Cahaya Islam bersinar di Ukong

 
 
UKONG, TUTONG 3 DISEMBER 2007 - SEROMBONGAN pemimpin NDP kelmarin berangkat ke Mukim Ukong untuk membuat kunjungan muhibbah ke rumah Awang Bajau Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP yang telah menerima Islam sebagai peggangan hidupnya baru-baru ini.
Rombongan terdiri dari Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman, Ketua Biro Agama Islam NDP, Awang Haji Yunus Md Suhaili, Naib Presiden NDP Temburong, Awang Ahmad Timpus dan Awang Haji Abdul Majid Abdul Hamid, Setiausaha Kerja JASA NDP.

Di kunjungan tersebut, sdr Morshidi dan rakan-rakan mengambi kesempatan untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Awang Bajau yang telah mendapat hidayah untuk menerima Islam sebagai agama anutannya.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.