Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kasih rakyat kepada raja berkekalan selama-lamanya

LIMBARUH HIJAU 1 JAN 2009 - KASIH warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kepada pemimpin-pemimpin negara terutama kepada raja dan zuriat-zuriat bukan sahaja terhad kepada yang masih hidup bahkan juga kepada yang sudah pergi meninggalkan kita.

Kepada yang sudah pergi jasa mereka kepada negara, bangsa dan agama akan terus di kenang hingga akhir zaman.

Begitulah tarbiyah dan budaya yang dihidupkan dalam NDP, mendidik warganya agar tidak lupa daratan dan sentiasa menghargai dan mengasihi pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara dan bangsa serta sentiasa mengasihi apa yang di kasihi oleh raja yang di sayangi.

Budaya yang mulia ini di rakamkan oleh NDP kelmarin di majlis haul Al Marhum DYMM Paduka Seri Begawan Sultan Sir Haji Omar Ali Saiffudein Khairi Waddien yang telah lindung pada 3 Muharram 1407.

Majlis yang berkebajikkan itu di adakan di Makam Kubah Di-Raja

Pemimpin-pemimpin NDP di peringkat pusat termasuk Presiden NDP Ayahnda Yasin Affandy, dan Timbalan Presiden Sdr Mahmud Morshidi Othman dan beberapa orang Ketua Ranting ikut serta menjayakan majlis haul tersebut.

NDP juga memecah tradisi dengan membukakan peluang kepada ahli-ahli lain termasuk ahli wanita dan ahli-ahli Himpunan Non-Muslim untuk sama-sama menjayakan majlis yang bertujuan untuk meluahkan rasa kasih sayang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Al Marhum Paduka Seri Begawan yang telah banyak berjasa mempersiapkan negara dan bangsa untuk memasuki gerbang kemerdekaan pada 1 Januari 1984 iaaitu 25 tahun yanag lalu.

Kelmarin merupakan tarikh keramat dan satu tarikh yang unik kerana 31 Disember 2008 jatuh bertepatan 3 Muharram 1430. Dua catatan sejarah penting berlaku kelmarin; pertama ianya merupakan saat bersejarah bagi Brunei meninggalkan era penjajahan dan berada di ambang kemerdekaan yang di masyurkan pada 1 Januari 1984; kedua mengikut kalendar Islam kelmarin merupakan haul kepergian raja yang di kasihi yang mengemakan laungan Allahu Akbar sebaik sahaja negara memasuki gerbang kemerdekaan pada 1 Januari 1984.

Mudah-mudahan tarikh yang unik itu menjadi petanda baik bagi masa depan negara dan bangsa yang telah melalui liku-liku kemerdekaan sepanjang 25 tahun yang lalu.

Sementara itu sebaik sahaja selesai majlis bertahlil di Makam Kubah Di Raja, semua yang hadir bergerak ke Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong untuk menikmati jamuan ringan.

Ayahanda Yasin Affandy di acara tersebut mengambil kesempatan menyampaikan amanat agara seluruh warga NDP akan terus taat setia kepada raja, bangsa dan negara sambil tidak melupakan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lalu dan yang telah pergi meninggalkan kita.

Beliau juga mengimbau sedikit sejarah perjuangan kemerdekaan mereka yang lalu dan perjuangan sekaranag yang lebih fokus kepada usaha membawa rakyat mengisikan kemerdekaan ini agar ianya lebih bermakna.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.