Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

BAHAGIAN III

‘Negara Zikir’ Pada Pemahaman NDP

Berdasarkan hujah, takrif dan tafsiran yang dibincangkan sebelum ini, NDP lebih cenderung kepada takrif bahawa maksud al-zikr itu ialah Al-Quran.

Dengan menerima pengertian al-zikr sebagai Al-Quran, bolehlah kita membuat rumusan bahawa konsep negara zikir itu sebagai negara Al-Quran, yakni, Negara Islam atau Negara Kebajikan, negara yang aman makmur yang mendapat keampunan Allah SWT.

Ertinya sebuah negara Islam yang menterjemahkan seluruh tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam segala aspek kehidupan, meliputi kepimpinan, pemerintahan, pentadbiran, politik, undang-undang, keadilan dan kesaksamaan sistem sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

1. ‘Negara Zikir’ Adalah Negara Al-Quran

Pegangan NDP seperti di atas adalah bersandarkan kepada tuntutan ayat berikut.
 
Surah Al An’aam, ayat 155, yang bermaksud: Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Adalah jelas bahawa Al-Quran merupakan satu panduan hidup yang lengkap dan terpelihara dari sebarang kekurangan. Ini dapat difahami berdasarkan penjelasan ayat berikut.

Surah Al An’aam, ayat 38, yang bermaksud: Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini.

Pemahaman NDP ini dilihat selaras dengan takrif yang diketengahkan oleh Sahibbul Samahah Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Walaupun beliau sekadar menyebut aspek-aspek ekonomi, sosial dan pertahanan, akan tetapi dapat difahami bahawa yang beliau maksudkan itu ialah konsep zikir yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan kenegaraan, dan tidak sekadar merujuk kepada pengertian zikir seperti yang lazim difahami oleh masyarakat umum.

Pemahaman ini juga adalah selari dengan pendirian Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang mengingatkan agar konsep zikir itu tidak disempitkan:

“…jangan disalahfahamkan di sini bahawa mengingat Allah itu hanya bermaksud beristighfar, bertasbih, bertahmid,  dan bertakbir semata-mata, kerana ‘zikrullah’  atau ‘mengingat Allah’ itu maksudnya luas, termasuk  yang dikatakan ‘ahli zikir’ itu ialah ahli-ahli ilmuan atau ahli-ahli akademik dan cerdik pandai yang mahir dan pakar dalam sesuatu bidang keilmuan”

Justeru, walaupun istilah al-zikr itu diambil dari kata akar yang membawa erti mengingati, mendatangkan, menyebutkan, memuji, memberitahu. menjaga dan tidak mengabaikan, namun pengertian al-zikir itu tidak sewajarnya disempitkan atau ditafsirkan  dengan maksud beristighfar, bertasbih, bertahmid dan bertakbir semata-mata. Bahkan, zikrullah itu hendaklah ditanggapi dengan saksama dan mengambil kira akan keluasan pengertiannya, sama ada dari segi perimeter atau dimensinya.

2. Negara Zikir Adalah Negara Islam

Dr Abdul Karim Zaidan dalam bukunya ‘Islam Dan Politik Kenegaraan’ mentakrifkan negara Islam seperti berikut:

“Negara Islam ialah negara ideologi atau lebih tepat negara yang dibangunkan atas dasar akidah Islam dengan seluruh pola dan lunas yang lahir daripadanya. Ia bukan negara yang berfaham kedaerahan yang sempit, atau negara yang berfaham chauvinisme yang menyempitkan diri dengan batasan kaum, keturunan atau warna kulit”.

Tujuan negara Islam adalah sama dengan tujuan Islam itu sendiri iaitu untuk mewujudkan keamanan, suasana damai, melindungi keselamatan rakyat, dan menentang pencerobohan musuh dari luar.

Tetapi tujuan yang paling utama ialah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Negara Islam juga berkewajipan menjamin setiap insan muslim dapat menunaikan ibadah kepada Allah serta hidup sesuai dengan tuntutan akidah dan sistem Islam.

3. Negara Zikir Adalah Negara Kebajikan

Dalam memperkatakan soal Negara Islam yang mencakupi pendekatan pembangunan seimbang yang boleh membawa kepada Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur, satu konsep yang tidak boleh terlepas dari pemikiran dan pemerhatian kita ialah konsep Negara Kebajikan.

Konsep ini sesungguhnya amat berkait rapat dan boleh dikatakan seerti dengan konsep Negara Islam.

Memetik Ucapan Dasar pada Kongres Agung Tahunan ke-3, pada 22 Jun 2008, Presiden NDP menegaskan:

“Objektif utama sebuah negara ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang berasaskan keadilan, kesaksamaan dan nilai-nilai murni. Brunei sebagai sebuah negara Islam justerunya bertanggungjawab untuk memaparkan syiar kebajikan dan seterusnya melaksanakan tuntutan-tuntutan yang selaras dengan syariat Islam.

Matlamat tertinggi dalam sebuah negara kebajikan Islam ialah untuk mencapai tahap kebajikan yang menyeluruh yang merangkumi setiap orang tanpa diskriminasi. Konsep negara kebajikan mengikut Islam adalah berasaskan kepada manifestasi nilai-nilai ekonomi, moral, kerohanian, sosial dan politik Islam. Apa yang ditekankan oleh Islam ialah satu paduan dan keseimbangan yang harmoni di antara kerohanian dan keduniaan.”

Matlamat utama pemerintahan ialah untuk membahagiakan manusia seluruhnya dengan wadah Islam. Kebahagiaan ini hanya boleh dicapai apabila negara mencapai tahap “negara yang aman makmur yang sentiasa mendapat keampunan Tuhan” yang boleh juga diertikan sebagai negara kebajikan.

Allah telah menetapkan syarat bahawa untuk menjamin kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang mapan, negara yang dikatakan negara zikir itu mestilah seperti yang di sebutkan dalam Surah Al A’raaf, ayat 96 yang bermaksud: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

4. ‘Negara Zikir Itu Termaktub Dalam MIB’

Dengan menerima konsep negara zikir itu sama ertinya dengan konsep negara Islam, maka kita lihat wujud satu keselarasan dan penyatuan di antara konsep tersebut dengan falsafah MIB.

Malah konsep Negara Zikir itu sebenarnya telah sedia wujud di dalam falsafah MIB selagi mana falsafah MIB itu tidak disempitkan, tidak dicemari dengan bidaah, khurafat dan kebatilan dalam semua amalan dan pendekatan yang bertentangan dengan syariat.

Justeru tidak sewajarnya wujud sebarang kekeliruan atau perbahasan, manakah yang lebih utama atau unggul di antara konsep negara zikir atau falsafah MIB.

Pada pandangan NDP, konsep negara zikir itu sebetulnya bolehlah ditamsilkan sebagai komponen dalam MIB, yang boleh dicurai kepada bentuk-bentuk gerak kerja praktikal, kerana justerunya zikir itu bukanlah satu falsafah, malah sebaliknya ia adalah ibadah, satu bentuk amalan yang  melibatkan tindakan lisan, anggota fizikal, dan fikiran serta hati.

Oleh yang demikian, pada hemat kita, hanya jika sekiranya kita berjaya beramal melalui tindakan lisan, fizikal dan fikiran seperti yang dihuraikan di atas, barulah sesungguhnya kita mampu melahirkan sebuah negara zikir yang selaras dengan definisi yang dirangka oleh Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2008 yang mentakrikannya sebagai:

“Negara Zikir ialah negara yang bangsa dan masyarakatnya sentiasa ingat Tuhan dalam berfikir dan bertindak yang misinya untuk menjadi umat terbaik yang disebut di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 110, iaitu ‘umat dilahirkan bagi menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan.’ Negara, bangsa dan masyarakat sedemikian ialah Negara yang disifatkan oleh Al-Quran, Surah Saba’, Ayat 15, sebagai ‘Negara yang aman makmur yang sentiasa mendapat keampunan Tuhan.’ Lazimnya, bangsa dan masyarakat yang sentiasa ingatkan Tuhannya dan misinya yang sebegitu rupa lidahnya basah dengan zikir.”

Ciri-Ciri Teras Pendukung Negara Zikir

Setelah memahami akan takrif dan maksud Negara zikir itu, maka kita hendaklah menilai pula apakah ciri-ciri yang mesti ada di dalam jiwa para pejuang yang mahu mendukung cita-cita pembangunan yang dihasratkan menurut acuan negara zikir? Pada pandangan kita, sekurang-kurangnya ada tiga ciri yang mesti dihayati, iaitu ikhlas, sabar dan istiqamah (tidak jemu).

1. Ikhlas

Firman Allah dalam Surah Al Bayyinah, ayat 5, yang bermaksud: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

2. Melatih diri supaya berjuang dengan penuh kesabaran.

Hakikatnya ialah perjuangan untuk menegak kebenaran adalah suatu yang sukar. Tiada jalan mudah untuk ditempuh. Surah At Taubah, ayat 42, bermaksud: Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.

3. Melatih diri supaya tidak mengenal jemu.

Memang menjadi tabiat semulajadi manusia jika membuat sesuatu pekerjaan, dia mahu melihat natijahnya dengan segera.

Surah Al Anbiyaa’, ayat 37, bermaksud: Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya.

Namun mengikut fitrah perjuangan, sesuatu natijah tidak dapat diperolehi dalam masa yang singkat. Mereka yang mahu menyertai sesuatu perjuangan perlu menerima hakikat ini agar dia tidak berasa kecundang sekiranya apa yang diperjuangkan itu tidak  membuahkan hasil dalam masa yang singkat.

Mereka yang mengharapkan kejayaan dalam masa yang singkat biasanya menjadi mangsa cita-cita dan mudah kecewa.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.