LIMBARUH HIJAU 28 DISEMBER 2008 - MAJLIS TERTINGGI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang kelmarin meluluskan penubuhan Suruhanjaya Pemilihan Umum Parti 2009 (SPU) sebagai langkah awal kearah perlaksanaan proses Pemilihan Umum Parti 2009 atau PEMILU 2009.
SPU sebagai sebuah badan bebas akan bertanggungjawab memastikan proses-proses pencalunan, pemilihan dan pengundian di PEMILU 2009 berjalan lancar dengan adil, bersih dan cekap serta memastikan tidak seorang ahli pun di nafikan hak nya untuk mencalun dan mengundi. |
|
Proses PEMILU 2009 bagi pemilihan barisan kepimpinan NDP bagi sesi 2009 - 2012 akan bermula Januari 2009 dan pembuangan undi di jadualkan antara 15 March hingga 15 April akan datang.
Sebanyak 342 kerusi bagi jawatan peringkat pusat dan ranting akan di pertandingkan di PEMILU 2009 yang juga akan menyaksikan hampir 2000 ahli-ahli NDP melaksanakan tanggungjawab mereka mencalun dan mengundi barisan kepimpinan untuk 3 tahun mendatang.
Di peringkat pusat kerusi yang akan di tandingkan ialah jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap, 4 jawatan Naib Presiden dan 22 jawatan ahli Majlis Tertinggi termasuk jawatan Ketua Himpunan Wanita, Pemuda dan Himpunan Non-Muslim.
Keputusan PEMILU 2009 bagi jawatan peringkat pusat akan diketahui di Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 yang telah dijadualkan pada bulan Jun 2009 akan datang.
Sementara itu di peringkat ranting pula sebanyak 13 kerusi akan di pertandingkan. Jawatan-jawatan yang akan di pertandingkan ialah bagi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Ranting serta 11 jawatan ahli biasa Majlis Eksekutif Ranting. |
|
Keputusan pemilihan jawatan peringkat ranting akan di umumkan di -Mesyuarat Mesyuarat Tahunan Ranting yang akan di adakan antara 15 March hingga 15 April 2009. Setakat ini sebanyak 19 ranting NDP di seluruh negara telah di lulusakn dan ranting-ranting ini di jangkakan akan di gunakan sebagai kawasan-kawasan pembuangan undi.
Mesyuarat Majlis Tertinggi NDP kelmarin juga sebulat suara bersetuju mengeluarkan notis awal berhubung PEMILU 2009 kepada Badan-Badan Perhubungan Daerah dan Ketua-Ketua Ranting untuk di maklumkan kepada semua ahli-ahli NDP di seluruh negara.
Notis tersebut serta merta di keluarkan dan di edarkan kepada semua ahli-ahli Majlis Tertinggi yang hadir di mesyuarat kelmarin termasuk Naib-Naib Presiden selaku Ketua-Ketua Perhubungan di daerah masing-masing.
Mereka juga telah di arahkan untuk memastikan semua ranting-ranting di daerah masing-masing akan menerima notis tersebut secepat mungklin sebelum minggu pertama Januari tahun hadapan.
Di sesi mesyuarat MT kelmarin, Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman selaku pengerusi mesyuarat mengambil kesempatan memberikan taklimat awal berhubung Aturan dan Peraturan SPU dan PEMILU 2009.
Taklimat oleh sdr Morshidi di dahului dengan taklimat ringkas jangkaan perjalanan PEMILU 2009 dan jadual perlaksanaan proses pemilihan dari peringkat pencalunan hingga ke peringkat pengundian. Taklimat ringkas di sampaikan oleh Malai Hassan Othman yang telah di lantik menjadi Pengerusi Panitia Kongres Agong Tahunan NDP kali ke-4.
AMANAT PRESIDEN
 |
Sementara itu Ayahnda Presiden NDP dalam ucapan ringkasnya menyeru semua ahli MT dan barisan kepimpinan yang lain agar berusaha bersungguh-sungguh bagi mempastikan PEMILU 2009 berjalan dengan lancar dan sempurna.
"Seperti yang kita semua maklum enam bulan dari sekarang kita akan berkongres lagi buat kali ke 4 iaitu pada bulan Jun tahun hadapan", jelas Ayahnda Yasin Affandy ketika diminta penjelasan lanjut berhubung amanat yang di sampaikannya di mesyuarat kelmarin. |
Menurut Presiden NDP di Kongres Agung ke-4 ini kita akan menyaksikan perlantikkan barisan kepimpinan di peringkat pusat bagi tahun 2009 – 2012 dan barisan kepimpinan peringkat ranting yang akan dilantik di Mesyuarat Agung Tahunan Ranting yang di jangka akan bersidang antara 15 March hingga 15 April 2009.
"Perlantikkan barisan kepimpinan peringkat pusat termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Tetap dan Timbalan, Ketua HAWA, Pemuda dan Non-Muslim akan melalui proses Pemilihan Umum 2009 (PEMILU 2009)"
"Begitu juga bagi jawatan peringkat ranting yang terdiri dari Ketua, Timbalan Ketua dan 11 ahli biasa juga akan melalui proses PEMILU 2009 dan ahli-ahli ranting akan membuang undi di Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing", ujar Presiden NDP itu lagi.
Beliau menamabah kata dalam PEMILU 2009 ini ahli-ahli tanpa ranting juga akan berpeluang mencalun dan membuang undi bagi pemilihan barisan kepimpinan peringkat pusat sahaja di Mesyuarat Agong khusus untuk ahli-ahli tanpa ranting.
"Apa yang ingin saya nyatakan di sini mulai dari bulan Januari hingga ke Kongres Agung ke-4 pada bulan Jun 2009, kita akan sibuk dengan kerja-kerja melaksanakan proses pilihanraya parti atau PEMILU 2009 bagi pemilihan barisan kepimpinan peringkat pusat dan ranting bagi tahun 2009 – 2012".
"Dalam masa yang sama seperti biasa kita juga akan sibuk bermuzakarah bersama ahli-ahli akar umbi, mendengarkan permasalahan mereka, membuat kajian, penyeledikkan dan mendokumenkan usul-usul untuk di angkat di Kongres Agung ke-4", tambahnya.
"Pendek kata tugas yang perlu kita laksanakan menuju ke kongres tahun hadapan amat banyak dan berat berbanding di tahun-tahun yang sudah".
"Bukan sahaja kita perlu melaksanakan tanggung jawab mengangkat masalah dan aspirasi rakyat akar umbi di Kongres nanti, bahkan kita juga dalam masa sama perlu melancarkan proses demokrasi untuk memilih dan melantik barisan pemimpin-pemimpin yang akan menerajui parti bagi sesi 2009 – 2012", ujar Ayahnda Yasin Affandy lagi.
"Justeru PEMILU 2009 perlu kita laksanakan dengan adil, bersih, cekap dan professional", seru Presiden NDP.
Katanya lagi semua ini merupakan cabaran hebat yang perlu di lalui dan perlu di laksanakan dengan tekun dan teliti kerana ianya akan menjadi sukat-sukat sejauh mana kewibawaaan dan kedewasaan kita bergerak atas landasan parti politik ini.
"Ia akan menjadi sukat-sukat sejauh mana kita berupaya mengamalkan sistem demokrasi dalam parti, menegakkan keadilan, menghormati hak dan kebebasan ahli-ahli bersuara dan membuat pilihan sendiri yang kita sering warwarkan", tegas Ayahnda Yasin Affandy.
"Dari itu sekali lagi saya tekankan betapa pentingnya kita melaksanakan tugasan besar ini dengan komitmen yang tinggi, semangat kesatuan, berkerjasama dan tolong menolong serta berhemah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran".
"Kita tidak mampu untuk berpecah belah dan bertelagah kerana tugasan di hadapan kita sangat berat dan perlu di pikul bersama".
Menyentuh mengenai semangat kesatuan, Ayahnda Yasin Affandy berkata dalam konteks melaksanakan pemilihan barisan kepimpinan baru beliau berharap semua warga NDP akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mencalunkan dan memilih barisan kepimpinan dengan berhemah tinggi bukannya mengikut sentiment ber kem-kem dan berkroni-kroni.
"Buat lah keputusan untuk mencalunkan dan memilih dengan mengambil kira kepentingan parti, masa hadapan parti dan masa hadapan perkembangan politik Negara sebagai faktor terpenting bukannya faktor kawan, kenalan, kroni, dan kerana inginkan jawatan sahaja", seru Ayahnda Yasin Affandy.
Katanya lagi beliau berasa bimbang jika ini berlaku, calun-calun yang di pilih akan menjadi liabiliti kepada parti dan mungkin menjadi penyebab kelembapan perjalanan parti dan akhirnya akan mengambarkan bahawa NDP belumlah sehebat mana yang di jangkakan.
"Saya tidak rela melihat detik bersejarah yang akan kita lakar tahun hadapan dalam perlaksanaan PEMILU 2009 yang julung-julung kalinya pernah di lakukakn dalam sejarah politik Brunei moden setelah hampir 40 tahun menyepi akan di cemar dengan perpecahan dan pertelingkahan", tegas Ayahnda Yasin Affandy.
"Adalah menjadi harapan kita semua untuk melihat perlaksanaan PEMILU 2009 akan menjadi contoh baik dan amalan baik dalam pengamalan demokrasi di Negara ini dan menjadi bahan bukti bahawa orang Brunei sebenarnya sudah bersedia untuk memainkan peranan politik mereka dalam masa Kerajaan KDYMM berusaha melaksanakan pembangunan demokrasi di Negara ini", kata Presiden NDP. |