Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Masih terkilan dengan nama panggung

LIMBARUH HIJAU 23 DISEMBER 2008 - AHLI-AHLI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan beberapa pemerhati-pemerhati yang lain masih terkilan melihat sehingga ke hari ini belum nampak usaha-usaha dari pihak-pihak tertentu untuk meneliti semula bagi mensesuaikan nama-nama bangunan dan jalan-jalan di negara ini dengan konsep negara sebagai sebuah negara zikir, negara Melayu Islam Beraja.

Mereka tertanya-tanya apakah pihak-pihak tertentu kurang setuju dengan pandangan mereka mengenai perkara tersebut yang pernah mereka luahkan di laman web ini atau memang pihak-pihak berkenaan malas ingau kerana mungkin mereka melihat ianya sebagai satu isu kecil dan isu remeh temeh yang tidak perlu di berikan perhatian. Wallahu wa'alam.

Namun apapun ahli-ahli NDP dan beberapa pemerhati yang lain tetap berpeggang teguh dengan pandangan yang pernah mereka luahkan beberapa bulan lalu di laman web ini.

Mereka percaya sudah tiba masanya pihak-pihak berkenaan terutama sekali pihak Lembaga Bandaran dan Pejabat Daerah menteliti semula kesesuaian nama-nama bangunan seperti 'Panggung Hassanal Bolkiah' dengan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara zikir.

Mereka bimbang dengan mengekalkan nama pusat hiburan tersebut yang tidak kebal dari perbuatan-perbuatan sumbang dan maksiat akan mencemarkan hasrat murni Baginda Sultan tersebut.

Lebih jauh dari itu mereka bimbang nama 'Panggung Hassanal Bolkiah' atau dalam bahasa Ingerisnya 'Hassanal Bolkiah Theatre' jika berkekalan akan satu hari nanti di gunakan oleh pemerhati-pemerhati sinis perkembangan kemajuan negara sebagai satu konotasi untuk mengambarkan atau menyamakan negara sebagai sebuah panggung diraja yang hanya menanyangkan lakunan pemimpin-pemimpin dan elit-elit pentadbir negara berdrama dan beraksi membangun negara.

Atas kebimbangan ini mereka sekali lagi berharap pihak-pihak berkenaan akan memberikan perhatian serious terhadap perkara ini demi untuk menjaga nama baik Baginda Sultan dan dalam usaha menyokong dan membantu merealisasikan hasrat menjadikan negara sebagai sebuah negara zikir, satu hasrat yang menurut Baginda Sultan bukan retorik.

Teliti semula nama bangunan, jalan, sekolah yang tidak menepati Brunei Negara Zikir

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.