LIMBARUH HIJAU 10 DISEMBER 2008 - Sebuah buku kecil bertajuk 'Menyusur Titah 15 Julai 2008 - Prespektif NDP' telah disempurnakan pelancarannya oleh Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di majlis isitiadat pengibaran Sang Setia 1 Disember lepas.
Buku kecil tersebut disunting bersama oleh sdr Mahmud Morshidi Othman dan Malai Hassan Othman.
Buku setebal 63 muka surat itu mengajak pembaca menselurusi initipati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena ulang tahun puja usia Baginda ke-62 pada 15 Julai 2008.
Buku tersebut dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan teks titah KDYMM sementara di Bahagian Dua di bentangkan 11 topik membincangkan isu-isu yang dititahkan oleh Baginda Sultan.
Isu-isu tersebut ialah mengenai, Negara Zikir, Krisis Tenaga, Sekuriti Permakanan, Kenaikkan Harga Barang, Dari Masyarakat Pengguna Kepada Masyarakat Penabung, Pengurursan Sampah dan Alam Sekitar, Isu Rokok dan Kesihatan, SPN 21 - Antara Harapan dan Cabaran, Keselamatan Sosial, Keselamatan Negara dan 'Dasar Luar Yang Berprinsip dan Pragmatik'.
Melalui buku tersebut pembaca boleh menghayati mesej titah Baginda Sultan yang jelas melihatkan halatuju dasar negara berhubung isu-isu yang disebutkan diatas.
Kepada ahli-ahli yang berminat untuk mendapatkan senaskah buku tersebut bolehlah menghubungi markas pusat di talian telefon 2610704.