Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kesatuan umat Islam terbina atas dasar takwa

SALAH satu syiar yang sentiasa dilaksanakan setiap Muslim bersempena selesainya ibadah haji dan tibanya Aidiladha ialah ibadah korban. Sebaik saja selesainya solat Aidiladha, umat Islam akan segera melangsungkan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu dan kambing, kemudian dagingnya diagih kepada sanak saudara, jiran tetangga serta golongan fakir miskin.

Umat Islam sewajarnya bersyukur kepada Allah kerana masih berupaya menghidupkan ibadat korban semoga pengertian yang tersurat dan tersirat sebalik ibadah itu dapat menjadi panduan berguna untuk membina kekuatan bagi menjejaki kehidupan sejahtera dan bahagia.

Sehubungan itu, antara kekuatan yang perlu dijana ialah membina akhlak Islam unggul lagi luhur. Manusia yang lemah jiwa, semangat dan bejat akhlaknya tidak mungkin sanggup berkorban apa saja dan kuat berjuang pada jalan Allah, apatah lagi untuk sama-sama menyumbang kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.

Usaha pembinaan akhlak Islam mestilah dimulai dengan pembinaan jiwa tauhid kepada Allah yang Maha Esa. Ia kerana jiwa tauhid akan menyedarkan setiap manusia bahawa kekuatan manusia sebenarnya hanya akan dicapai apabila manusia menerima Allah sebagai Tuhan pencipta alam ini.

Hanya Allah yang berhak dipuja dan dipuji serta dipatuhi segala titah perintah-Nya, kerana Allah, barulah manusia sanggup membuat pengorbanan demi mencapai keredaan-Nya yang Maha Agung.

Jiwa tauhid juga bermakna menolak untuk bertuhankan kepada diri sendiri, bertuhankan kepada kuasa lain, bertuhankan kepada darah dan keturunan, bertuhankan kepada puak, keturunan dan sebagainya.

Sejarah membuktikan bahawa kesilapan memilih tuhan adalah punca utama berlakunya kemungkaran dan kerosakan di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Firaun contoh manusia yang mempertuhankan dirinya sendiri di samping kekuatan bala tentera dan kemewahan harta bendanya.

Tetapi Firaun lemah dan mengaku kalah apabila berdepan dengan balasan Allah. Akhirnya, beliau tenggelam bersama bala tenteranya di Laut Merah.

Kekuatan kedua yang menyerlah melalui simbolik ibadah korban ialah jalinan ukhuwah Islam yang padu bertunjangkan takwa kepada Allah. Dalam kehidupan serba mencabar ini, manusia selamanya tidak dapat hidup sendirian.

Oleh itu, dalam setiap arus kehidupan dan perjuangan, perlu ada satu barisan manusia yang kukuh dan jitu. Tanpa ukhuwah yang utuh, maka akan berlakulah perpecahan dan pertelagahan antara sesama manusia, lantas menyebabkan kelemahan dan kehancuran.

Perlu diinsafi bahawa kesatuan dan kekuatan ukhuwah Islam hanya akan wujud dan terbina menerusi jalinan yang dipintal atas dasar takwa kepada Allah. Bukankah dalam ibadat haji itu sendiri, seperti perhimpunan di Padang 'Arafah, Mina dan Tanah Suci, hak dan tanggungjawab manusia tetap sama belaka.

Walaupun umat Islam datang daripada pelbagai budaya dan adat resam, masing-masing tetap mematuhi perkara wajib dan rukun yang sama. Malah, tidak ada kelebihan sama sekali antara raja dengan rakyat, yang berkulit cerah dengan yang gelap.

Maksud firman Allah berkenaan prinsip kemuliaan sebenar di sisi Allah ialah orang yang bertakwa sentiasa segar dalam ingatan mereka bagi mengukuhkan lagi jalinan ukhuwah Islam sesama mereka.

Rasulullah SAW berjaya membina perpaduan generasi awal Islam sehingga terbentuk satu kekuatan unggul yang berupaya menyaingi kekuatan dua kuasa besar ketika itu. Prinsip takwa inilah yang mengangkat Zaid bin Thabit menjadi panglima tentera terdiri daripada bangsawan yang menjadi tentera biasa. Begitu juga Bilal bin Rabah, seorang bekas hamba berkulit hitam diangkat Rasulullah SAW sebagai sahabat dan orang kepercayaan Baginda.

Pendek kata, kesatuan umat yang dibina atas dasar takwa dapat memantapkan hubungan sesama manusia. Prinsip itu sekali gus mampu mengikis rasa prasangka, cemburu dan prejudis serta bimbang akan kehilangan kuasa serta pengaruh.

Ia kerana takwa menginsafkan setiap insan mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam meniti jambatan hidup penuh cabaran. Justeru, masing-masing dapat melihat perhubungan terjalin antara mereka sebagai rakan seperjuangan yang berjuang dan berkorban demi keredaan Ilahi.

Akhirnya, kekuatan ketiga yang dimaksudkan ialah semangat jihad dan daya juang untuk melakukan pengorbanan terhadap segala kepentingan bersifat sementara untuk meraih kejayaan dan kesejahteraan lebih abadi.

Kekuatan semangat perjuangan ini mesti dibina dengan sifat mahu berjihad dan berkorban. Malah, untuk memperoleh kejayaan dan kebahagiaan sebenar, seseorang itu tidak dapat tidak mesti sanggup dan bersedia untuk mengorbankan semua kepentingan duniawi.

Pada zaman awal Islam, umat Islam di Makkah mungkin tidak mengalami kerugian besar jika tidak berhijrah ke Madinah. Namun, mereka pasti tidak dapat meraih makna kemenangan sebenar dan sempurna.

Oleh yang demikian, dengan melakukan pengorbanan besar sehingga sanggup meninggalkan keselesaan hidup di Makkah, mereka berjaya menghapuskan rasa taksub kepada kaum kabilahnya, keturunan, tanah air dan membenamkan sifat tamak serta rakus kepada harta kemewahan dimiliki.

Sebagai ganjarannya, mereka berjaya menghayati sebuah persaudaraan Islam yang unggul berdasarkan iman dan takwa. Natijahnya, lahirlah sebuah masyarakat madani yang kental ukhuwahnya, menegakkan keadilan Islam dan sanggup pula berkorban kerana Allah.

Inilah kemenangan dan kejayaan yang sebenar di sisi Allah. Sehubungan itu, umat Islam yang mengerjakan ibadat haji dan melakukan ibadah korban seolah-olah sedang menjalani suatu latihan praktikal untuk berjihad dengan meninggalkan segala keselesaan hidup dan patuh kepada keagungan Allah.

Begitulah antara falsafah ibadah korban yang sewajibnya dihayati oleh setiap Muslim supaya kejayaan sebenar dapat dicapai. Hanya iman yang bertapak kukuh dan ketahanan jiwa teguh berupaya melahirkan insan bertakwa serta sanggup berkorban demi menegakkan kalimah Allah. (Di Petik dari Berita Harian)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.