Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Titah menekankan perlunya perubahan sikap

LIMBARUH HIJAU 29 DISEMBER 2008 - PARTI PEMBANAGUNAN BANGSA (NDP) sangat teruja dengan titah Hijrah 1430 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang membawa mesej jelas mengenai perlunya pemimpin dalam agensi kerajaan punya pegangan yang betul dan tidak takut kepada perubahan.

NDP teruja kerana apa yang di titahkan tepat kepada sasaran iaitu 2 masalah 'attitude' (sikap) yang selama ini menjadi hambatan atau virus kepada kelicinan kemajuan negara - pertama 'attitude' pemimpin dalam agensi kerajaan yang seperti hilang punca kerana tidak ada pegagan yang betul dan kedua 'attitude' pemimpin dalam jentera kerajaan yang semacam takut kepada perubahan.

Seperti yang cuba di gambarkan dalam titah, dua 'attitude' yang negatif ' dalam jentera pengurusan dan pentadbiran kerajaan ini telah menyebabkan perjalanan kemajuan negara agak lembab dan tidak dapat bergerak dengan lebih pantas.

Makanya titah dalam konteks semangat Tahun Baru Hijrah 1430 menekankan perlunya ada penghijrahan sikap kearah yang lebih positif.

"Kita orang Islam, mestilah lurus dalam pegangannya, untuk mendapatkan natijah terbaik dalam kehidupan".

"Jika pegangan tidak lurus, walaupun niat baik, kita tidak mungkin menghasilkan sebarang natijah yang terbaik itu", titah Baginda lagi.

Dalam konteks ini Baginda menyentuh mengenai dua isu pembagunan iaitu pertanian dan isu kemiskinan dan bagaimana dengan pegagan yang betul bidang pertanian dapat di majukan dan di sasarkan kearah usaha menyelesaikan isu kemiskinan.

Seperti yang Baginda tegaskan, "Negara perlu bergerak lebih pantas untuk meningkatkan tahap peratus 'sara diri' yang lebih tinggi daripada yang ada masa ini sejajar dengan pertumbuhan dan keperluan.

Baginda menaruh harapan dengan usaha ini akan meningkatkan taraf hidup, sesuai dengan matlamat mencapai tahap kemiskinan sifar.

“Kita membangun untuk kemakmuran dan dalam masa yang sama juga, kita membina keyakinan diri untuk menjadi hamba yang taat dan rajin beribadat,” nasihat baginda.

Kemakmuran dicapai dengan usaha, dengan menggunakan sumber alam kurnia Allah Ta’ala, inilah jelas baginda, kita memperolehi minyak dan gas dan daripadanya juga kita mendapat makanan.

Baginda menegaskan terdapat keadaan yang menggalakkan dari sudut agama bahawa kemiskinan di kalangan umat Islam tidaklah sukar untuk di atasi.

Walau bagaimanapun titah baginda, pada hari ini kita memperkatakan mengenai hijrah dan sekiranya umat Islam berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan, maka bermakna inilah hijrah yang paling bersejarah untuk mereka.

Menyentuh kebimbangan terhadap masalah sikap pemimpin dalam agensi kerajaan yang takut kepada perubahan Baginda pula bertitah, "adalah tidak wajar melambat-lambatkan perubahan walaupun perubahan tersebut sangat perlu untuk dilakukan".

Titah baginda, mereka yang menahan-nahan perubahan bukan saja mengalami kerugian malah juga melibatkan orang lain yang memang berhak untuk menerima perubahan tersebut.

Ini jelas titah baginda, lebih-lebih lagi jika perubahan itu bersifat membetulkan kesilapan atau kesalahan maka sudah barang tentu ia wajib pula dilakukan dengan sesegera mungkin.

“Ini juga boleh di anggap sebagai peka terhadap perkembangan , iaitu tidak membiarkan kesilapan terus berlarutan,” tegas titah baginda.

Menurut titah baginda, 'attitude' seperti inilah yang diperlukan oleh masyarakat membangun di mana kita adalah sebahagian daripadanya.

Begitulah yang baginda harapkan terutama daripada pemimpin-pemimpin di semua agensi kerajaan di mana mereka diumpamakan jurumudi yang membawa kapal-kapal ke pangkalan yang tepat.

Sesuai dengan semangat hijrah itu baginda menekankan agar semua orang terutama para pemimpin dan pembantu-pembantu mereka untuk lebih peka dengan perkembangan semasa sama ada yang bersangkutan dengan tugas harian masing-masing mahupun yang lebih besar daripada itu.

Seterusnya baginda bertitah, jika terdapat perkara yang perlu ditangani dengan segera, mengapakah ia tidak ditangani begitu juga jika ada peluang untuk membuat perubahan, mengapakah ia tidak dibuat, padahal jika dibuat ia boleh mendatangkan banyak kebaikan.

"Inilah caranya kita melayani tahun baru di mana ia bukan saja untuk menanam azam akan tetapi yang lebih penting melaksanakan azam tersebut", titah Baginda. (mho)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.