LIMBARUH HIJAU 24 DISEMBER 2008 - KEGAGALAN Persatuan Bola Sepak Brunei (BAFA) memenuhi tuntutan akta dan peraturan pertubuhan-pertubuhan di negara ini sebagai punca ia di 'panyap' (di batalkan pendaftaran) oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di perjelas oleh ROS selaku badan bertanggung jawab melaksana peruntukkan undang-undang mengawal perjalanan pertubuhan-pertubuhan di Brunei.
Menurut Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) antara faktor penyebab memungkinkan tindakan menarik balik pendaftaran sesebuah pertubuhan ialah kegagalan menyediakan laporan tahunan seperti yang di kehendaki oleh akta pertubuhan-pertubuhan di negara ini.
Namun demikian tindakan sedemikian tidak semestinya diambil dan boleh dielakkan memandangakn tempoh panjang diberikan untuk persatuan atau pertubuhan yang bermasalah mengemaskini dan menyediakan laporan tahunan yang di kehendaki.
Dalam hal ini, menurut SAC Hajah Sharifah Salmah Dato Syed Hussein Alkaff, BAFA, seperti juga pertubuhan-pertubuhan yang senasib dengannya, telah gagal menyediakan laporan tahunan walaupun sudah beberapa kali diingatkan dan tempoh waktu cukup diberikan.
|

Masa depan BAFA terpulang kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
|
BAFA, menurutnya telah diberikan peringatan pada 12 Ogos tahun ini dan setelah tempoh lebih 90 hari berlalu persatuan tersebut tetap gagal menghantar laporan tahunan kepada pihak ROS.
Ini menyebabkan satu arahan dikeluarkan untuk membatalkan pendaftaran BAFA bulan lepas, jelas SAC Hajah Sharifah Salmah sambil menambah berikutan tindakan tersebut BAFA telah mengemukakan rayuan kepada ROS untuk di daftarkan semula.
Menurutnya lagi ROS telah memanjangkan rayuan tersebut kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang akan membuat keputusan mengenainya kerana perkara tersebut diluar bidang kuasa ROS.
Ini bererti BAFA yang telah di daftar pada 1952 sebagai indung kepada kelab-kelab bola sepak negara dengan sendirinya gugur keahlian dalam Persekutuan Persatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persekutuan Persatuan-Persatuan Bola Sepak ASEAN yang turut di peloporinya. Dan dengan kedudukannya sedemikian, semua kelab-kelab bola sepak negara yang bernaung dibawahnya seperti DPMC tidak boleh ikut serta dalam apajua perlawanan anjuran FIFA dan juga ASEAN Football Confederation.
Isu terbaru ini sangat menyedihkan kerana ianya merupakan satu lagi tragedi yang memalukan pernah menimpa dunia sukan negara. Sebelum ini Brunei dengan di saksikan berjuta-juta penonton di seluruh dunia diumumkan terkeluar dari senarai peserta di sukan Olympic Beijing kerana kegagagalan pihak-pihak tertentu mendaftar peserta pada tarikh yang ditentukan.
Tidak perlu dihuraikan panjang lebar bagi tujuan menganalisa kenapa, mengapa ianya berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat bagi mengelakkannya berlaku demi kepentingan nama baik negara. Melihat dari awal urutan perjalanan kedua-dua isu kontroversi tersebut sudah cukup membuatkan kita malu, kecewa dan sedih.
Apa yang penting sekarang ialah perlunya semua pihak mengambil iktibar dari kedua-dua isu tersebut terutama dalam skop pengurusan isu dan krisis yang secara keseluruhannya melibatkan imej negara.
Melihat dari sudut itu Parti Pembangunan Bangsa (NDP) turut berasa bimbang akan kemungkinan satu hari nanti ianya menerima nasib yang sama tetapi bukan atas sebab kegagalan menyediakan laporan tahunan.
Insya Allah dalam bidang ini NDP walaupun sedikit lambat tetapi sudah berusha sedaya upaya menyediakan laporan tahunan seperti yang dikehendaki.
Tetapi dalam masa sama terdapat beberapa perkara lain yang mungkin boleh dijadikan alasan untuk menraik balik pendaftaran NDP. Antaranya ialah isu bendera Sang Setia dan juga isu penggunaan rumah persendirian untuk dijadikan pejabat ranting.
Arahan telah dikeluarkan mengingatkan NDP agar tidak mengibarkan lebih dari satu helai bendera rasmi parti dan bendera sehelai itu hanya dapat dikibarkan di markas pusat NDP di Limbaruh Hijau, Jerduong.
Berkenaan dengan isu markas ranting, arahan juga telah dikeluarkan agar NDP tidak mengunakan rumah persenidiran dan mana-mana ranting yang menggunakan rumah persendirian di berikan tempoh 3 bulan untuk berpindah.
Kedua-dua perkara tersebut jelas disasarkan kepada pertama, semangat dan roh parti dan kedua kepada jentera dan nadi pengerak parti di peringkat akar umbi.
Pendek cerita arahan-arahan itu dapat dilihat sebagai strategi yang berlandaskan kuasa prerogatif dan peraturan yang kurang jelas untuk senghaja melambatkan kemajuan NDP justeru sangat berat untuk parti melaksanakannya. Masalah ini telah dikemukakan dan dijelaskan kepada pihak ROS agar dapat memberikan kelonggaran.
Sejauh ini pihak ROS sangat memahami pendirian NDP tetapi jelas ianya tidak berupaya untuk membuat sebarang keputusan kerana semacam terdapat tangan-tangan halimunan yang mengawal dari balik tabir tindak tanduk ROS.
Apa yang hanya dapat dibuat oleh NDP sejauh ini ialah bertawakal dan berdoa agar dilindungi dari tindakan untuk 'memanyap' NDP atas sebab tidak patuh kepada arahan yang kurang jelas selain dari terus berusaha sebaik mungklin berjalan atas landasan-landasan peraturan negara yang lebih jelas. Insya Allah. (MHO)
|