LIMBARUH HIJAU 4 DISEMBER - Potrait-potrait wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terpapar di beberapa tempat di Limbaruh Hijau hingga membuatkan seluruh ahli-ahli Parti Pembangunan (NDP) serta tetamu-tetamu yang hadir di majlis istiadat pengibaran bendera Sang Setia kali ke-4 Isnin lepas merasakan seolah-olah Baginda Sultan turut hadir di hari gemilang tersebut.
Potrait-potrait wajah Baginda Sultan yang berukuran besar di letakkan di hadapan laman Limbaruh Hijau dimana istiadat pengibaran bendera Sang Setia diadakan.
Begitu juga di Anjung Syura yang digunakan sementara sebagai dewan pameran untuk mempamerkan cokmar, amar kongres, baju pengerusi kongres, baju bentara dewan, baju T NDP, topi, lencana dan buku-buku serta bahan-bahan cetakkan yang di hasilkan oleh NDP selama lebih 3 tahun kewujudannya.
Potrait-potrait Baginda Sultan juga turut di letakkan di pejabat Presiden dimana tetamu-tetamu khas kemudian dijemput untuk berehat dan menikmati sarapan pagi bersama-sama presiden dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP yang lain.
Pendek cerita inisiatif jawatankuasa majlis menghias Limbaruh Hijau dengan potrait-potrait wajah Baginda Sultan bertepatan dengan matlamat majlis istiadat pengibaran Sang Setia iaitu untuk memperbaharui tekad dan janji ta'at setia kepada Baginda Sultan, negara dan bangsa.
Sehubungan dengan itu Awang Ahmad Timpus, selaku pengerusi bersama majlis istiadat pengibaran Sang Setia mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk mempastikan majlis tersebut berjalan dengan lancarnya.
Jelasnya kerjasama yang telah diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa sehingga majlis dapat dijalankan dengan jayanya memboktikan semakin terdapat peningkatan kesedaran berpolitik dan berjuang dikalangan ahli-ahli NDP.
Ia juag mengambarkan bahawa semangat nasionalisme dan patriotisme yang tulen masih menebal di jiwa orang Brunei.
"Apa pun, semua ini juga mengambarkan peningkatan semangat juang dalam diri kita dan kesedaran yang semakin ketara akan pentingnya kita bersatu kearah membina pergerakkan politik rakyat yang berwibawa dan di segani dalam sama-sama melaksanakan tanggunjawab dalam pembangunan demokrsi di atas landasan falsafah negara Melayu Islam Beraja dan Demokratik", ujar Awang Ahmad Timpus.
 |
"Sang Setia bendera rasmi parti merupakan simbol kesetiaan warga NDP kepada raja, bangsa dan negara".
"Justeru setentunya bertepatan bagi kita sebagai ahli NDP yang sudah bertekad dan berjanji untuk melaksanakan tuntutan Perlembagaan parti keluar bermaia-ramai dan berkumpul di perkaranagan Limbaruh Hijau ini untuk memperbaharui tekad dan janji kita kepada raja, bangsa dan Negara yang kita cintai ini".
"Tahun ini merupakan kali ke-4 kita memperingati hari bersejarah pengibaran Sang Setia di bumi tercinta ini".
|
"Kita bedoa mudah-mudahan acara gemilang yang saudara, saudari lakukan pada setiap tahun ini akan menjadi pemacu semangat kesatuan kita untuk terus berjuang mengekalkan Negara Brunei sebagai negara Melayu Islam Beraja yang aman, damai dan makmur serta sentiasa mendapat keampunan Allah – Baldatun Tahiybatun Warabun Ghaffur. Amin", katan Awang Ahmad dalam ucapan alu-aluan beliau.
|