LIMBARUH HIJAU 25 DISEMBER 2008 - SUDAH hampir satu tahun wilayah Bandar Seri Begawan di perluas, namun hingga ke hari ini penduduk-penduduk yang terkandung kedalam wilayah perbandaran baru tersebut belum lagi mendapat sebarang maklumat jelas berhubung cukai-cukai yang perlu mereka bayar kepada pihak kerajaan.
Menurut laporan akhbar Brunei Times Rabu kelmarin, sebilangan penduduk-penduduk wilayah baru Bandar Seri Begawan sudah banyak kali berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenainya dari Jabatan Bandaran di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, tetapi malangnya hingga sekarang jabatan tersebut dikatakan belum dapat memberikan jawapan yang memuaskan.
Apa yang membimbangkan penduduk-penduduk sekarang ialah kemungkinan mereka akan akhirnya dituntut membayar jumlah cukai terkumpul sepanjang lebih 12 bulan lalu bermula dari 1 Ogos 2007, tarikh bermula Bandar Seri Begawan diperluas wilayahnya kepada lebih 100 kilometer persegi dari keluasan asal yang hanya 12.87 kilometer persegi.
Mereka bimbang mereka akan menghadapi masalah yang sama seperti suadara mara mereka di kawasan bandar Kuala Belait yang juga pernah mendakwa tidak mendapat maklumat jelas mengenai cukai pintu yang perlu di bayar berikutan pengluasan wilayah perbandaran Kuala Belait melingkungi kawasan-kawasan perumahan di Kampong Pandan sebagai kawasan perbandaran baru Kuala Belait.
Mereka bimbang mereka akan menerima nasib yang sama dengan saudara mara mereka di Kuala Belait yang sekarang terhutang kepada kerajaan sejumlah beratus-ratus ringgit bagi tunggakan pembayaran cukai pintu dari mula kawasan mereka di masukkan kedalam kawasan perbandaran baru Kuala Belait.
Mereka takut akan timbul dakwaan pula bahawa secara kolektif mereka terhutang kepada kerajaan berjuta-juta ringgit kerana gagal melunaskan tunggakan pembayaran cukai rumah dan lain-lain yang pada awalnya boleh di elakkan jika sistem urus tadbir itu sediri telus, efisyen dan efektif.
Masalah yang membebankan rakyat ini tidak mustahil akan berlaku memandangkan amalan kerja yang baik (Good Practices) belum lagi menjadi budaya kerja sepenuhnya dibeberapa agensi-agensi kerajaan.
Transparency (ketelusan), accountability, responsif, efektif and efisien, yang merupakan antara elemen penting dalam usaha mewujudkan urus tadbir yang baik (good governance) masih lagi merupakan konsep dan harapan terutama di peringkat perlaksanaan dasar di negara ini.
Menyentuh isu urus tadbir yang baik atau kurang baik ini sambil memandang jauh kehadapan, kita juga turut bimbang akan masa depan kemajuan pembangunan negara yang secara menyeluruh cuba berjalan atas landasan Wawasan Brunei 2035.
Kita sebenarnya tidak suka di anggap pesimis tetapi masalah-masalah yang semacam senghaja di bebankan kepada rakyat oleh sebab urus tadbir yang kurang mantap ini sering mengajak kita bertanya apakah kita benar-benar serious melaksanakan Wawasan Brunei 2035 itu untuk kepentingan rakyat atau untuk kepentingan siapa? (mho)
|