LIMBARUH HIJAU 16 DISEMBER 2008 - ISU-ISU PENGGUNA dan perlunya pengguna diberikan perlindungan yang cukup agar tidak berterusan menjadi mangsa ketidak adilan pasaran bebas merupakan antara agenda perbincanagn di sesi muzakarah antara ahli-ahli Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Pengguna NDP dan ahli-ahli Persatuan Pengguna Brunei Darussalam (Consumer Association of Brunei Darussalam- CAB).
"Di negara kita hanya beberapa produk sahaja seperti beras, gula, susu bayi, dan tepung diletakkan di bawah kawalan harga selainnya turun naik harga di tentukan oleh pasaran dan pengusaha sendiri. Dalam suasana yang kurang menyenangkan ini kita melihat perlunya |
|
satu mekanisme yang boleh membantu melindungi kepentingan pengguna terutama mereka yang berpendapatan rendah".
"Ini hanya merupakan satu aspek hal ehwal pengguna yang perlu di berikan perhatian sementara banyak lagi isu-isu lain seperti isu kualiti dan keselamatan yang juga perlu di tangani bersama", jelas Presiden CAB Awang Haji Shadoon yang telah di jemput untuk mengongsikan sejarah penubuhan CAB dan pengalaman persatuan berperanan sebagai pengiat hak asasi pengguna sejak ia ditubuhkan pada tahun 2001.
Beliau di temani oleh Awang Haji Osman Haji Abdullah, Timbalan Presiden CAB dan Awang Ramli bin Suhaili ahli CAB.

Sesi muzakarah tidak rasmi diadakan kelmarin di bilek mesyuarat Restoran Kartini, Menglait Gadong dan di hadiri oleh Pengiran Haji Metrasad dan Pengiran Ismail, Pengerusi bersama JK Biro Hal Ehwal Pengguna NDP.
Pengiran Haji Mohamad, Ketua Biro Penerangan NDP dan Awang Ahmad Timpus, Ketua Biro Penyeledikkan dan Organisasi juga turut hadir di sesi muzakarah yang di pengerusikan oleh Malai Hassan Othman selaku Setiausaha sementara Biro Hal Ehwal Pengguna NDP.
Sesi muzakarah diadakan bertujuan untuk menwujudkan hubungan persefahaman dan kerjasama antara Biro Hal Ehwal Pengguna NDP dan CAB.
Ini selaras dengan perlembagaan parti Artikel 5: Objektif Utama Parti Pembangunan iaitu bersedia 'Bekerjasama dengan mana mana jua pihak yang menghormati visi, misi dan objektif utama Parti Pembangunan dalam menjayakan wawasan Parti, selagi ia tidak bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara', jelas pengerusi majlis di sesi muzakarah tersebut.
|