Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Sultan Omar Ali Saifuddien - Pengasas Negara Zikir

LIMBARUH HIJAU 29 DISEMBER 2008 - PADA 31 Disember 2008 ini warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) termasuk ahli-ahli wanita dan Non-Muslim akan berkumpul di perkarangan Kubah Makam Di-Raja bagi memperingati haul kemangkatan Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-28.

Ahli-ahli lelaki yang beragama Islam akan bertahlil di Makam Kubah Di-Raja sementara ahli-ahli wanita dan Non-Muslim akan berada di perkarangan Makam untuk bertafakur sambil memperingati jasa bakti Al Marhum sebagai pemimpin dan tokoh negarawan yang ungul, tokoh Islam dan pejuang kemerdekaan yang tidak dapat di lupakan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya Kenapa dan mengapa pada 31 Disember dan apa signifikannya tarikh tersebut sehingga membuat NDP rasa terpanggil untuk mengadakan majlis yang berkebajikkan itu?

31 Disember 2008 jatuh bertepatan 3 Muharram 1430 haul kemangkatan Al Marhum pada 3 Muharram 1407 bersamaan 7 September 1986.

31 Disember 2008 juga merupakan detik-detik bersejarah negara memasuki era kemerdekaan.

Kemerdekaan negara dicapai sepenuhnya pada 1 Januari 1984 iaitu 25 tahun yang lalu.

Pengistiharan kemerdekaan berlansgung di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Permasyhuran kemerdekaan telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari yang penuh bersejarah itu.

Waktu itu Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien berperanan memimpin seruan “Allahu Akhbar” sebanyak tiga kali.

Seruannya bergena disambut dengan penuh semangat oleh seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam.

Memang bertepatan bagi Al Marhum memimpin rakyat melaungkan kalimat yang agung itu. Dan dalam konteks hasrat dan tekad KDYMM Paduka Seri baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai negara zikir, setentunya bertepatan kemerdekaan negara di gemilangkan dengan seruan agung mengingat kebesaran Allah.

Dari itu Al Marhum DYMM bukan sahaja merupakan pejuang kemerdekaan Negara Brunei Darussalam bahkan tidak salah jika dikatakan Baginda ialah pengasas Brunei Negara Zikir.

Baginda telah berjaya meletakkan Negara Brunei Darussalam sebagai negara Melayu tulen, berdaulat, dan merdeka, sebagai negara baru yang kelahirannya 25 tahun lalu di sambut dengan zikir.

Baginda lahir pada tahun 1914 dan memerintah Brunei sejak 4 Jun 1950.

Pada 4 Oktober 1967 Baginda secara sukarela turun takhta dan mengangkat anakanda Baginda KDYMM Paduka Seri baginda Sultan haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah sebagai pengganti yang sah.

Mengimbas kembali sewaktu pemerintahannya, Al Marhum Baginda Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien berperanan penting dalam usaha membentuk perlembagaan negara.

Selain banyak memberikan buah fikiran dan fakta sehingga perlembagaan negara diterima baginda, juga turut merintis pertemuan demi pertemuan dengan kerajaan Inggeris bagi memerdekakan Negara Brunei Darussalam.

Baginda yang bijak dan fasih berbahasa Inggeris dapat memahami undang-undang pentadbiran serta tatacara perundangan antarabangsa. Faktor ini menjadikan proses rundingan menjadi lebih mudah.

Kehebatan baginda menguasai bahasa Inggeris ialah sewaktu mendapat pendidikan di Malay College, Kuala Kangsar (1932-1936).

Penguasaan ini menjadi asas yang kukuh bagi baginda merencana serta membangunkan perlembagaan Negara Brunei Darussalam. Apatah lagi ketika baginda menjadi Pengiran Bendahara yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara.

Semasa memegang jawatan Pengiran Bendahara, Baginda bukan sahaja dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan tetapi juga menjadi Pengerusi Mahkamah Syariah.

Oleh yang demikian, baginda sentiasa menemui rakyat bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian.

Baginda sering melawat kawasan kampung serta menyuburkan kemakmuran surau dan masjid supaya kehidupan rakyat sentiasa mempunyai keyakinan serta matlamat dunia dan akhirat.

Sewaktu menjadi Sultan dan Yang Di Pertuan Negara dahulu pun, baginda berangkat mencemar duli ke kampung-kampung untuk bersembahyang Jumaat bersama rakyat jelata.

Bahkan baginda pernah menjadi Imam dan berkhutbah. Usaha-usaha baginda mendekati rakyat dalam mentadbir negara, dapat menyatukan keyakinan seluruh rakyat.

Sikap baginda yang berpegang teguh kepada agama telah menjadi landasan yang kukuh untuk memartabatkan negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu tulen, berdaulat, dan merdeka.

Baginda bukan hanya menghafal akan dikir-dikir yang dibawa, tetapi sangat arif akan lagu-lagu pada setiap dikir.

Baginda cukup mahir tentang dikir serta lagu yang hendak dibawa mengikut keadaan. Malah baginda dapat menghafal dikir-dikir serta lenggang-lenggok melodinya dengan mudah.

Kebolehan baginda itu ada kaitan dengan perwatakan baginda sebagai sasterawan dan penyair istana yang berjiwa rakyat.

Lazimnya, selepas sembahyang Isyak secara berjemaah, baginda sering memahirkan diri dengan berzikir mendekati Allah S.W.T. bersama-sama Pehin-pehin dan para menterinya. Amalan ini menjadi tradisi kukuh rakyat Negara Brunei Darussalam.

Sebelum berangkat melanjutkan pelajaran di Malay College Kuala Kangsar, baginda telah mendapat asuhan yang cukup sempurna di istana. Baginda bukan sahaja didedahkan dengan adat istiadat Melayu tetapi baginda juga telah melalui pendidikan Islam dengan mendalam.

Baginda telah khatam al-Quran sebanyak 40 kali. Baginda mendapat ilmu agama dengan memahami segala hukum hakam daripada ramai guru. Guru-guru agama ini kemudiannya menjadi pakar rujuk kepada baginda dalam segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam.

Suasana ini kemudiannya menjadikan baginda seorang alim dan disegani dalam bidang Islam.

Kebijaksanaan yang ada pada baginda Sultan Haji Omar Ali Saifuddien menjadikan baginda sebagai seorang tokoh agama, sasterawan serta negarawan yang arif tentang pentadbiran dan adat istiadat.

Keadaan ini telah meletakkan negaranya sebagai sebuah negara yang unggul.

Dengan ilmu dunia dan akhirat yang ampuh, baginda menghayati kehidupan rakyat dan memahami alam sekeliling.

Berdasarkan pengamalan dan didikan di istana itu, baginda muncul sebagai seorang sasterawan dan penyair yang berwibawa. Dalam hal ini baginda telah menghasilkan 10 buah syair dalam tema ketuhanan, pendidikan, akhlak, kemanusiaan, dan adat negeri.

Antara syair-syair baginda ialah syair Nasihat, Rajang Hari, Rajang Jenaka, Perkakas Perkarangan, Perlembagan Negera Brunei (1960), Rampaian Laila syair (1966). Sementara Rampaian Laila Syair memuatkan pula syair Laila Hasrat, Laila Cinta, dan Laila Jenaka. Dua buah lagi syair yang lain ialah syair Asli Rajang Hari dan Kemerdekaan.

Melalui syair-syair inilah baginda memuatkan pengajaran, petunjuk, gagasan, dan makna kehidupan serta falsafah yang perlu dicernakan dan diamalkan untuk kesejahteraan hidup sebagai insan.

Demikianlah seorang Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang banyak berjasa. Perjuangan baginda menjadikannya sebagai pendidik, sasterawan serta penyair terbilang, pentadbir, dan pemerintah yang cekap. Sikap Baginda ini menjadi inspirasi dan aspirasi kesayangan rakyat hingga ke hari ini.

BIOGRAFI AL MARHUM
  • Baginda terdidik dalam pelajaran agama, 40 kali khatam Al-Quran

  • Pada 1932 hingga 1936, baginda menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

  • Pada 1947, baginda diarak menjadi 'Pengiran Bendahara'.

  • Pada tahun 1950, baginda Sultan Omar 'Ali Saifuddien III naik takhta.

  • Memerintah Brunei dari 1950 hingga 1967

  • Pada tahun 1951, menunaikan Fardhu Haji kali pertama.

  • Kemudian, pada 1951,baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei 'Allah Peliharakan Sultan' diakui secara rasmi.

  • Pada 1953,baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Negeri Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan, mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada 1958 dan dinamakan Masjid Omar Ali Saifuddien.

  • Selepas itu, pada tahun 1954,baginda mendatangkan dua orang pakar Pengajian Islam ke Brunei.

  • Pada 1955, baginda membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun Pertama.

  • Pada tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya.

  • Pada 1959,baginda menandatangani Perlembagaan Bertulis bagi Negeri Brunei, Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekan minyak di luar pantai.

  • Pada 1961, penubuhan Askar Melayu Brunei berlaku dan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia

  • Pada 1962,baginda menunaikan Fardhu Haji kali kedua.

  • Pada 1962, pemberontakan berlaku di Brunei.

  • Pada 1967, Brunei mengeluarkan matawangnya sendiri.

  • Baginda lebih 33 kali berangkat ke luar negeri antara tahun 1951 hingga 1967.

  • Akhirnya pada tahun 1967, menurunkan diri dari Takhta Kerajaan, bergelar Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

  • Pada 1984, menjadi Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam yang pertama.

  • Pada 1986,baginda mangkat

  • Terkenal dengan nama 'Arkitek Brunei Moden' .

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.