Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Piagam buka jalan mewujudkan Komuniti Asean

Peranan NDP membantu negara melaksana Piagam Asean

LIMBARUH HIJAU 19 DISEMBER 2009 - MINGGU ini merupakan minggu bersejarah bagi rantau Asean dan penduduknya termasuk masyarakat Brunei.

Pada Isnin baru ini Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar, Pengiran Muda Mohammed Bolkiah, bersama ahli Asean yang lain melancarkan Piagaam ASEAN (ASEAN Charter) di Jakarta, tuan rumah bagi Sekretariat Asean.

Dengan pelancaran Piagam Asean bererti pertubuhan serantau ini sudah bersedia untuk melangkah jauh kehadapan lagi dalam usaha menjadikan Asean sebagai sebuah entiti atau kesatuan masyarakat dan pasaran yang diikat dengan perundangan, tidak seperti sebelumnya hanya merupakan sebuah pertubuhan longgar yang diasaskan semata-mata atas semangat persefahaman dan kesepakatan yang di warisi dari pengasas-pengasas Asean 41 tahun lalu.

Dalam lain perkataan pelancaran bersejarah Piagam Asean membuka jalan kepada menjadikan Asean sebagai Komuniti Asean atau blok Asean ala Kesataun Eropah pada 2015 atau 7 tahun dari sekarang.

Seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Asean Surin Pitsuwan, Piagam Asean akan membolehkan negara-negara ahli mengintegrasikan ekonomi dan politik masing-masing mengikut garispandu perundangan tidak seperti sebelumnya persetujuan dicapai melalui semangat kesepakatan semata-mata.

Ini ditekankan lagi oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dengan berkata perkembangan tersebut sebagai satu perkembangan yang penuh bermakna dalam usaha ahli-ahli negara Asean menyatukan, mengintergarsiakn dan mentransformasikan pertubuhan serantau dan penduduknya seramai 500 juta itu menjadi sebuah komuniti.

Namun demikian banyak hal dan persoalan yang masih kurang jelas terutama sekali dalam isu hak asasi manusia, pengamalan sistem demokrasi dan urus tadbir yang baik (Good Governencae).

Sejauh mana negara-negara ahli akan akur dengan Piagam Asean tersebut terutama sekali dalam menangani isu hak asasi manusia, pengamalan demokrasi dan sistem urus tadbir yang baik yang menghendaki keadilan dan menghormati kebebasan rakyat akar umbi untuk ikut sama menentukan nasib masa depan mereka?.

Sejauh mana negara-negara ahli akan benar-benar serious dan komited melaksanakan aspirasi Asean untuk mengintegraiskan dan membina masyarakat serantau (yang berbilang kaum, puak, berbagai kepercayaan dan ideologi politik) kearah mewujudkan Komuniti Asean yang merupakan sebuah Masyarakat Sosio Budaya, Masyarakat Sosio-Ekonomi dan Masyarakat Politik-Keselamatan?.

Aspirasi Asean ini telah termaktub dalam Deklarasi Bali - ASEAN Concord ll yang di lancarkan oleh negara-negara anggota pada 1976.

Akan tetapi hingga ke hari ini masih lagi terdapat beberapa negara ahli yang mempunyai rekod Hak Asasi Manusia yang kurang elok dan sistem urus tadbir yang kurang baik walaupun nampak sekarang mereka membuat komitmen baru dengan merestui Piagam Asean yang akan menjadi garsipandu perundangan kesepakatan Asean.

Justeru adalah menjadi harapan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan juga rakyat biasa di rantau ini agar pelancaran Piagam Asean ini akan mempercepat dan membawa perubahan yang lebih kehadapan ke beberapa senario di negara-negara ahli termasuk dalam negara.

NDP berharap agar aspirasi Deklarasi Bali 1976 kearah megwujudkan Masyarakat Sosio Budaya, Masyarakat Sosio-Ekonomi dan Masyarakat Politik-Keselamatan menjadi kenyataan dengan adanya Piagam Asean yang dilancarkan sama oleh Duli Yang Teramat Mulia Sahibul Himmah Wal Waqar itu.

NDP berkongsi harapan agar niat baik dan tujuan-tujuan akhir Piagam Asean untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau dengan mempromosikan keselamatan politik, ekonomi dan sosio-budaya agar masyarakat Asean termasuk yang berada di Brunei dapat hidup dalam keadaan aman dan dalam suasana yang adil, demokratik dan harmoni akan tercapai.

NDP berharap dengan berkuatkuasa Piagam Asean itu, semua 10 negara anggotanya akan tulus ikhlas menghormati undang-undang dan komitmen politik untuk bersatu di bawah prinsip Satu Wawasan, Satu Jati Diri dan Satu Komuniti Penyayang dan Berkongsi; pelaksanaan prinsip demokrasi, pemerintahan undang-undang dan tadbir urus yang baik; dan menghormati perlindungan hak asasi manusia.

Dalam hal ini NDP sebagai pergerakkan politik rakyat akan terus menyokong dan membantu Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda dalam usaha melaksanakan pembagunan demokrasi dan urus tadbir yang baik selaras dengan tuntutan Piagam Asean dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

NDP akan terus menyumbangkan khidmat bakti ini atas kesedaran dan rasa tanggunjawab untuk membantu negara menjadi peserta dan anggota Asean yang terbaik dan sungguh-sungguh berusaha merealisasikan tujuan dan matlamat baik Piagam Asean.

Mudah-mudahan dengan penglibatan NDP yang serious dan bukan sekadar menghias lanskap demokrasi, Negara Brunei dan rakyatnya akan tercatat dalam sejarah sebagai penyumbang contoh kearah kejayaan Asean dan bukannya sebagai penyebab kelembapan Asean melaksanakan janji Piagam Asean. (MHO)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.