah menekankan kepentingan pertubuhan serantau dan mengambil maklum usaha-usaha yang telah dibuat untuk menyesuaikan ASEAN kepada dunia baru abad ke-21.

Baginda juga turut mengambil maklum akan matlamat integrasi serantau Komuniti ASEAN 2015 dan seterusnya menggalakkan negara-negara ahli untuk bekerjasama rapat untuk mencapainya.

Selepas Sesi Perdebatan Umum, baginda berangkat bersama para pemimpin dan para menteri yang mewakili negara masing-masing di Majlis Sesi Bergambar di ruang lain Hotel Grand Hyatt.

Baginda kemudiannya berkenan berangkat ke Majlis Makan Tengah Hari bersama perwakilan forum dari 36 buah negara Asia, Pasifik, Eropah dan Amerika yang disembahkan oleh Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dr. Susilo Bambang Yudhoyono di hotel yang sama. (PELITA BRUNEI)
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.