


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Wallilahillhamd
Syukur kehadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya meminjamkan kita umur dan kesihatan untuk kita dapat sama-sama menyambut Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini.
Kita merayakan Aidil Adha yang merupakan peristiwa besar melambangkan pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
Aidil Adha kita sambut bukan sekadar adat dan amalan setiap tahun semata-mata.
Peristiwa Aidil Adha mengandungi banyak pengajaran apa erti pengorbanan dan keikhlasan sejati itu.
Pengajaran ini perlu kita ambil iktabar untuk di jadikan panduan dalam kita melalui liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini dan dalam kita mempersiapkan diri menuju ke dunia akhirat.
Pengorbanan dan keikhlasan yang dicontohkan dari peristiwa Aidil Adha itu ialah pengorbanan dan keikhlasan dalam menta'ati suruhan Allah S.W.T demi untuk memdapatkan keredhaanNya.
Inilah matlamat pengorbanan dan keikhlasan yang sebenar-benarnya yang telah diajarkan oleh agama kita yang maha suci.
Bagi kita orang Islam, yang paling utama dalam kehidupan kita ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan membuat perkara-perkara yang di sukai Allah.
Dalam hal ini Allah telah menuntut kita supaya mematuhi suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Kita juga di tuntut untuk mengajak kepada kebaikkan dan memerangi kemungkaran, 'amal makruf nahil munkar'
Dalam melaksanakan suruhan Allah S.W.T ini memerlukan pengorbanan dan keikhlasan.
Ia memerlukan kita bersedia berkorban memerangi nafsu dan keinginan yang boleh menjerumuskan kita kepada kemungakaran.
Ia memerlukan kita bersedia berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta benda dan wang ringgit demi untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah.
Saudara, saudari
Sehubungan dengan itu kita selaku warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) seharusnya berasa beruntung kerana kerana menjadi ahli pergerakkan politik yang di asaskan atas konsep dakwah untuk beramal makruf nahil mungkar.
Selaku anggota NDP kita telah berbaiah dengan Perlembagaan yang menuntut kita berkorban untuk bangsa dan negara, untuk berkerja keras membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan selaku ulil amri dan kerajaan Baginda bagi membangunkannya serta memelihara dan mempertahankan keutuhannya, bukan merosak binasakannya.
Selaku anggota NDP ianya menjadi kewajipan kita untuk terus komited dan berkorban menyumbangkan khidmat bakti dalam usaha memperbaiki nasib masa depan bangsa dan negara tercinta ini.
Selaku ahli pergerakkan politik, kita telah merelakan diri kita untuk berkorban kearah memakmurkan negara dan bagsa tercinta ini.
Dan setentunya ia perlu dimulai dengan diri kita sendiri membetulkan niat, sikap dan pegangan dalam sama-sama mengerakkan pergerakkan politik yang berdakwah ini dan dalam kita mendakwahkan politik kearah kebaikkan ini.
Justeru sempena hari mulia ini saya berseru kepada diri saya sendiri dan kepada seluruh warga NDP untuk melakukan pengorbanan ini dengan hati yang ikhlas dan bersih, dengan niat untuk mencari keredaan Allah.
Saya yakin dengan semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dilandaskan di jalan Allah ini, segala usaha kita tidak kira kecil ataupun besar, akan dipermudah dan mendapat pertolonganNya serta akan mendapat genjaran pahala dariNya.
Marilah kita sama-sama membetulkan niat, sikap dan pegangan kita dalam mendakwahkan Misi, Visi dan Objekif Parti yang menjurus kearah mengekalkan Negara Brunei Darussalam selama-lamanya menjadi Negara Melayu Islam Beraja yang aman makmur sentiasa mendapat keampunan Allah SWT (Baaldatun Thayyibatun Warrabun Gaffur).
Sekian wabillahitaufikwalhidayah wassalamuallaikum |