Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP mengutuk serangan ganas Israel

LIMBARUH HIJAU 29 DISEMBER 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mengutuk keras serangan ganas Israel keatas kawasan Khan Younis, Palestin, di Selatan Gaza pada 27 Disember yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 225 rakyat Palestin terbunuh dan 400 lagi cedera.

NDP dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak ada sebarang alasan untuk membolehkan Israel mengunakan kekerasan yang berlebihan di Gaza.

NDP juga menolak sepenuhnya tindakan Israel untuk 'menghukum' rakyat Palestin sebagai tindak balas terhadap Hamas yang di dakwanya telah mencabuli perjanjian gencatan senjata.

"Serangan udara Israel di Gaza sama sekali bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan menyalahi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia juga satu perbuatan jenayah perang terhadap kemanusiaan", tegas NDP dalam kenyataan itu sambil mengesa komuniti antarabangsa seharusnya mengambil langkah segera untuk menghentikan keganasan Israel itu.

NDP seterusnya menekankan, "komuniti antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mestilah melakukan segala yang termampu secepat mungkin bagi memastikan tindakan ketenteraan Israel itu tidak membawa kepada konflik yang lebih besar".

NDP juga menggesa supaya diwujudkan penyelesaian yang adil dan muktamad, dengan Israel menghormati resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB, terutama sekali Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 (1967) yang menghendaki Israel berundur dari wilayah-wilayah yang di taklukinya semasa Perang Enam Hari Arab-Israel pada 1967.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.