Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Forum Demokrasi Bali - Menghayati
titah KDYMM

LIMBARUH HIJAU, 13 Disember 2009 - RAMAI pemerhati-pemerhati politik di negara ini, terutama dikalangan warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sangat teruja dengan kesediaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk ikut serta menghadiri Forum Demokrasi Bali anjuran Presiden Indonesia Dr. Susilo Bambang Yudhoyono.

Seperti juga ditahun lepas apabila baginda sultan diumumkan akan meghadiri pelancaran pertama Forum Demokrasi di Bali, ramai yang gembira, teruja dan terangsang. Ini kerana ramai melihat ianya sebagai satu perkembangan yang menggalakkan dalam proses pembaharuan politik di Brunei.

Ramai yang melihat kesediaan Baginda Sultan untuk hadir dan bertitah di forum itu sudah cukup memboktikan keikhlasan baginda untuk membawa pembaharuan kepada sistem politik di negara ini.

Memang tepat. Lebih 20 negara diundang untuk hadir antaranya wakil dari Afghanistan, Australia, Iraq, Malaysia, Myanmar, Jepun, Tajikistan, Timor Leste, dan Vanuatu, manakala Amerika Syarikat, Norway dan Netherlands hadir selaku pemerhati.

Bukan semua yang hadir merupakan ketua negara seperti baginda sultan Baginda sultan walaupun berkedudukan tinggi selaku raja dan ketua negara yang dihormati, namun baginda tidak keberatan untuk bercemar duli untuk berinteraksi dengan peserta-peserta lain yang hanya terdiri dari menteri-menteri luar dan pegawai-pegawai kanan kerajaan sahaja.

Nah di sini jelas keinginan baginda sultan untuk melihat dan melihatkan negara juga menghormati sistem demokrasi dalam bernegara dan berbangsa, tetapi bukan ala barat yang tidak selaras dengan tuntutan Islam atau konsep demokrasi, yang sedihnya, disempitkan oleh sebilangan pemerhati dengan pilihanraya sahaja dan kerusi di Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

Kalau ini yang diharapkan memang ramai yang kecewa terutama pemerhati yang suka melihat ianya sebagai signal dari baginda sultan lantas dengan mudah memutuskan, "nah nda tah lama lagi ni kan pilihan raya ni".

Memang melucukan dan juga menyedihkan kerana pandangan yang sempit ini boleh membuatkan fikiran dan pandaangan bercelaru hingga tidak dapat mengupas isu dan melihat perkembangan dengan lebih jelas dan dari prespektif yang lebih tepat.

Sehubungan dengan itu kita mengajak pembaca dan pemerhati politik terutama warga NDP dan barisan kepimpinan NDP untuk sama-sama menghayati titah baginda sultan dan mudah-mudahan dapat mangambil iktibar darinya untuk dijadikan garispanduan dalam kita sama-sama menyumbang kearah pembaharuan politik dan perkembangan demokrasi yang dihasratkan oleh baginda sultan itu.

Apa pandangan baginda sultan? Apa pendekatan baginda sultan dan halatuju negara dibidang demokrasi dan perkembangan politik ini? Pandangan dan pendekatan politik baginda sultan ini telah dilontarkan baginda di Forum Demokrasi Bali yang baru lepas.

MENINJAU FORUM DEMOKRASI BALI

Forum Demokrasi Bali ke-2 diadakan bertujuan mempromosikan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang demokrasi dan perkembangan politik dikalangan negara di rantau Asia.

Forum ini bukan satu forum yang eksklusif untuk negara-negara demokrasi sahaja tetapi termasuk dan dibukakan kepada negara-negara Asia lain untuk mengongsikan pengalaman-pengalaman dan amalan-amalan baik dalam usaha merangsang demokrasi.
 
Melalui dailog dan kerjasama yang praktikal, Forum Demokrasi Bali diharapkan akan dapat menyumbang kearah demokrasi yang ideal. Ianya merupakan sebuah institusi yang dikhususkan untuk menggalakkan kerjasama serantau dan antarabangsa dibidang demokrasi dan seterusnya untuk memperkukuh institusi demokrasi diperingakt nasional yang akhirnya boleh menjadi jambatan yang dapat merapatkan jarak perkembangan politik dikalangan negara-negara Asia.

Forum Demokrasi Bali menggumpulkan menteri-menteri luar dan tokoh-tokoh negara untuk berdailog dan memudahcara kerjasama antara negara-negara yang berdemokrasi dengan negara-negara yang bercita-cita untuk mengamalkan demokrasi. Tema Forum Demokrasi Bali ke-2 berbunyi 'Memprmomosikan Sinergi Antara Demokrasi dan Pembanguna di Asia : Prospek Kerjasama Serantau'.

APA PANDANGAN KDYMM TERHADAP FORUM DEMOKRASI BALI?

Dalam titah di Forum tersebut, baginda memberikan pandangan:

"Forum in baru berumur setahun. Tetapi beta melihat ianya sudah mula menawarkan sesuatu yang istimewa dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa".

"Perkumpulan kita disini sangat istimewa. Seperti yang dinyatakan Tuan Presiden tahun lepas, kita mempunyai peluang untuk bersama mewakili rakyat kita masing-masing bukan untuk berbahas atau berunding tetapi untuk berkongsi perasaan, pandangan dan pengalaman selaku rakan dalam dunia yang kita kongsikan bersama ini".

"Atas semangat ini beta menrakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan dari dalam dan luar rantau ini. Kehadiran mereka memberikan ilham kepada kita semua. Kata-kata dan pemikiran (yang dilontarkan) menyatukan kita dalam satu tujuan yang sama", titah baginda sultan.


PENDEKATAN BRUNEI DALAM PERKEMBANGAN POLITIK DAN DEMOKRASI

Titah baginda sultan, "Pertubuhan serantau kita iaitu ASEAN mempunyai 10 anggota keahlian yang mengamalakn sistem kerajaan yang berbeza-beza".

Ini semua, titah baginda, disebabkan banyak perkara. Antaranya faktor sejarah dan geografi dan juga natijah dari pengaruh peristiwa-peristiwa dan kuasa-kuasa dari luar rantau ini. Juga turut membentuk semua ini ialah struktur masyarakat kita. Dan paling penting ialah budaya, keimanan (kepercayaan) dan tradisi. Semua ini setentunya sudah dirungkaikan oleh pakar sejarah, pakar sains, politik dan ekonomi. Tetapi penyudah dipenghujung kesemua ini ialah kita semua dibentuk oleh sejarah, titah baginda.

Dalam hubungan ini, baginda menambah, usaha kita di Brunei hari ini kurang diarahkan kepada masa yang sudah lalu tetapi lebih kepada masa sekarang yang semakin mendesak.

"Tugas ini sangat memberangsangkan dan dalam masa sama juga membimbangkan".  

"Memberangsangkan kerana kita melihat masa hadapan yang cerah", titah baginda memberikan pandanganya.

"Membimbangkan kerana dalam masa sama cabaran-cabaran yang sedang berada dihadapan kita tidak jelas dan tidak juga cerah".

"Ianya gelap. Ianya kelam. Semuanya dapat dirasakan tetapi tidak diketahui dengan jelas. Kesemua mencabar tradisi kehidupan kita, kehidupan beragama, berkeluarga, bermasyarakat dan hubungan sosial kita".

"Ianya dirasakan oleh rakyat yang sering bimbang terhadap kesan (negatif) internet, telivisyen dan pengaruh idea baru dan nilai baru. Semua ini boleh membawa kepada kebimbangan dan ketakutan akan keselamatan, sama ada berkaitan ekonomi, persendirian, kewangan dan alam sekitar".

"Justeru dalam hubungan ini, kita percaya generasi barisan kepimpinan disemua lapisan kehidupan mempunyai satu tanggunjawab yang tinggi iaitu memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat".

Apa yang dimaksudkan disini, tegas baginda sultan, ialah keyakinan bahawa nilai-nilai murni yang kita sanjung tinggi tidak terancam.

"Yakin bahawa kemutlakkan yang telah membentuk keluarga dan kehdiupan masyarakat kita tidak akan menghilang. Yakin bahawa rasa hormat, kepercayaan, kestabilan sosial dan rasa muhabbah akan berkekalan".

Manakala menurut baginda kepercayaan yang dimaksudkan ialah bahawa sanya kerajaan tidak akan sekali-kali membenarkan dunia moden ini manghancurkan semua ini dan percaya bahwa sanya mereka akan dipersiapkan dengan pendidikkan dan dilengkapkan untuk mengahdapi era globalisasi sebagai satu era yang dialu-alukan.

"Itulah secara meluas pendekatan yang diambil oleh Brunei yang kita sedang saksikan maju kehadapan hari ini", titah baginda.

BRUNEI MELALUI PROSES PEMBAHARUAN POLITIK

Menurut titah baginda sultan, dunia disekeliling kita sedaang bergerak dengan pantasnya, begitu juga dalam masa sama dengan masyarakat dan rakyat kita.

Ianya semakin nyata setiap hari, tegas baginda sultan.

Titah baginda semua ini memberitahukan kita bahawa kita mesti menjadi guru yang baik, Kita mesti bersedia mendengar dan dalam masa sama mengarahkan. Kita mesti sentiasa dan setiap waktu meneleiti, menilai dan membuat penilaian, titah baginda.

Makanya, titah baginda, pertubuhan serantau ini penting bagi Brunei.

Ianya, meurut baginda sultan, merupakan tumpuan dalam usaha mensesuaikan diri (negara dan bangsa) dalam abad 21 ini dan ianya sering merupakan satu permintaan yang sangat berat.

"Kita (pertubuhan serantau) telah mensasarkan untuk mengintergariskan rantau ini, dimana 20 tahun dulu, kita fikir tidak mungkin akan berlaku. Tetapi sekarang sasaran hanya tinggal lima tahun untuk dicapai".

"Ini menghendaki kita berkerjasama, Ia meminta kita agar mendengar dan didengar. Ia menghendaki kita bercakap dalam bahasa yang difahami oleh petani-petani, peladang, nelayan dan peniaga-peniaga lelaki dan perempuan, pemimpin-pemimpin komuniti dan belia-belia kita".

"Dalam lain perkataan kita mesti berjalan seiring dengan mereka yang melihat kepesatan perkembangan dunia moden jauh kedalam dengan kerisuan mereka akan terkubur dalam kehebatannya", titah baginda sultan.

Itulah fikir dan risau kami di Brunei, menurut titah baginda sultan.

"Kami sangat bangga dengan sejarah gemilang kami, tradisi dan cara hidup kami . Ia merupakan warisan yang kami sanjung tinggi. Bagaimana kami menwarisi semua ini, begitu juga dengan anak cucu kami, mereka akan mewarisi sejarah yang sedang kami cipta ini".

"Dan kami semakin menyedari bahawa itulah tugas penting kami. Apa yang sudah berlalu sudah berlalu. Masa hadapan akan sama hanya masa sekarang yang boleh berubah-rubah. Inilah yang sekarang kami melibatkan diri didalamnya".

"Panggilan rasminya ialah pendidikkan, penjagaan kesihatan, sekuriti permakanan, mempelbagai eknomi dan seterusnya dan seterusnya. Kami percaya inilah semangat dan nilai-nilai politik yang ingin kami kongsikan di forum ini", tegas baginda.

KESIMPULAN

1- Baginda sultan melihat Forum Demokrasi Bali sebagai satu peluang istemewa untuk negara-negera peserta termasuk Brunei, untuk menggongsikan perasaan, pengalaman dan aspirasi dalam usaha di bidang perkembangan politik dan demokrasi dengan matlamat untuk menggalakkan kesefahaman dan kerjasama dan merapatkan jurang pemisah antara negara-negara yang berdemokrasi dan yang bercita-cita untuk mengamalkan demokrasi yang ideal.

2- Kehadiran baginda sultan di Forum Demokrasi Bali menggambarkan kesungguhan dan keikhlasan baginda sultan untuk melakasanakan dasar pembaharuan politik yang dihasratkan sesuai dengan cara hidup, beragama, berkeluarga, berbangsa dan bernegara serta nilai-nilai murni, tradisi dan budaya Brunei.

3- Brunei selaku anggota masyarakat seranatu dan antarabangsa menyedari permintaan untuk negara-negara seperti Brunei untuk mensesuaikan diri dalam era mencabar abad 21 ini sangat berat tetapi perlu dilaksanakan dan ini memerlukan persefahaman dan kerjasama dikalangan masyarakat serantau dan antarabangsa.

4- Brunei seperti juga negara-negara anggota yang lain menyedari perlunya melibatkan rakyat dan penduduk - waima mereka dari kalangan petani, peladang, nelayan lelaki mahupun perempuan, belia dan peniaga - dalam proses membuat keputusan dan secara meluas dalam usaha membela nasib bangsa dan negara dan membawa mereka menuju kearah masa depan yang lebih cerah.

5- Brunei sebagai sebuah negara yang merdeka sangat berbangga dengan sejarah silamnya yang gemilang. Bagaimana generasi terdahulu mencipta sejarah dan menjadi acuan pembentukan generasi yang berikut, begitulah juga halnya dengan generasi masa sekarang yang juga berperanan penting mencipta sejarah untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang.

6- Justeru Brunei menyedari perlunya memfokuskan usaha pada masa sekarang iaitu dengan memperlengkapkan dan memperkasakan rakyat dengan pendidikkan dan ilmu, menumpukan usaha kepada penjagaan kesihatan, sekuriti permakanan dan lain-lain dalam menghadapi cabaran-cabaran abad 21 ini.

6- Turut ditekankan oleh baginda sebagai satu perkara yang paling penting dalam proses pembaharuan politik ini ialah menanamkan dan memelihara keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang berperanan memelihara kesucian Islam, keutuhan bangsa dan negara dari terjerumus dan terkubur oleh keburukkan-keburukkan yang dibawa arus dunia moden tanpa sempadan ini. (MHO)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.